Hari raya telah pun kunjung tiba,
Kunjungi jiran, sanak dan saudara,
Ampun dan maaf kami pinta,
0-0 di pagi hari raya.
Haaa...berpantun ko. Walaupun bunga pantunnya tak berapa nak lawa. Tak kisahlah asalkan sampai maksudnya. Dikesempatan ini, mama ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Biasalah kita manusia tidak terlepas dari kesilapan, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan membetulkan segala kekurangan diri ke arah yang lebih baik. In Shaa Allah.
Jom lah layan gambar ye..
~ Aktiviti malam raya 14/6/2018 ~
~ Aktiviti malam raya 14/6/2018 ~
Acara takbir dari rumah ke rumah. Tahun ni tak ramai yang datang sebab orang kampung dah splitkan kepada 4 kumpulan. Sebelum ni ada 2 kumpulan tapi sebab mereka nak habiskan awal...so mereka bahagi dalam 4 kumpulan. 1 kumpulkan ada dalam 6-8 orang camtu. Raya tahun ni pun adik beradik ramai tak balik, yang ada mak, abah dan family mama ayu jek. Abah pun balik naik moto sebab abah memang tak suka ikut anak-anak. Katanya senang kalau naik moto..nak balik ke @ nak pergi mana-mana senang. Tak payah nak tunggu-tunggu anak-anak siap. Start moto leh terus jalan je...huhu
Gambar ini di ambil jam 2.30 pagi...amekkaw, tak pernah-pernah mama ayu berjalan pepagi buta, tapi disebabkan my abah nak cari kueh raya, ku turutkan juga lah. Hajat di hati nak cari kuih raya tapi kuih raya habis...😐 . Kisah malam raya kami..misi mencari kuih raya di Bazar Telok Mas, Melaka.
~ Hari raya day 15/6/2018 ~
Seawal pukul 5.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya dan berhenti pada pukul 7.00 pagi. Alhamdulillah, dapatlah kami menjalankan aktiviti hari raya. Cuaca pun ok jek, mendung. Tak lah panas sebelum hari raya tiba.
Cinta hatiku, mak & abah
Bermaafan di pagi raya
My nyawa...hartaku dunia akhirat
Tak ramai tapi kemeriahan tetap terasa
my family, abah, mak, family aman & dak bongsu padil...beraya solo tahun ni, tahun depan berdua lah pulak dia ni...
Kat bawah ni gambar kiriman adik beradik yang lain...dirumah mentua
Family along
Us
Family achik
Family ajis
Family ajak
Me and padil, adik bongsuku
Di apit oleh angah & along
Along & angah...sat g along nak g belajar, tinggallan mama ngan adik-adik je kt rumah. 😭
Bersama dak bongsu Liyana..sebab bunga kat belakang pangkin umah mak uda ni cantik, kitorg amek gambar kat sini. Family mak uda ni suka tanam pokok bunga, menjadi je bunganya...segar je mata memandang
Wany, yana, huda & mak ndak nye..
Beraya di rumah mak uda..makan ketupat rendang semua ada. Dodol dan wajid pun ada jugak...sedap nau makannya.
First day raya makan ketupat rendang ke rumah sanak saudara. Petang tu pergi rumah pak njang, merasa makan sate pulak...aktiviti memasak kat rumah mak malam tadi tak sempat nak amek gambar, lauk pauk pun sama. Mak masak nasi impit, rendang ayam dan rendang daging cili api. Mama beli kek lapis sarawak pun dah abis dibuat hidangan buat saudara yang datang berkunjung. Kek lapis buatan adik ipar memang sedap bak hang...sape-sape nak order, memang mama rekemen lah kesedapannya.
Itu je nak cerita...esok sambung jenjalan raya ke-2
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan