Ahad, 3 April 2016

Popcorn Noxxa

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Pepagi lagi mama ayu dah update blog...mood menulis dah mari, hehe
Hari ini mama ayu nak cerita pasal piuk noxxa lagi. Sejak-sejak ada noxxa ni, macam-macam nak dicuba masak. Semalam en suami request nak makan popcorn buatan tangan isteri tercinta...muahaha, sila jeles hehe. Gigih lah en suami bawak ke Giant Supermarket sebab nak cari jagung popcorn. Jagung popcorn ni bukan semua tempat ada yek, so kena pandai-pandai carik. Kalau nak mudah, kat supermarket besar memang ada jual..senang nak cari. Kalau nak masak ni kena lah try and error kan...first time tau mama ayu buat popcorn.

So, kat sini mama ayu terangkan satu persatu cara nak buat popcorn.


Bahan-bahan yang diperlukan : margerin/planta, berteh jagung (yang ada tulis popcorn tau, kalau salah pilih, tak kembang pulak nanti..huhu) dan gula perang


Margerin/planta dipanaskan sehingga cair. Kat piuk noxxa tu tekan stir fry ye, then bila kita 'on' kan, butter akan cair dan ratakan ke selurus permukaan. Oh ye, masa guna mood "stir fry" tu, tak perlulah nak tutup piuk - biarkan tutup terbuka


Once marjerin/planta dah cair, masukkan berteh jagung popcorn & gaul sebati


Tutup tudung piuk noxxa, halakan tombol atas kepada "high pressure" dan panel pun tekan kepada "high pressure" jugak selama 2 minit. Masa ni akan dengar percikan jagung popcorn sebab masa untuk ia mengembang sudah tiba...haha
Bila dan off tu, halakan tombol untuk keluarkan wap dan bolehlah dikeluarkan popcorn yang telah mengembang tadi


tadaaa....hasil pocorn yang terbentuk, ni belum letak gula lagi ye sebab tu lah warnanya putih, suci bersih - anak-anak sesaje try makan yang ni, memang rangup rasanya


ok, masa untuk meletakkan manisan ke atas popcorn tadi. Pergi mood "stir fry" dan masukkan 1 cawan gula perang, biarkan sehingga gula perang itu mencair. Selepas gula perang cair, bolehlah dimasukkan popcorn tadi dan di gaul sebati


Ini betul-betul hasil yang diperolehi, amacam korang ? senang kan nak buat popcorn ni. Tak sampai 5 minit dah siap semua. Sambil makan popcorn tu, kami sekeluarga tengok cerita Starwars: The Force Awakens @ astrobest. Fefiling macam tengok wayang pulak...ahaks

Sesapa yang nak beli piuk #noxxa ni boleh pm/wa mama ayu @ 0133424800. Dapatkan segera untuk harga yang istimewa. 

Note kecil : pas ni nak cuba buat homemade sardin pulak..tungguuuu

Bye, sayonara !!


Khamis, 31 Mac 2016

MRC & Jamuan Hari Jadi Staff SDZ Bukit Raja

Assalamualaikum semua..

29/3/2016 - Jamuan dan Sambutan Birthday Staff (untuk bulan Mac & April) SDZ Bukit Raja. Untuk bulan ni ada seramai 8 orang yang sambut birthday, maka sambutan di buat beramai-ramai. Ini termasuklah nama mama ayu sekali yo...Sebelum tu, macam biase sebelum acara bermula, kita dengar dulu briefing aka morning rollcall form the bos & SP. Dan macam biasa jugak, tiap-tiap minggu dorg akan sentuh pasal KPI...dan KPI ini jugak akan membuat ada sebilangan staff yang sentap sebab dapat keputusan yang tidak diharapkan...huhu


Cantik tak? hehe...hasil kerja tangan mama ayu


Masing-masing tekun mendengar penerangan dari SP & Bos



Panjang pulak dorang berceloteh...perut masing-masing dah lapar ni...hehe


Penyampaian hadiah birthday (suhairi - staff ni pernah dapat staff terbaik zon bukit raja untuk unifi)


Penyampaian hadiah birthday (hafiz)


Penyampaian hadiah birthday (zaidi - ex SU untuk kelab KSK 2014-2015)


Penyampaian hadiah birthday (shahril - SU baru untuk kelab KSK tahun ini 2016)


Penyampaian hadiah birthday (yua)


Penyampaian hadiah birthday (its me hokeyyy...jgn tak kenal pulak, hehe)


Yang ni pulak penyampaian hadiah untuk staff yang mendirikan rumahtangga, untuk yang pertama kali sajek tau, kang ada yang nak 2 - 3 pulak...haha


yang ni pulak penyampaian hadiah untuk permainan dart ari sabtu yang lalu. sebab balik awal so kite bagi lah masa ni


Penyampaian hadiah birthday (SP mat)


The makanans...hehe, korang tengok #noxxapressurecooker tu ada kat situ. Ari tu mama ayu masak mee kari guna noxxa....cepat,mudah dan ringkas. Main campak-campak je kat dalam piuk tu, tak sampai 10 minit dah siap. Rasanye...hmmm, pasti sedap kan..dah air tangan mama ayu (hahaha...perasan seyh)


Menu untuk pagi tu - nasi lemak, mee kari, kuih karipap & kuih apam. Simple but tasty..


The birhtday staff - acara potong kek pulak


tadaaa....carrot cake ( kek ni isteri staff yang masak ye, dorg pun ada noxxa gak) , so sesapa yang nak beli noxxa ni, jangan malu, jangan segan...whatsapp mama ayu 0133424800
sape ada noxxa, mesti rajin masak sebab piuk ni boleh masak apa saje...
Promote ko...hahaha


My birthday present for this year...ade ke patut orang birthday beli hadiah sendiri...kahkahkah. Tapi yang bestnye, mama ayu dapat buh nama kat mug tu nama pilihanku "d'ayuwans"

ok lah....lain kali kita cerita lagi yek.. Sayonara!!

Selasa, 29 Mac 2016

Kenduri Kesyukuran & Majlis Cukur Jambul Anak Buah

Assalamualaikum & Salam Ceria semua..

Kisah ari ahad lepas pulak @ rumah mak 
Adik yang no 5 buat majlis cukur jambul untuk anaknya yang no 3. Majlis disertakan dengan kenduri doa selamat sempena mak & en suami balik umrah. Kira sekali jalan lah buat kenduri ni, 2 in1 lah katakan...senang keje hehe


Majlis cukur jambul anak buah - Mikael. Nama penuh tak ingat pulak...huhu


Group marhaban & baca yasin di Apartment Putra Ria. Ada group qasidah jugak. Banyak aktiviti kalau duduk berkelompok ni kan. Sebab mak memang orang kenal kat sini, ramai lah kengkawan mak yang datang meraikan.



Its' makan time...anak-anak tuan rumah rasmikan dulu ek


Bila anak-anak dah besor ni, i pegang anak adik-adiklah ye. Bagi can mak pak dorang makan pulak



The family makan-makan


Lepak santai kat rumah mak lepas habis group marhaban...bukan senang kan nak lepak ramai-ramai cenggini, so ape lagi...jom gosip hahaha



The 3 of us, satu-satunye adik perempuan ku, my lovely mak and me


Rendang - air tangan mak


Alhamdulillah, selesai sudah majlis kesyukuran & cukur jambul anak buah. Semalam sempat lagi suh mak masak rendang daging (permintaan en suami). Lepas abis kelas, suh abah jemput & terus ke pasar Chow Kit untuk beli barang2 nak buat rendang. Malam pulak, mama ayu tido ngan my mak...dah besar2 pun tido ngan mak lagi kan...hehe

Anyway, thanks pada en suami yang memahami diriku ini...luv u

ok, bye...sayonara !!