Jumaat, 8 April 2016

17 tahun aniversary

Assalamualaikum uolss.


Syukur ke hadrat ilahi, hari ini 9/4/2016 - genap umur perkahwinan mama ayu bersama en suami selama 17 tahun. Satu tempoh masa yang lama dan diharapkan akan berlanjutan sehingga hujung nyawa. ecece. Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tidak terhingga ini kerana mengurniakan mama ayu seorang suami yang sangat-sangat memahami diri ini. Bergaduh kecik-kecik tu, biasalah kan. Adat berumahtangga. I love u abang Syahrul Azwan bin Ismail. 



Gambar semasa akad nikah. Pernikahan kami diadakan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar selepas solat Jumaat. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.



Selepas nikah, biasalah kan...upacara batal air sembahyang nama diberi...hihi


Hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. Yang atas warna biru tu, dari mama ayu kepada en suami dan yang warna kuning tu dari en suami kepada mama ayu. Hantaran ni semua hasil tangan makcik-makcik & mama ayu sendiri (yg warna biru tu jek). Amacam, cantik tak? Kalau korang nak tempah boleh je roger2 mama ayu ek...hehe


Persandingan malam berinai nama diberi. Kami pilih warna merah untuk pakaian malam & warna biru untuk siangnya.


Lentuk-lentuk lah haii....ni semua photographer punye pasal...hahaha


Yes, hari bahagiaku tiba jua di waktu aku berumur 21 tahun. Kawen muda ko. Moga kehidupan berumahtangga kami bahagia sehingga ke hujung nyawa. Semua ini pinjaman Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Satu masa, pasti akan di ambil kembali.


Me & my en suami...i like this capture


Yang sebelah mama ayu tu, yang jadi pengapit tu, zaleha...kami berkawan sejak dari sekolah menengah lagi..tinggal di kejiranan yang sama dan blok yang sama gak. Sekarang dah kawen dan ada anak 4 rasanya. yang sebelah en suami tu kawan baiknya sewaktu bekerja lagi. tak pasti pulak dah berapa tahun kenal tapi lama jugaklah dorang bersahabat.


Acara memotong kek.


Antara kawan-kawan sekolah yang hadir semasa majlis persandingan mama ayu. Korang memang terbaik ar. Dari kiri - rozana, norzie,liza,norli,kanmani,sue,gee, ina & vimala. Berdiri dibelakang - meng siong,david,shahroni.sani, zaleha,zakiah & zizah.

Masa ni, member-member politeknik tak dapat hadir sebab hari graduation di Politeknik Kota Bharu. Huaaa...tak dapat nak grade dengan dorang semua, so tak de lah kenang-kenangan semasa mama ayu amik sijil di politeknik. Apa-apapun, kawen lagi penting kan...hahaha, gembira dalan sedih...sedih ke? ngeee

Ok lah..sampai sini jek tau, nanti kita sambung lagi...bye

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan