Ahad, 25 September 2016

Kaklong kawen

Assalamualaikum & Selamat pagi uolls...

Mood monday blues pagi ni tp ilham nak menulis tu dah mari. Moh le kite jenguk blog sekejap ye. Minggu cuti sekolah yang lepas korang g mane? Al maklum lah cuti seminggu kan...bawak anak-anak jenjalan lah kome ye. Jenjalan ni banyak maknyanya. Kalau g mall ke, padang permainan ke, mandi laut ke..tu dah kira jenjalan jugak lah kan. hehe
Minggu cuti sekolah ari tu, penuh aktiviti sepanjang cuti tu sebabnya cuti sekolah, sama dengan cuti raya haji kan. Seronok lah anak2 cuti tapi yang tak bestnya sebab cuti tu sekali ngan cuti umum, maka tak de lah tambahan cuti masa ari2 biasa. Ini termasuk sekali dengan cuti 1Malaysia ari Jumaat ari tu.

Pagi ni nak cerita sekitar akad nikah kaklong (kakak iparku), so biar gambar je lah yg berbicara eh..


Kat Pejabat Agama Islam Kuang - yang berdiri belakang tu anak sulong kaklong


Kaklong bersama adik bongsunya


Eh!! Baju sama lah...hahaha. yg kt sebelah kiri tu my adik ipar yg no 5 - dia lah yang jual baju2 ni semua (agent lah katakan, so kalau korang nak beli jubah sedondon untuk apa2 majlis boleh cari dia...fbpage : keisha muslimah ) , dapatkan harga special eh, katakan mama ayu rekemen hehe


mak dara dan anak dara pingitan....yang depan & belakang belah kanan ni anak no 4 & 5 kaklong


Kaklong ni ada 5 org anak, anak ke-2 tak dapat hadir sbb tayar motor pancit lah pulak nak datang tengok maknya akad nikah. yang no 3 tak dapat hadir sebab baru masuk pengajian baru.


Lagi gambar kami - mama ayu bersama adik iparku yg bongsu sekali

Ni lah wajah pengantin denagan dayang-dayangnya. Baju tu nanti kita buat untuk raya tahun depan....hahaha (jimat duet beli baju) 


Pengantin lelaki tengah tandatangan borang perjanjian sehidup semati. Semoga perkahwinan ini berkekalan selamanya. Aamiin

Acara akad nikah yang disempurnakan oleh adik lelaki kaklong aka abang iparku. Sape kata nak nikah ni susah kan...Islam itu memang mudah, yang bagi susah adalah manusia2 itu sendiri. Waallahualam


Selesai sudah majlis akad nikah, disusuli dengan bacaan doa 


Aamiin Ya Rabbalal'alamin


Bergambar kenangan bersama kedua mempelai daripada pihak keluarga lelaki dan perempuan

Dayang-dayang senandung bergambar bersama pengantin...hihihi

Selesai majlis pada hari kejadian, kami ke rumah abag ipar di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. Ada jamuan kecil selepas akad nikah. Malam keesokannya ada kenduri kecil untuk keluarga. Masa ni mama ayu sekeluarga tak dapat hadir sebab dah fly ke Johor Bharu. Pas je makan, kami sekeluarga terus bergegas ke KLIA2 untuk penerbangan petang. Sebab dah rancang awal kan, tiket pun dah book, percutian diteruskan. Sib baik flight petang, kalau tidak...mesti tak dapat join jugak...huhu

Alhamdulillah, selesai sudah majlis. Kami sekeluarga mendoakan semoga kaklong gembira dalam melayari bahtera rumah tangga. 

Sekian. Sayonara !!
 
 

Rabu, 21 September 2016

Birthday Liyana @ 6 tahun

Hello....ada sape2 yang sudi singgah blog mama ayu hari ni. Apa khabar korang semua? Semoga baik2 keadaannya dan semoga kita mendapat rahmat Allah S.W.T
Hari ni mama ayu nak cerita kisah kat kampung lagi...tapi kali ni sambuat birthday anak yang bongsu, Nursyazliyana Binti Syahrul Azwan (bongsu ke)...huhu. Minggu sebelum raya ni sebenarnya birthday dak Liyana tapi sebab masa tu kat kampung tak ramai yang balik, kita posponed ke minggu raya haji tu. Balik dari MPO, sempat singgah ke Tesco untuk beli kek ni...itupun birthday girl yang pilih. Dah birthday dia kan, haruslah dia yang pilih


Dah namanya bebudak, bila pilih tu kena ada kartun2 sikit...asal mula dia nak kek Hello Kitty tapi last minute mana nak cari kan. Kalau kek macam tu, kena tempah dulu nak oiiii


Bersama sepupu2 tapi ada 1 keluarga tak balik lagi dari jenjalan...yang mana ada je lah


Peace yo...muka senyum je dari pagi tadi sebab hajat tertunai


Upacara potong kek...dah x de tiup2 lilin ye anak2 sbb itu semua budaya barat (jgn kecam saya)....hahaha


Tu dia, gambar dalam plastik masa kat MPO pagi tadi....dak tecik ni nak mainan masak2 dengan mainan doktor. Ni semua penangan kat u tube & Doc Mc Stuffins @ astro


Pas makan kek, bukak hadiah...ape lagi, jom main


Aktiviti malam, bebudak ni kalau dah berkumpul tak tahulah kul berapa nak tido kan...
sib baik bawak PS2, ada jugaklah permainan yang boleh di main. Nak tengok TV pun, channel tak berapa nak dapat...hahaha


Adik mama ayu yg bongsu tu suh pasang Astro, masalahnya berapa kerap je kan nak balik kampung. Weekend pun mama ayu sibuk dengan kuliah, harapkan cuti semester je lah kalau dapat balik pun...itu belum lagi planning lain nak cuti2 jjcm...hehe

Minggu depan cuti sekolah pulak, dah planning nak ke JB sesambil melawat tapak tempat kerja en suami. hmmmm, syioknye cutiiiii

Sayonara !!

Jenjalan di Melaka Premium Outlet (MPO)

Assalamualaikum & Selamat pagi...

Kisah raya haji tak abis lagi ni...hahaha. Banyak nau gambar dlm hp ni tak upload2 dalam blog, hanya upload di fb je. Hari ni baru ada masa nak menulis, ecece...hobi lama nak mengarang dah mari...huhu
Raya haji ari tu, mama ayu balik kampung di Melaka. 3 hari di sana, maklumlah dah ada rumah kan. x perlu nak sewa2 homestay bagai..hehe. So jenjalan lah kat Melaka nun. Dak wany (anak yg sulong) beria2 mengajak ayahnya ke MPO, maka ke sana lah kami tuju. En suami pun nak cari seluar jeans, so ni lah masa yang terbaik (manfaatkan masa yang ada hokey) ngeeeee...


Amboiii,  tengok tu...gaya orang senang hati dapat apa yg dihajati


Ini budak tecik tak ada benda lain yang dia dia nak, g memana je aiskrim yang di tuju. Ini pun nasib baik abang2 nye tak ikut sekali. (nak tinggal kat rumah nenek, main ngan sepupu2 - alih2 sepupu2 pun keluar jugak...haha)


Lagi sekali budak tecik ni menuntut janji, amek ko....muka ada senang sebab dapat mainan


Jenjalan sekitar MPO, amek gambar utk kenangan


Kengkonon berjalan kat negara omputih....huhuhu


Sebab utama dak wany nak ke sini, sbb ada kincir angin - seronok dapat tangkap gambar kat atas tu..

Setengah hari kami kat sini, petang nanti nak ajak dak kembar g pantai pulak. Kang cakap mama tak adil bawak dak ggirl je g jalan-jalan...hahaha. Balik tu sempat singgah tesco sebab nak cari kek, sambut birthday liyana. Dia nak potong kek dengan sepupu2nya.


Penuh aktiviti dari pagi sampai petang. Balik rumah untuk solat, pastu keluar balik. Sib baik mak sporting. Ye lah, kalau duk rumah pun asyik makan, makan dan makan...bila nak kurus camni...ape2 pun, masakan mak adalah yang terbaik !!


Bergambar di Jeti Anjung Batu, Melaka


Bebudak ni kalau tangkap gambar memang ni 1 lah...pandai korang berlakon ye, kekonon gambar candid lah


Suasana petang di tepi pantai. Sungguh indahnya ciptaan Allah S.W.T. 

Bila duk kampung ni, tenang je rasa kan...maklumlah kat KL tu dengan jem sana sini, crowded lagi...hmmmm tp orang kata kalau kadang2 balik kampung tu seronok lah kan... cuba dah duk situ, korang akan rasa boring gak. Jangan marah ye orang kampung. hehe

Ok lah...jumpa lagi. Sayonara !!