Isnin, 17 Oktober 2016

Aku Seorang Teknikal

Assalamualaikum & selamat pagi.

Alhamdulillah, hujan rahmat di pagi hari. Sejuk cuaca sesejuk mama ayu dok kat dalam opis bertemankan aircond..hahaha. Sana sini dok bercakap pasal fenomena air pasang besar kat Malaysia ni, dan dah tentulah salah satu tempat yang terlibat adalah daerah Klang, tempat tinggal mama ayu & family. Malam tadi pun my lovely mak call bertanyakan keadaan kat sini. Risau sungguh orang tua tu, tu lah kan..firasat seorang ibu/mak memang sentiasa risaukan anak2 nya.

Alamak, dh lari tajuk pulak....hihihi. ok, ni nk habak kat reader2 semua, mama ayu bekerja ngan Telekom Malaysia ni hampir 17 tahun. Satu masa yang agak lama lah kan, me pekerja yang setia hehe. So ape2 je yang ditulis dalam ni banyak yang bersangkut paut dengan TM lah kan.


Seperti biasa 2 bulan sekali akan diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Staf cuma kali ini disertakan dengan penganugerahan VOC terbaik bagi bulan berakhir September 2016. Dan yang bestnya kali ini, team ZBC pun turut hadir sekali untuk memeriahkan majlis


Yang turut diraikan...staf berpindah ke Shah Alam


Staf yang menyambut hari lahir dalam bulan 9-10/2016. Ada dalam 12 orang tetapi ada yang tidak hadir


Penerima anugerah VOC terbaik daripada SDZ Bukit Raja


yang ni pulak penganugerahan khas dari team ZBC Selangor. yang mana dapat hadiah tu memang dorg tak sangka lah nama dorang terpanggil untuk dapat hadiah. Dapat sijil dan cokelat lagi u...


Last but not least, sepanjang acara berlangsung. Menu makanan pada hari tu tak sempat nak snap sebab semua dah kebulur + makanan sampai lambat. Dengar2 lepas ni dorang nak buat sambutan yang grand kt hotel @ somewhere else. Mama ayu pun tak tahu lah dorang nak buat kat mana. Kita ikutkan aje. Janji perut kenyang. haha

Sampai sini dulu. Ada acara lain kita cerita lagi eh...sayonara !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan