Ahad, 18 September 2016

Balik Kampung

Assalamualaikum uolls..


Apa khabar? In shaa Allah sihat semuanya...banyak benda nak cerita tapi asyik delay je kan, sampai tak tahu yang mana satu nak diceritakan dulu...hahaha
Selamat bekerja semula kepada yang bekerja. Seminggu cuti sekolah ni, bukan main seronok anak2, jalan sakan cuti ni. Cuti kali ni termasuk dengan perayaan hari raya haji dan cuti sambutan hari 1Malaysia. Ok lah, kejadian hari raya haji minggu lepas, first time beraya di kampung di rumah abah @ Merlimau, Melaka. (rumah baru lah kata kan) - jimat duet tak perlu sewa homestay dah.....hehe


Makanan yg disediakan...mak tempah dengan mokde (kakak abah) yg duk sebelah rumah. Tapai tu tempah khas dari Bukit Pegoh, sedap habak hang...


Seusai maghrib, orang2 surau datang ke rumah untuk bacaan yaasin. tercapai hajat mak untuk buat kenduri...ni kira kenduri masuk rumah jugaklah


Tak semua adik beradik yang balik time ni...yang ada family along, angah (mama ayu lah tu), uda & ajis. Mak, abah & adik ( my adik bongsu). yang lain2 tak dapat hadir


Alhamdulillah...ramai jugak orang yang datang bertandang kt rumah abah.


Ni sebelum orang surau datang....tengah sibuk uruskan hidangan


Selesai majlis bacaan yaasin, kita makan pulak - ni semua sepupu sepapat belah abah. Kat melaka ni memang ramai sedara kt sini. Start dari poklong sampailah ke pak usu, semua tinggal kat melaka. Anak2 ada yg duk kl, melaka, selangor dan kaw. yang sewaktu dengannya...hahaha 


Bila balik kampung, riuh jadiknya tambah lagi bapak2 dan mak2 sedara serta sepupu sepapat berkumpul. Ada lagi ni yang tak sempat nak tangkap gambar. Tuan rumah malu nak amek gambar banyak2....hehe


With my adik ipar - Ina (isteri uda, adikku no 3)


Kejadian pagi raya, mak menunggu orang datang ke rumah. hihihi
tapi rasanya sekarang ni, dah kurang aktiviti kunjung mengunjung di hari raya aidiladha. Kalau raya aidilfitri tu, mahu sebulan orang datang beraya kan...

Pas solat raya, mama ayu & family terus gerak balik ke Klang. (nk elakkan jem katanya + nk hantar en suami ke airport). Alhamdulillah, jalan clear sangat. 2 jam dah sampai Klang. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin bersama adik beradik & saudara mara dapat dipereratkan lagi. Salam Aidiladha. 

Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan