Belum
terlambat untuk mama ayu mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H. Semoga
tahun baru Islam ini akan lebih bermakna lagi bagi kita semua. Bersama
kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Dan semoga hijrah kita
direstui Allah S.W.T.
Cuti 3 hari mama ayu balik ke kampung. Dah jadi aktiviti balik kampung bila ada cuti. Maklumlah kelas pun bercuti jugak....hehe, so amek kesempatan yang ada untuk bersama keluarga. Malam tu kita penuhkan aktiviti dengan ber bbq.
Kalau kat kampung ni, nak ber bbq sangatlah mudah...tak perlu nak beli arang bagai, just gunakan ranting2 kayu yang ada untuk membakar. Buat kat depan rumah je
Mula2 kita masak ayam dulu
Diketuai oleh adikku yang bongsu dan ditolong oleh anak2 buahnya...ramai nau anak buah hahaha
Abah dan uda pun ada jugak..
Air asam terbaik air tangan adik perempuanku...sodap ter...habak hang
Antara bahan2 yang disediakan - udang, ayam dan sosej. Lain kali di lain masa en suami suh tambah kambing dan ikan pulak...huhu
Yummy....
Ayam tu dah perap dari tengahari tadi, segala rempah dah meresap masuk kt ayam...perghhh sodap ko
Persidangan meja bulat....nan ado mejanye, makan kat bawah lah anak2 wei....ni pun tak cukup korum lagi ni
Yang last sekali masak....dorg saje tau tinggalkan udang tu bakar last2. mama ayu dapat rasa sikit jek huhu
Sebab nak buat bbq ni pun planning last minit, yang mana ada je lah kita masak. Memula tu memang dah plan awal tapi cakap tak jadi sebab ingatkan nak mandi manda kat Pengkalan Balak. Disebabkan nak g sana jauh, pagi tu planning cancel maka terjadilah acara bbq ni...
Alhamdulillah, yang penting dapat berkumpul bersama. Dapat jugak pakcik makcik, sepupu & anak2 sebelah rumah merasa sekali. 4 ekor ayam ko, tu belum family along, aman, ajis & ajak ada sekali. Mau nya 8-10 ekor nak bakar. hehehe
Ape2 pun, lain kali kita repeat lagi ek...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan