Khamis, 8 September 2016

Program Simulasi Haji Cilik 3

Assalamualaikum & selamat petang.

Minum ape petang ni...dapat pisang goreng pun sedap ni tambah lagi cuaca kat luar nun angin sepoi2 bahasa. nak hujan pun ada ni...
Nak cerita kejadian semalam, sekolah yana Pasti Al-Hikmah mengadakan program Simulasi Haji Cilik 3 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (murid perempuan) dan RM70 (murid lelaki dimana kain ihram disertakan sekali). Rupa-rupanya yang ni dah masuk sesi ke-3, maknanya dah 3 tahun lah program ni diadakan. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa. Seawal kul 7 pagi, hantar yana ke sekolah sebab naik bas dari sini. Pagi tu boleh hujan pulak start dari kul 4 pagi sampai lah kul 10 pagi.


Sempat amek gambar ni, banyak jugak sekolah yang menyertai program ni. Ingatkan sekolah Pasti je...tapi banyak lagi sekolah2 Tadika Islam di Selangor


Kengkonon passport lah ni...bakal jemaah haji malaysia, in shaa allah satu hari nanti


Dalam kul 11 pagi, tergerak hati mama ayu nak tengok gak lah apa yang berlaku kat Masjid Shah Alam ni kan. Niat di hati memang nak tengok lah, apa yang yana buat sana kan...
So amek keputusan utk keluar sekejap dari opis. Sesampai je kat sana, sib baik banyak gak parking yg masih kosong. Itupun belah2 kiri masjid. Yang kat pintu depan tu memang penuhlah.Gambar kat atas ni, mereka sedang melakukan Sa'i. Korang tengok anak2 syurga ni pakai ihram, comel jek kan


Sa'i adalah rukun haji dan umrah, dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s. menurut perintah Allah SWT.


Tawaf - (ﻃﻮﺍﻑ) - adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram.


View dari dekat. Berpusu-pusu manusia mengelilingi Kaabah. Allahuakbar....beruntungnya anak-anak sekarang dapat didedahkan dengan perkara yang baik-baik.


Jamrah atau Melontar Jamrah atau Melontar/Merejam Iblis (Bahasa Arabرمي الجمرات‎ ramī aj-jamarātlit. "melontarjamarāt [tempat batu-batu kecil]adalah sebahagian daripada ibadah Haji tahunan umat Islam di kota suci Makkahdi Arab Saudi. Jemaah haji melemparkan batu-batu kecil di tiga dinding (dahulu tiang), yang dipanggil jamarāt, di kotaMina di timur Mekah. Ia adalah salah satu daripada siri perkara wajib dilakukan dalam ibadah haji. (gambar lupa nak amek...huhu)


Berpusing mama ayu nak cari anak2 dari sekolah PASTI Al Hikmah. Korang bayangkanlah begitu ramai anak2 yang sedang beratur menunggu giliran utk tawaf, sa'i, melontar jamrah dsb. Macamanalah kalau berada di Mekah agaknya, dengan golongan manusia yang ramai dan berpakaian hampir sama kan. Allahu. Permudahkan aku untuk sampai ke tempat-Mu. 
Akhirnya jumpa jugak anak yang di cari...Alhamdulillah x dpt bayangkan keluarga yang kehilangan orang tersayang.  Mesti sedih kan.


Anak-anak syurga. Mama doakan anak-anak mama semua berjaya di dunia & akhirat.

Bila tengok macam ni, hati berkobar2 nak g umrah. Target penghujung tahun 2018. Masa ni commitment pun dah kurang, belajar pun dah habis...huhuhu. tak sabar rasanya. Mudah2an Allah kabulkan permintaan mama ayu. Ada rezeki pasti akan ke sana satu masa nanti. In shaa Allah.

Sampai sini dulu...sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan