Semalam 26 Syawal, genaplah setahun arwah suamiku pergi menghadap ilahi. Dan malam semalam jugak, aku rasa macam nak demam. Ketiduran selepas maghrib. Anak-anak pandai-pandailah buat kerje sendiri, mama memang tak larat dah. Kul 9 malam, dak yana kejutkan aku, dan telah disediakan sebotol air masak di tepi katil. Allahu, prihatinnya anak ini. "mama batuk kan, nanti minum air ni ye"...huhu, sendu hati mama nak. Agaknya mama terpikir sangat ko pemergian arwah...membilang hari, rindu barangkali...tapi memang aku rindu.
Tak dapat nak ku gambarkan dengan kata-kata. Dan malam semalam jugak, mendapat perkhabaran mak sesak nafas, kelmarin telah di ambil nep kat klinik, malam tadi jadik balik. Sib baiklah ada adik yang bongsu kat rumah. Dapatlah tengok-tengokkan mak. Dan semalam, selepas kami g ke klinik untuk mengambil ubat...mama & dak awie ngan imin pun deman..tak bersekolah dorang. Pas hantar imin ke rumah pengasuhnya, mama ngan awie terus gerak ke Bangsar. Memang pagi tu dah berazam, macamanapun nak jugak tengok mak. Sesampai di rumah mak dalam kul 1 camtu, mak tengah tidor. Mama pegang bahu mak, terus mak terjaga. Mak masak bubur nasi ngan ikan bilis. Makanan lain mak tak lalu nak makan. Mak penat agaknya sebab tu semput mak datang balik. Sebenarnya mama tadi ke klinik pun Dr ada tanya, awak ada asma ke? Eh, tak delah Dr...tapi lately ni saya rasa macam nak kena asma pun ada. Cepat sangat rasa letih. Ntahlah...doa yang baik-baik je semoga Allah melindungi kami.
Kul 3 petang, mama pun balik lah ke rumah. Sebelum tu singgah Amway sebab nak ambil Espring yang telah dibaiki. Espring ni penapis air brand Amway. Agak lama kami tak guna sebab rosak, tak sempat-sempat nak hantar baiki. Dah kebetulan semalam nak g Bangsar, maka sempatlah singgah di Amway PJ. Dah selamat guna air yang bersih kat rumah. Senang sikit hati ni.
Owh, bercerita semula pasal mak, mak tu penat sebab ramai orang tempah kuih untuk rumah terbuka. Penat tu satu hal, itu belum lagi dengan stress sebab ada yang dah tempah kuih, kuih dan ambil tapi belum bayar lagi...kesian orang tua tu. Tu yang bertambah-tambah sakit mak. Penat + stress...memanglah bukan semua yang tak bayar tapi soal makan kot, yang mana dah dapat tempahan kuih tu kenalah bayar on the spot. Ingat buat kuih ni tak penat ke..dengan modal lagi keluar. Aku pun tak tau lah sebab memang ada pesen orang yang dah makan tapi tak bayar. Ada jugak yang bayar tapi lambat. Eh !
Kekadang manusia ni macam tu lah...ada jugak yang berhutang tapi tak nak bayar. Kang bila di cakap, katanya kita berkira sangat. Tapi hutang tu kot..memang wajib bayar kan. Lain kali, kalau berhutang kena simpan cita-cita untuk langsaikan hutang. Ada ke orang hutang tapi tak nak bayar..eh!
Sentap pulak kita...dikesempatan ini mama ucapkan SHRMZB buat semua. Ikhlaskan hati, sucikan jiwa, fikir yang baik-baik dan yang akan datang pun baik-baik aje.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan