Rabu, 27 Jun 2018

First time ke Muadzam Shah Pahang

Assalamualaikum semua...

Ceria-ceria di hari Rabu...mama ni penat pun tak hilang lagi ni. Rasa macam nak cuti 2 hari membawa diri sorang-sorang...huhu, tapi apakan daya, memang tak dapatlah kan. Ada tanggungjawab yang perlu diuruskan. Hari minggu yang lepas, mama bersama anak-anak berhijrah sebentar di Bandar Muadzam Shah sebab nak anto dak wany masuk Politeknik kat sana. Mama ditemani oleh mak dan adik no 7 dan keluarganya. Bergeraklah kami dua kereta ke sana. Disebabkan mama nak tahu lah jugak jauh perjalanan kalau ikut LPT ataupun Seremban, so kita decide untuk ikut dua-dua jalan tu. Masa pergi tu, kami ikut LPT. Mama bertolak dari rumah dalam kul 10.30 pagi, singgah di Bangsar dulu sebab nak gerak sekali dengan adik. Makan nasi impit rendang ayam kat rumah mak, dalam kul 1230 tghari baru gerak. Pusing punya pusing kami sampai di Bandar Muadzam Shah pukul 630 petang. Punyalah lama kami di atas jalan pada hari itu. Itu pun sebab kami singgah makan kt RnR Temerloh & terlepas sampai Kuantan. Sepatutnya masuk ikut exit Gambang tapi tersampai ke sana pulak. Hujan lebat sepanjang perjalan dari Kuantan ke Gambang. Exit Gambang, nak sampai ke destinasi lebih kurang 75km weiii...jauh giler dengan keadaan jalan yang berliku-liku. Jalan banyak tak siap lagi, masa ni teringat jalan kat Meru menghala Puncak Alam, ntah bila nak siap agaknya.

Kat bawah ni mama letak pic homestay mama aini...kalau korang nak google leh tengok kt fb Homestay Muadzam Mama Aini. Homestay ni memang mama rekemen lah, sangat-sangat selesa. Sesuai untuk keluarga besar. Ah, lupa lak, banyak parents yang datang ari tu kan, depa tak prepair tempat, ada yang terpaksa tinggal di hotel budget yang harga dalam RM150+ tapi terpaksa berkongsi bilik air. Sib baik mama dah book siap-siap. Selesalah kami. Bayaran pun cuma RM180 je semalam.


Master Bedroom, attach sekali dengan bilik air..memang sangat luas bilik ni


Ruang depan...kami tak guna pun ruang ni sebab dah lepak kat dapur


Ruang dapur...makan kat sini sambil borak-borak. Sape-sape nak masak pun boleh tapi sebab kami pun semalam je kat sini..beli je lah kan makanan.


Bilik tidur 3. Bilik tidur 2 dan ruang tamu, mama cari gambar tak jumpa lak...huhu


Jalan-jalan cari makan di waktu malam sesambil g kedai RM2 untuk tambahan kelengkapan wany masa kat asrama nanti


Hari pendaftaran...kul 845 kami sampai. Bakal pelajar sedanng beratur sebelum dipanggil masuk ke dalam dewan utama. Anak-anak tak ikut sekali. Mama, mak dan wany je pergi dulu. Kang kalau bawak budak-budak ni, mau nya nak duk diam...tak senang pulak kita nanti nak tengokkan perangai dorang


Pic dalam dewan. Susunan kerusi mengikut kursus masing-masing. Agaknya yang kerusi sikit tu, mesti student dia kurangkan...yang mana buat rayuan tu, ada can lah nak dipanggil masuk.


Group dak wany yang paling hujung tu...agak penuh jugak. Semangat dorang ni..


Sementara anak-anak masuk ke dewan untuk pendaftaran bagai, ibu bapa ada sesi taklimat di Dewan Kuliah Utama. 


Gambar ni dak wany amek kat twitter. Nampak je dia nenek & mama nya duduk kt situ..hehe


Dalam kul 10.30 dak wany call kata dah siap daftar..mama pun ape lagik, keluar terus dari dewan kuliah. Kesian kat mak sampai tertidur-tidur. Tapi sebab mak nak jugak hantar cucunya daftar, digagahi jugaklah


Testing baju..


Dah siap testing baju, pergi ke kaunter koperasi untuk ambil barangan. Siap je dapat kunci asrama, kami pun bergegas ke bilik asrama untuk masukkan barang. Perut pun dah lapar ni tapi selesaikan dulu apa yang patut. Gambar angkut mengakut barang tak de pulak sebab tak de sape nak amekkan. Banyak barang yang nak kena bawak...huhu
Selepas selesai masukkan barang ke bilik, kami makan dulu. Overall harga makanan kat sini agak mahal lah. Mungkin sebab jauh kot nak dapatkan bekalan...huhu


Usai solat, check out dan kami pun menghantar wany ke kamsisnya. Bermula lah era seorang pelajar kampus.


Wany & maklangnya yang sporting


Bergambar dalam bilik. Masa ni yang lain belum ada lagi...so ini bilik kami yang punya, haha


My family...kalau ayah dorang ada, lagi indah..mesti ayah pun bangga dengan wany


Dak wany ni kalau buat memek muka memang dia no 1 lah...


Tiga generasi...nenek, mama, cucu


My 2 daughter...sulong & bongsu. Sebelum balik tu, singgah makan di KFC..punyalah ramai orang tapi sebab anak-anak dah lapar kan. Mama ikutkan lah apa yang dorang nak makan. Kul 3.45 petang bertolak balik ke KL


Kami ikut jalan ke Segamat, keluar exit Port Dickson. Lalu lah tempat perkhemahan Ulu Bendul..beria-ia dak kembar bercerita dalam kereta. Bercakap je dari masuk kereta sampai lah ke rumah. Tak penat pulak dorang ni, biasa masuk kereta je tidooo


Kul 6.30 sampai di RnR Seremban..lepak makan-makan dulu sementara nak tunggu Maghrib. Mama & anak-anak solat dulu, mak gerak ngan adik ke KL dan mama balik terus ke Klang. Kami sampai dalam kul 9.00 malam. So next time nak ikut jalan Serembanlah..cepat sikit sampainya.

Buat anakku Nursyazwany Binti Syahrul Azwan, buat yang terbaik...belajar bersungguh-sungguh walaupun pilihan ini bukan pilihan pertamamu. Mungkin setiap yang kita dapat ada hikmah yang tersembunyi yang mana Allah sahaja yang mengetahuinya. Ikutlah rentak yang telah Allah tetapkan buat kita. In shaa Allah, segala apa yang kita lakukan mendapat redha Allah dan dipermudahkan urusan kita. Jaga solatmu wahai anak. Doa mama sentiada mengiringi walau dimana kamu berada.

#Ya Allah, jagakan dia untukku.

Terima kasih Allah. Terima kasih mak yang sentiada menemani, juga buat adik & adik iparku. Semoga kita semua berjaya dilapangan masing-masing. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan