Baru nk update kisah balik kampung berhari raya. Biasalah kan..ikut suka puan blog je apa dia nak tulis...huhu. Ok lah, rabu sebelum cuti hari raya tu, mama kerja halfday jek, amek mak kat Bangsar pastu terus gerak balik kampung. So adik beradik yang lain, sila lah berterima kasih ngan angah sebab dah mudahkan kerja korang....kalau tak salah sorang dari korang ni kena hantar mak balik kampung dulu...hehe
Amekkaw...selambak barang yang nak di bawa. Nampak tak iron Philips kat situ...Itu merupakan barangan wajib bawa setiap kali raya sebab kerja-kerja meng'iron' baju menjadi mudah dan cepat. Time-time raya ni semua nak cepat kan..maklumlah nak berjalan-jalan. Masa itu emas okey..belum ditambah dengan kesesakan lalu lintas masa jenjalan raya nanti. haha
Sepanjang perjalanan ke Melaka tu, alhamdulillah lancar je tapi sebab ada accident kt area Nilai..jem sikitlah kat situ. Tapi kan..kalau tak de accident pun, jalan kt Nilai menghala ke selatan tu memang selalu jugaklah jem kan. Bertolak dari KL pukul 3.30 ptg, sampai dalam kul 6 lebih camtu. Orang perempuan bawak kete memang lambat sikit kot...haha
Sempatlah berbuka puasa di kampung halaman dan menunaikan terawih di surau untuk malam terakhir ramadhan. Alhamdulillah
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan