Selasa, 4 Oktober 2016

Melawat Taman Mini Malaysia @ Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum semua..

Amboii, tajuk ko mama ayu..proud to be orang Melaka. Mama ayu lahir kat Melaka yek korang...hehe. Wah wah wah! Dah lama betul mama ayu tak menjejakkan kaki kat sini. Last datang rasanya masa zaman sekolah dulu kot, itupun masa sekolah buat rombongan ke Melaka. Anak-anak sekarang pun, rombongan sekolah x de buat kat Melaka, yang ada pun dibuat di Sabak Bernam, Cameron Highland dan banyak yang melibatkan aktiviti luar (outdoor game), makanya lawatan tempat2 bersejarah ni kureng lah sikit.


Setiap rumah yg dilawati ada bendera negeri masing2...lama dah, memang dah tak ingat dah bendera tu dari negeri mana tapi kalau setakat nama negeri2 di Malaysia tu, memang mama ayu ingat lah...hahaha

Ini budak memang suka buat muka..muka sebek sbb x de sape nak main congkat ngan dia

Rumah orang dulu2...mesin jahit tu pun rare sangat

Mama ayu dok ngajor anak2 cara nak gunakan alat tumbuk padi

Seterika lama, teringat masa semester lepas, group mama ayu buat assignment pasal seterika huhu

Ha korang, reti ke anyam ketupat? makanan tradisi masa hari raya. Mama dulu masa kecik2 kalau tak pandai anyam ketupat, abis tangan ni kena ketuk dgn pak uda. Anak melaka mane ada yang tak tahu anyam ketupat, buat malu jek...hehe

Kuih muih tradisional Malaysia

Segala rempah ratus, daun2 yang digunakan didalam masakan orang Malaysia

Negeri Pulau Pinang

Nasi lemak daun pisang merupakan makanan kegemaran orang2 Malaysia tidak kira kaum dan keturunan. semua suka

Salah satu rumah di Mini Malaysia

Assalamualaikum...kami datang nk beraya hihi

Lepak dulu setelah penat berjalan

Eh macam pelamin pulak, jom kita bergambar

Kat luar ni ada orang ngajor cara2 nak gunakan gasing

Lampu gas lama zaman dulu2

Aucak!....main kt pintu. Rumah zaman dulu2 ni banyak nau pintu & tingkap

Salah satu rumah yang ada kt Mini Malaysia yang ada loteng, dak kembar ni macam berani jek nak naik atas tu tapi bila dah nak dekat sampai...takot pulak

Lagi rumah utk dikunjungi

Tunggu turn untuk melawat rumah

Sape ada kat dalam...kami nak masuk ni

Perasan diva sekejap

Dilarang sentuh tapi dah budak2 kan...semua nak dicubanya

Comel rumah

Memanfaatkan hasil yang ada...lukisan batik dan pembuatan songket

Rumah yang tiada beranda

Tak boleh nak masuk sebab masih dalam pembinaan

Yang ni pun sama gak....kat luar tu tak boleh nak lalu tapi boleh masuk kt dalam, siap ada orang jual hasil kraftangan sarawak
Sampai sini je yang boleh kami lawati. Taman Mini Asean ditutup atas sebab pengubahsuaian. Dah penat berjalan di bawah panas mentari , kita rehat dulu sambil makan keropok lekor di kedai berhampiran. Sebab kat rumah mak dah masak bersama adik2, kita makan kat rumah je lah. Sebelum ke Mini Malaysia, mama ayu dah ke pasar bersama en suami dan mak tersayang. Malam ni nak ber bbq pulak. Sib baik ada adik perempuan kt rumah, dia lah yang menyiapkan segala perapan ayam yang hendak di masak malam nanti bersama adik ipar yg no 3. Bercakap soal makan ni, masakan ibu adalah yang terbaikkkk.

Ok, jumpa lagi...sayonara !! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan