Hmmm...apa khabar korang? Sihat-sihat hendaknya. Bukan senang nak senang, setiap kesenangan perlu dihujani dengan kesusahan. Betul ke? Wallahualam.
Pagi-pagi melayan kerenah anak2 nak ke sekolah, dengan minggu exam lagi..dengan pjj dengan en suami lagi..dengan kerja lagi...dan dengan segala dengan lah...hahaha (ayat hiburkan hati sendiri)
Firstly nak cite sikit, hidup pjj ni @ berjauhan dengan en suami memang agak mencabar. Korang bayangkan kalau nak kejutkan anak bangun pagi2, kalau ada en suami ni, boleh lah dia tolong2 apa2 yang patut kan. Macam anak2 mama ayu lah kan, bila dikejut punya lah susah nak bangun, tapi bila ayahnya kejut, sekejapan je leh bangun. Tu belum lagi tertinggal bas sekolah, dulu kalau tertinggal, en suami lah yg tolong hantarkan tapi sekarang semua kena buat sendiri. Kalau lambat kang, alamatnya memang merah lah thumbprint ko mama ayu...huhu
2ndly, biasa malam2 ade gak tempat utk mama ayu meluah rasa, sape lagi kan dah tentulah pada en suami tp ni dh jumpa hujung minggu je, hujung minggu jek boleh nak celoteh sana celoteh sini. Kalau bercakap melalui tepon @ wasap, memang tak sama lah bila ada depan mata kan..hihi
3rdly, part anak2...ape2 je urusan yg melibatkan anak2 dah tentu lah time persekolahan kan. Nak beli itu, nak beli ini...mama ni tak cukup, ni tak de....huuuu, pening seh. Bebudak sekarang ni bukannya macam time kita sekolah dulu2. Dulu2 kalau mak abah kita belikan pencil, nak masuk darjah 5 pun, pencil darjah 4 tak abis lagi...lebih2 lagi kalau guna pencil colour, rasanya mau 6 tahun sekolah rendah tu masih leh guna. Bebudak sekarang ni, beli jek, tak sampai 2 bulan dah tak dek...kawan pinjam tak pulang lah...hilang lah, pening2
Lastly, ade banyak kalau nak cerita pun tapi biarlah menjadi rahsia. Sesungguhnya Allah mahukan kita bersabar terhadap ujian yang menimpa. Sabar, sabar dan terus sabar. Redha itu penting dalam setiap yang kita lakukan.
Semoga amalan seharian kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T
Minta lah pada Allah, nescaya Allah akan tunaikan segala permintaan kita. Kalau tak diberi hari ini, mungkin esok, mungkin lusa ataupun mungkin lewat. Dan Allah itu sebaik2 perancangan. Allah akan beri apa yang kita minta mengikut keadaan yang sesuai.
#sabar
#redha
Sesungguhnya sabar itu indah
Hanya Allah tempat mengadu. Dunia ini hanya pinjaman. Ibu bapa, suami, anak2 dan segala yang ada dengan kita adalah pinjaman dari Allah. Sayangilah mereka, kasihanilah mereka sebagaimana Allah mengasihi kita kerana Allah tak pernah tak sayang pada umatnya. Hanya kita yang terleka dengan nikmat yang diberikan. Mudah-mudahan hidup kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Bersama menuju ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah.
In Shaa Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan