Kisah raya haji tak abis lagi ni...hahaha. Banyak nau gambar dlm hp ni tak upload2 dalam blog, hanya upload di fb je. Hari ni baru ada masa nak menulis, ecece...hobi lama nak mengarang dah mari...huhu
Raya haji ari tu, mama ayu balik kampung di Melaka. 3 hari di sana, maklumlah dah ada rumah kan. x perlu nak sewa2 homestay bagai..hehe. So jenjalan lah kat Melaka nun. Dak wany (anak yg sulong) beria2 mengajak ayahnya ke MPO, maka ke sana lah kami tuju. En suami pun nak cari seluar jeans, so ni lah masa yang terbaik (manfaatkan masa yang ada hokey) ngeeeee...
Amboiii, tengok tu...gaya orang senang hati dapat apa yg dihajati
Ini budak tecik tak ada benda lain yang dia dia nak, g memana je aiskrim yang di tuju. Ini pun nasib baik abang2 nye tak ikut sekali. (nak tinggal kat rumah nenek, main ngan sepupu2 - alih2 sepupu2 pun keluar jugak...haha)
Lagi sekali budak tecik ni menuntut janji, amek ko....muka ada senang sebab dapat mainan
Jenjalan sekitar MPO, amek gambar utk kenangan
Kengkonon berjalan kat negara omputih....huhuhu
Sebab utama dak wany nak ke sini, sbb ada kincir angin - seronok dapat tangkap gambar kat atas tu..
Setengah hari kami kat sini, petang nanti nak ajak dak kembar g pantai pulak. Kang cakap mama tak adil bawak dak ggirl je g jalan-jalan...hahaha. Balik tu sempat singgah tesco sebab nak cari kek, sambut birthday liyana. Dia nak potong kek dengan sepupu2nya.
Penuh aktiviti dari pagi sampai petang. Balik rumah untuk solat, pastu keluar balik. Sib baik mak sporting. Ye lah, kalau duk rumah pun asyik makan, makan dan makan...bila nak kurus camni...ape2 pun, masakan mak adalah yang terbaik !!
Bergambar di Jeti Anjung Batu, Melaka
Bebudak ni kalau tangkap gambar memang ni 1 lah...pandai korang berlakon ye, kekonon gambar candid lah
Suasana petang di tepi pantai. Sungguh indahnya ciptaan Allah S.W.T.
Bila duk kampung ni, tenang je rasa kan...maklumlah kat KL tu dengan jem sana sini, crowded lagi...hmmmm tp orang kata kalau kadang2 balik kampung tu seronok lah kan... cuba dah duk situ, korang akan rasa boring gak. Jangan marah ye orang kampung. hehe
Ok lah...jumpa lagi. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan