Rabu, 21 September 2016

Birthday Liyana @ 6 tahun

Hello....ada sape2 yang sudi singgah blog mama ayu hari ni. Apa khabar korang semua? Semoga baik2 keadaannya dan semoga kita mendapat rahmat Allah S.W.T
Hari ni mama ayu nak cerita kisah kat kampung lagi...tapi kali ni sambuat birthday anak yang bongsu, Nursyazliyana Binti Syahrul Azwan (bongsu ke)...huhu. Minggu sebelum raya ni sebenarnya birthday dak Liyana tapi sebab masa tu kat kampung tak ramai yang balik, kita posponed ke minggu raya haji tu. Balik dari MPO, sempat singgah ke Tesco untuk beli kek ni...itupun birthday girl yang pilih. Dah birthday dia kan, haruslah dia yang pilih


Dah namanya bebudak, bila pilih tu kena ada kartun2 sikit...asal mula dia nak kek Hello Kitty tapi last minute mana nak cari kan. Kalau kek macam tu, kena tempah dulu nak oiiii


Bersama sepupu2 tapi ada 1 keluarga tak balik lagi dari jenjalan...yang mana ada je lah


Peace yo...muka senyum je dari pagi tadi sebab hajat tertunai


Upacara potong kek...dah x de tiup2 lilin ye anak2 sbb itu semua budaya barat (jgn kecam saya)....hahaha


Tu dia, gambar dalam plastik masa kat MPO pagi tadi....dak tecik ni nak mainan masak2 dengan mainan doktor. Ni semua penangan kat u tube & Doc Mc Stuffins @ astro


Pas makan kek, bukak hadiah...ape lagi, jom main


Aktiviti malam, bebudak ni kalau dah berkumpul tak tahulah kul berapa nak tido kan...
sib baik bawak PS2, ada jugaklah permainan yang boleh di main. Nak tengok TV pun, channel tak berapa nak dapat...hahaha


Adik mama ayu yg bongsu tu suh pasang Astro, masalahnya berapa kerap je kan nak balik kampung. Weekend pun mama ayu sibuk dengan kuliah, harapkan cuti semester je lah kalau dapat balik pun...itu belum lagi planning lain nak cuti2 jjcm...hehe

Minggu depan cuti sekolah pulak, dah planning nak ke JB sesambil melawat tapak tempat kerja en suami. hmmmm, syioknye cutiiiii

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan