Ahad, 3 April 2016

Popcorn Noxxa

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Pepagi lagi mama ayu dah update blog...mood menulis dah mari, hehe
Hari ini mama ayu nak cerita pasal piuk noxxa lagi. Sejak-sejak ada noxxa ni, macam-macam nak dicuba masak. Semalam en suami request nak makan popcorn buatan tangan isteri tercinta...muahaha, sila jeles hehe. Gigih lah en suami bawak ke Giant Supermarket sebab nak cari jagung popcorn. Jagung popcorn ni bukan semua tempat ada yek, so kena pandai-pandai carik. Kalau nak mudah, kat supermarket besar memang ada jual..senang nak cari. Kalau nak masak ni kena lah try and error kan...first time tau mama ayu buat popcorn.

So, kat sini mama ayu terangkan satu persatu cara nak buat popcorn.


Bahan-bahan yang diperlukan : margerin/planta, berteh jagung (yang ada tulis popcorn tau, kalau salah pilih, tak kembang pulak nanti..huhu) dan gula perang


Margerin/planta dipanaskan sehingga cair. Kat piuk noxxa tu tekan stir fry ye, then bila kita 'on' kan, butter akan cair dan ratakan ke selurus permukaan. Oh ye, masa guna mood "stir fry" tu, tak perlulah nak tutup piuk - biarkan tutup terbuka


Once marjerin/planta dah cair, masukkan berteh jagung popcorn & gaul sebati


Tutup tudung piuk noxxa, halakan tombol atas kepada "high pressure" dan panel pun tekan kepada "high pressure" jugak selama 2 minit. Masa ni akan dengar percikan jagung popcorn sebab masa untuk ia mengembang sudah tiba...haha
Bila dan off tu, halakan tombol untuk keluarkan wap dan bolehlah dikeluarkan popcorn yang telah mengembang tadi


tadaaa....hasil pocorn yang terbentuk, ni belum letak gula lagi ye sebab tu lah warnanya putih, suci bersih - anak-anak sesaje try makan yang ni, memang rangup rasanya


ok, masa untuk meletakkan manisan ke atas popcorn tadi. Pergi mood "stir fry" dan masukkan 1 cawan gula perang, biarkan sehingga gula perang itu mencair. Selepas gula perang cair, bolehlah dimasukkan popcorn tadi dan di gaul sebati


Ini betul-betul hasil yang diperolehi, amacam korang ? senang kan nak buat popcorn ni. Tak sampai 5 minit dah siap semua. Sambil makan popcorn tu, kami sekeluarga tengok cerita Starwars: The Force Awakens @ astrobest. Fefiling macam tengok wayang pulak...ahaks

Sesapa yang nak beli piuk #noxxa ni boleh pm/wa mama ayu @ 0133424800. Dapatkan segera untuk harga yang istimewa. 

Note kecil : pas ni nak cuba buat homemade sardin pulak..tungguuuu

Bye, sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan