Bila idea nak menulis tu dah mari kan...macam-macam pulak idea yang datang. Haa lah, dari duk saja tak buat apa-apa eh! Semalam terbaca kisah viral seorang pelajar tidak hadir ke sekolah sebab main game malam-malam dan mak pak nya tak sanggup nak kejutkan anak ini untuk ke sekolah...aduh laaa. Sampai jadi macam tu kan. Simpanglah perkara ini terjadi kat anak-anak kita.
Ramai ibu bapa sekarang ni sayang sangat kat anak-anak. Ada ke yang tak sayang anak oi..Sebenarnya ada je sebab kalau tak, tak kan lah berlaku pembuangan anak, penderaan dan sebagainya kan. Tapi yang mama ayu nampak, ramai mak pak yang sayang anak. Iye lah dah ko yang kandungkan 9 bulan 10 hari..dengan morning sickness nya lagi, bertarung nyawa wei nak melahirkan. Mestilah di timang-timang anak tu kan. Sayang sangat-sangat kan. Dan anak-anak pun ada ke yang tak sayang kat mak bapak? Mestilah sayang. Haa kalau dah sayang nape tak ikut cakap mak bapak? Bila dah besar, dah pandai sikit...dah pandai melawan cakap kan.
Rata-rata mama tengok zaman sekarang ni, ramai mak bapak yang tak mahu anak-anaknya hidup susah. Bila tahu si anak tu ada masalah, cepat-cepat je menolong. Terkadang dengar-dengarlah jugak, si polan tu untung, kereta pun bapak dia yang beli. Si polan tu untung, belum kahwin dah ada rumah, mak dia belikan. Kan...nampak tak kat situ betapa sayangnya mak bapak pada anak-anak sampai semua kemudahan disediakan. Eh, kalau macam tu...camna lah anak-anak tu nak berdikari sendiri? Cari duit sendiri dan nak buat apa pun sendiri yang tanggung? Macam-macam persoalan yang timbul.
Anak-anak zaman sekarang pun beruntung. Kecik-kecik mak bapak dan buat tabungan awal. Kecik-kecik dan banyak duit dalam akaun. Mana tak nya kan...duit raya, duit kelahiran, hari jadi yang orang bagi tu dimasukkan kat dalam bank. Kalau dikira balik memang banyak lah kan. Tapi...tapi, kalau mak bapak terguna sikit pun tak pe ye..kira halal lah ye..haha
Anak-anak mama, dari yang first sampai yang bongsu mama simpankan dalam insurans takaful. Nanti dorang dah besar, senanglah sikit. Menabung dari awal, kalau nak sambung belajar nanti dah tak perlu buat pinjaman. Guna duit yang ada. Kalau tak cukup mama top up guna KWSP...huhu.
Ok lah korang. Simpan duit ni...sikit sikit lama-lama jadi bukit. Tapi ni bukan jadi bukit tau...sikit-sikit lama-lama jadi banyak..hehe. JOM MENABUNG !!
Sampai sini dulu ye...sayonara!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan