Tengah buat apa tu...ke mood Monday blues gitew. Haha, bekerjalah kita sekuatnya okey..
23/7/2018, its my mom birthday. Mak kesayangan kami telah memasuki umur 64 tahun. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang buat mak dan abah. Malam minggu yang lepas, kami telah berpakat ngan adik beradik untuk meraikan birthday mak di rumah mama. Kebetulan cucu sulong mak iaitu wany pun balik bercuti, boleh lah mama buat makan-makan sikit bersama keluarga. Cuma untuk kek je kami tong-tong adik beradik. Sekali sekali berkumpul memang seronok kan. Jom lah layan gambar...
Achik - tukang order kek & tolong belikan sate kambing.
Sebelum acara bermula...dah namanya budak-budak kan. Main je lah apa lagi
Maghrib dulu...solat berjemaah. Adik mama uda yang lead solat mahgrib ni.
Anak-anak buah
Dak awie ni, asal budak kecik je mesti suka kat dia...rajin melayan budak
Juadah yang disediakan..nasi lemak, sambal udang, nasi impit rendang ayam, sate kambing dan putu mayam (along beli)
Tadaa...kek yang ditempah oleh achik, rasa dah macam kek sr. Lain kali boleh tempar lg ni. sedap kek dia. Harga pun mampu milik
Masa untuk swafoto
↓
↓
↓
↓
↓
Kami 5 beradik..yg bongsu tak dapat hadir kerana bekerja. Lagi 2 dok jauh merantau negeri orang
Aman & mak
Penuh rumah...mak, bapak & anak-anak sama-sama sporting
ok...cukup-cukup lah tu bergambar ye
Semoga hubungan ukhuwah yang terjalin diantara adik beradik, ipar duai, anak-anak & anak sedara terjalin erat selamanya. Sayang korang semua. Next time kita kumpul lagi ye..
Ya Allah, Kau rahmatilah kedua ibu bapa kami,
Kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihi kami diwaktu kecil,
Aamiin Ya Rabbal'alamin
Terima kasih Allah akan Rahmat dan Kasih SayangMu.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan