Hari isnin yang indah, lagi beberapa hari je lagi nak sambut hari raya. Tapi mood raya tak mari lagi ni...aduhhhh. Walaupun mood raya tak datang-datang, kemas rumah dah semestinya kan, kena buat jugak. Anak-anak semua ada, jom lah kita bergotong royong kemaskan rumah...hehe
Ok lah, ni kisah semalam. Selepas melawat kubur ayahanda anak-anak ni, mama singgah sebentar di Masjid Batu 4 jln kapar untuk membayar zakat. Setiap negeri telah di tentukan kadar bayaran dan untuk negeri Selangor, zakat yang dikenakan adalah RM7/orang.
Seperti biasa, bila nak bayar zakat...kena ada bacaan penerimaan. Mama ajak dak awie masuk masjid tu, biar dia tahu cara-cara membayar zakat ni. Zakat fitrah ni hanya boleh dilakukan setahun sekali iaitu di bulan ramadhan. Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setipa individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Orabg Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yg mempunyai lebihan makana atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yg lahir sebelum matahri jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam seblm terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yg meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Moh le kita tengok kepentingan zakat ni.
Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyariatkan pada zakat fitrah seperti yang disyaratkan pada zakat harta, spt nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasullullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:
"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha' kurma atau satu sha' gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin" (HR Bukhari)
Ucapan Rasulullah SAW "kanak-kanak dan orang dewasa" menunjukkan bahawa Zakat Fotrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memiliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.
Waktu membayar zakat fitrah:
- Waktu wajib: mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bawaha wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
- Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
- Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad dari hari korban. Jesteru suaoa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhad Maliki, Syafie dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu meng'awal'kan sedikit masa pembayaran sama adasehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.
Jesteru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk di bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.
Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menlesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.
Hikmah yang terkandung dalam menunaikan zakat dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan drp golongan yg berada kpd golongan yg kurang berada.
- Membersihakan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yg kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kpd golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT.
- Melahirkan rasa teangan dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sumber dari zakat Selangor.
Oklah, itu je nak cerita. Lega rasanya telah menunaikan kewajipan berzakat ni. Haa..korang dah zakat ke belum? Jgn buat last minit pulak ye...hehe
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan