Khamis, 29 September 2016

Jenjalan lagi @ JB

Assalamualaikum


Sambung balik cite kat bawah ni. Semalam dah berehat di D Elegance Hotel, hari ni kite check out dan pergi ke KSL Hotel & Resort pulak. Hotel ni terletak di tengah bandaraya JB. Easy access jugak, turun bawah je ada shopping mall. Senang lah kalau nak beli apa kat sini.



Tengah tunggu check out dari D Elegance Hotel. Bersilang kaki ko nak ye...lalala


Dah sampai pun...keadaan dalam bilik hotel. Ok, nak cerita sikit pasal servise kat sini...servis dia memang so so je lah...nak parking pun ada susah sikit sebab dah combine dgn mall kan...pastu masa nak check in, boleh pulak 2 orang je yang ada kat kaunter walhal ramai cust. tengah beratur ni. Masa menunggu jadi lama. Dah lama menunggu, lif pulak ada yang tak boleh guna. Oh ye...utk lif pulak, ada lif yg sampai tkt 22 sahaja, ada yang sampai tkt 30+ kot ( x ingat pulak). Sebab bilik mama ayu tkt 26, kena tunggu lif yg boleh pergi lebih tinggi dari tu...kalau x silap ada 2 lif sahaja yg ada utk ke tkt tersebut. tapi sebab satu jek yg boleh guna, lg 1 rosak...agak2 nak kena tunggu 30 minit hanya utk turun lif ko...kat situ ada fail sikit lah. Sib baik keadaan bilik memuaskan sebab besar cuma lampun bilik air lah malap je.



View dari balkoni bilik hotel...cantikkan



Jenjalan di Puteri Harbour JB tgk kapal2 mewah kat situ


Memula tu nak masuk Hello Kitty Town tp tengok harga tiket melampau pulak mahalnya. So jgn membazir ye anak2...baik duet tiket tu kita abis kan ke makan...hahaha




Petang tu keluar balik untuk jalan2 disekitar Tambak Johor sambil mengambil angin petang.


Subhanallah...cantiknya alam ciptaan Allah S.W.T - senja nan merah


This is Johor Bharu



Perut pun dah lapar, kita makan dulu. Pekena Nasi Lemak Simple di Bandar JB. Tapi rasanya harga yg dibayar memang tak simple....untuk first timer macam mama ayu ni terperanjat jugak lah bila nak bayor...hahaha

Ni kejadian esok paginya. Sementara nak masuk ke KSL Donasour Water Park tu, kita mandi kat kolam biasa dulu. Tempat ni buka kul 9 tapi seawal kul 8 dah turun sebab semalam tak dapat mandi kolam 
 
Tengah tunggu air penuh 

Amek ko, selambak air keluar....mama ayu malas nak basah2, so amek gambar je lah kejenye...hihi





Antara permainan yang ada kat dalam ni... mandi lah nak sampai puas. En suami temankan anak2 mandi. Seronok betul dorang...Malam nanti nak balik dah.

Sebab malam tu flight Air Asia delay 1 jam, bebudak ni macam ni lah, dah x de keje

Muka boring, perut pun dah lapar...sempat beli roti je kat dalam ni...kul 10 kedai dah tutup


Inilah perkara yang paling mama ayu tak suke tau. Menunggu dan terus menunggu..

Selamat sudah percutian bersama keluarga. Percutian 3 hari 2 malam di Johor Bharu. Pasni akan ke sini lagi tapi tak tahu lah bila pulak kan..weekend kalau tak de kelas, boleh ajak en suami balik kampung di Melaka, boleh hello mak sekali. Kalau balik ramai2 ni seronok sikit kan...

Ok lah...pasni nak pasang niat nak g umrah bersama keluarga pulak. Dah boleh start menabung untuk ke sana pulak. In shaa Allah. Semoga dipermudahkan. Aamiin

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan