Selasa, 27 September 2016

Jenjalan Cuti Sekolah @ JB

Assalamualaikum uolls...

Mama ayu kembali lagi...sambung balik kejadian cuti sekolah minggu lepas, hahaha
Pas makan kat rumah abang ipar aka abang long di Sungai Buloh, kami sekeluarga bergegas ke KLIA2. Singgah sekejap di RNR Dengkil untuk mama ayu & wany tukar baju. Time2 cuti ni memang ramai orang lah kan...jangan ingat ko je nak bercuti yek...cuti sekolah ramai orang amek peluang bercuti bersama keluarga. hehe

Gambar kat bawah ni sekitar di KLIA2. Nk tunggu flight lebih kurang 3 jam. Kat KLIA2 ni, kena ada 2 jam awal ye...kalau lambat kang tak pasal2 tak boleh nak masuk. huhu. Lagipun perjalanan kt dalam tu amek masa sebab nak kena jalan jauh jugak.


Masa mama ayu & en suami ke Bandung dulu, beli sorang satu sweater & minta kaitkan nama anak2 kt belakang tu...tp utk wany je tak beli sebab tak tau mana satu nak pilih, lgpun dia dah ada 1 kt rumah, cukup lah kan...tak perlu membazir



Walaupun dah melantak nasi lemak kat rumah pengantin tadi, bebudak ni tetap nak makan jugak. Dak kecik ni nak pekena airkrim, so ikut je lah selera anak2. Seronok dapat makan Texas Chicken


Anak2 tengah menunggu mamanya di Celcom Cube. Mama ayu nak tukar pakej en suami daripada pakej staf ke pakej First Gold di mana pengguna hanya perlu bayar RM80 sebulan. Segala call2 yg dibuat PERCUMA!! hanya sms je yang kena bayar. Bila tgk bil en suami sebulan dalam RM100++, eloklah kalau bertukar ke pakej First Gold ni daripada Celcom.


En suami sedang sibuk menguruskan bagasi anak2nya. Setakat jalan dekat2 ni, kami bwk sendiri beg naik atas flight. Kalau letak kt cargo kang, lambat pulak nak tunggu. lagipun setakat 2 beg je pun...hehe


Jom lumba sapa saipai dulu kt bawah tu...huhu


Ini budak kalau tak amek gambar dia memang tak sah lah kan...peace yo!!


Mama budak pun sama gak lah...hehe


Mama naik escalator, dorg ni sibuk nak jalan kaki


Atas flight, dak wany dok sibuk nak duk tepi tingkap


Mama & wany - suka nau dia buat muka candid..hmmm

Kul 6 kami dah sampai di Johor Bharu. Time ni tak perlu nak susah2 sewa kereta sebab kereta en suami sedia menunggu...hehe. (dlm hati - jimat duet...hihihi) . Sampai pun dah petang, esok je lah kita jenjalan bandar JB. Malam tu makan malam kat kedai tomyam tapi lupe lak nak amek gambar. Kami menginap di D Elegance Hotel. Memang mama ayu rekemen lah hotel ni. Sangat selesa dan easy access. Nak cari tempat makan memang mudah. Sekitar hotel ni ada 7e, tempat makan, kedai hardware, kedai serbaguna, kedai 2 ringgit pun ada...memang terbaik lah lokasi dia.

Esok nak jenjalan. Nanti sambung lagi....Sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan