Hahaha, agak lama tak bersiaran...sibuk benar lah agaknya sampai tak sempat nak updtae blog mama ayu ni. Walhal banyak je aktiviti bersama keluarga dan rakan2 TM. Tak pasti lah kenapa lately ni nak bukak blog bukan main susahnya @ mama ayu sendiri yang tak tahu mcmane nak godek kot...huhu
Kek coklak brownies request dari birthday girl, mama ayu tempah khas dari budak praktikal masa buat kt TM dulu...kek brownies dia memang sedap
Barangan/jajan untuk dimasukkan kedalam goodies bag. Untunglah bebudak sekarang ni kan. Ntah yang ke berapa kali dah sambut birthday dia bulan ni...hihihi
Ni kat sekolah pulak buat sambutan birthday, mama ayu layankan aje lah permintaan anak2 syurga ni. lagipun time sekolah tadika je pun dapat sambut macam ni kan. Dah sekolah rendah nanti, nan ado nye nak buat cenggini lagi
Dak kembar sibuk nak nolong, tak bagi can adiknye nak masukkan jajan sama-sama.
Muka sedih sebab tak boleh buat ape-ape..kena marah dek abangnya sebab tak pandai susun dalam goodies bag.
Tara....dah siap semua, ada lebih kita ngap masuk mulut. Operasi makan-makan pulak selesai kerja dilakukan
Di hari kejadian, credit to cikgu PASTI sebab bagi wasap gambar ni kat mama ayu. Muka anak-anak yang menyambut hari lahir pada bulan 9/2016.
Ramai jugak lah yang lahir pada bulan 9 ni ye...enjoy bebudak ni dapat makan kek & jajan
ok, mama ayu tak tau motip gambar bebudak ni tunjukkan angka 6 patutnya angka 9 lah kan...sebab lahir bulan 9..hihihi
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Masa tadika je lah anak-anak diberi keistimewaan untuk sambutan hari sebegini. Dah sekolah nanti, memang tak de lah kan...at least kalau mak pak tu nak buat sendiri kat rumah... hehe
Jumpa lagi...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan