Awali hari ini dengan lafaz Bismillah. Semoga hidup kita diberkati. Tetiba rindu datang mengundang. Rindu pada en suami, rindu pada emak & abah. Walaupun zaman teknologi dah canggih dgn segala wasap, tepon dsb...rindu nak tatap wajah2 yang dirindui.
Ecece..pepagi ko nk bermadah ye mama ayu....jiwang pulak pagi2 ni. Esok en suami nak balik so kena jemputlah macam biasa. Sebelum tu kena ke sekolah dak iman imin sebab ada taklimat UPKK bagi sekolah agama. Diam tak diam, dah besar dah anak2. Semoga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia akhirat. Doa mama sentiasa bersama kalian. In shaa Allah
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan