Isnin, 31 Oktober 2016

Roti Canai Terbang @ Telok Mas, Melaka

Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja kepada meraka2 yang telah pun memulakan kerja hari ini. Termasuklah dgn mama ayu sekali ye...nan ado cutinya sebab nak kumpul cuti time cuti sekolah nanti @ tak pun masa nak final exam, nk kena study gempak sikit sbb last minute study kan...ingatan tak berapa nak kuat, kena study lebih...hahaha

Ceritera hari sabtu malam jumaat yang lalu. Anak2 dah cuti start cuti. Almaklumlah esok tu kan Happy Deepavali, dorang dapat cuti sampai hari selasa. Dak liyana je cuti sampai isnin, selasa dah sekolah balik. Balik dari opis je, bergegas lah mama ayu balik rumah...amek anak2 pastu terus gerak ke Airport Subang utk amek en suami pulak. Sebelum tu, singgah jap ke Pizza Hut utk amek order. Sib baik mama ayu order online utk pickup, so sampai2 je dah siap dah pizza yg di order masa kt opis tadi. oh ye...kalau korang nak order senang jek, click je kt http://www.pizzahut.com.my/, pastu pilih samada nak delivery @ pickup, pastu boleh pilih masa bila kita nak pickup tu...mudah sangat.

Dalam kul 7pm cenggitu sampailah kami di airport. En suami dijangkakan tiba kul 715pm, macam biasa bebudak ni pow mama aiskrim hershey pulak...huhu. Sesampai je en suami, kami gerak terus ke Melaka sebab memang dah plan awal2 nak balik malam tu jugak, kalau balik esok mesti lambat pulak kang...dengan jem lagi segala. Jalan malam tu pun agak jem jugak, dok guna google web ada eksiden kat somewhere area Putra Height tp selepas Dengkil jalan dah clear dah. Sempat gak singgah di RNR Dengkil pekena sate samuri...hehe. (jalan dan makan mmg x dpt dipisahkan).

Sepanjang perjalanan tu memang x de mood nak amek gambar pun. Mungkin sebab perut dah masuk angin. Sampai je di Melaka, en suami teringin nak makan roti canai terbang so kitorg pun singgah sekejap. 


                Warung Hikmah (Super Roti-Man)
Taman Seri Telok Mas
75460 Teluk Mas, Melaka


Ha ko...bukti dorang pernah menang


Tu dia....betul2 terbang roti canai tu


Jauh lagi...


Skill terbaik...


Amboiii...siap boleh jalan2 lagi. Kali ni 2 orang pulak


En suami punye roti telor bawang.


Alas perut sebelum tidor. Mama ayu layan makan nasi lemak memalam buta ni...hehe. Qada' makan sbb hari ni tak dapat makan nasi lagi...huhu

Overall performance memang best lah kedai ni. Siap bukak lagu jiwang lagi tp sebab dak kembar ni tak jiwa sentimental, dia kata bising pulak...hahaha. Jom balik, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan