Salam pagi khamis yang indah. Tengah buat apa tu? Sementara menghabiskan waktu, mama titipkan sepatah dua kata. Tetiba idea dah mari kan, maka menulislah pepagi ni..hari ni genap setahun pemergian arwah suami. 19/7/2017 - 19/7/2018, terlalu banyak kenangan yang pernah kita lalui bersama. Terima kasih Allah kerana memberi pinjam dia kepadaku walaupun untuk seketika. Allahu, rindunya tidak bertepi.
Ok lah, tak mahu dibuai rasa. Haa...nak cerita lah kan, minggu lepas mak mama ayu tido kat rumah. Biasanya kalau mak datang, mak akan tido kat bilik dak wany. Tapi last week mak nak tido ngan mama pulak..maka bertigalah kami tido sekatil...hehe. Seperti biasa, mak bila pukul 4 pagi je dah tersedar..mama pun lebih kurang jugak lah. Mak kalau tido, dia suh bukak lampu. Mama turutkan aje. Bila sama-sama tersedar tu, boleh pulak kami berborak-borak...haha. Pastu dalam kul 5 camtu sambung tido balik dan pukul 6 bangun semula untuk solat subuh. Pepagi tu, tak tau nak buat apa so mama pun ajak mak dan awie minum di warung. Kami pergi bertiga aje sebab yang lain masih tido. Macam biasa, mak order lontong dan mama makan roti canai. Dak awie apa lagi...nasi lemak lauk paru menjadi pilihannya. Lepas sarapan, kami pun balik sebab kejap lagi nak masak special sikit sebab ada tetamu. Member-member UTM TM mama nak datang rumah.
Alamak, lari tajuk pulak...hihi. Selama 4 tahun ni, bila mama ada kelas di KL, kekadang tido umah mak sebab nak ulang alik KL-Klang kan jauh. So mama tido kat rumah mak je di Bangsar. Dah tido Bangsar tu, bila abah tak balik..mama pun tido lah sekatil dengan mak. Anak-anak tido kat rumah, en suami jaga... hehe. Yang bestnya bila tido kat Bangsar, pepagi mama dah bangun tolong mak buat kuih karipap. Dapat satu tray tu dalam sejam jugak. Pastu baru siap untuk ke kelas. Biasa kelas hari Sabtu start petang dan Ahad pagi. Ada masa jugak, bila malas nak drive tu, en suami lah yang hantar ke kelas dan esoknya, minta tolong abah atau adik hantarkan. Merempitlah mama ke kelas... haha. Nak balik Klang dah tentulah en suami yang ambil sesambil menghabiskan masa. 😊
Sebelum kahwin pun, mama belajar di Politeknik KB. Bila time cuti je, balik KL pun tido ngan mak jugak. Dah kahwin pun sama..ada ruang dan kesempatan, mesti nak tido ngan mak...hehe. Mak pun ok je lah. Sekarang ni pulak, turn dak wany. Minggu ni dia balik KL, and dah cop dah siap-siap nak tido ngan mama...haha. Iye lah anak, sekali sekala balik, meh lah tido ngan mama. Esok nak amek wany kt stesen bas Shah Alam. Tak pasti lah pulak kul berapa dia sampai dari Muadzam Shah, Pahang. Harap-harap jalan tak jem lah. Rindu sama kamu anak.
Sebelum mama mengudurkan diri, meh lah layan gambar sikit ni..
Buah hati mama...arwah suami pergi membawa kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Love u always 'abang'..😢
Sahabat yang datang bertandang ke rumah mama...terima kasih, sayang korang
Sampai sini dulu ye...jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan