Ahad, 22 Januari 2017

Beriadah di tengah Tasik Shah Alam

Assalamualaikum semua...

Sihat wa'afiat hendaknya. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Apa aktiviti hari minggu korang? Selain jemputan kenduri kawen, ari sabtu lepas, mama ayu & family ke Tasik Shah Alam lagi...tapi kali ni teringin nak naik boat pulak dan dak kakak teringin nak berkayak. So, ape lagi...penuhkan hujung minggu bersama keluarga

Harga lupe lak mama ayu nak snap...tapi masih tersimpan di memori kepala ni.

Kayak Single ~ RM 8
Kayak Double ~ RM 15
Paddle Boat ~ RM 30
Paddle Boat Family ~ RM 50
Canoe ~ RM 15

Memula tu, dak kembar ni nak naik kayak sama-sama tapi tak boleh sebab tak cukup umur, kena ada orang dewasa temankan, maka dak iman naik ngan kakaknya

  
 First time naik, ok lah...dh boleh masuk bertanding ni hehe


Dak imin ditemani oleh en suami


Layan gambar je lah



Kalau dak wany ni, pantang je nampak orang nak snap gambar dia...suke benau


Disebakan en suami sekejap je berkayak...( tak boleh lama-lama, kaki krem ), mama ayu pulak ganti naik paddle boat. Sib baik budak yan jaga kaunter tu ok, dia minta en suami tambah RM15 jek...jimat RM 15


Ini pulak, anak mama ayu yang no 2 - buat hal sendiri main gasing


Sebelum mama ayu terlupa, harga yang di tayangkan kat atas tu untuk 1 jam punye harga. So kalau korang datang dalam kul 5 tu, dah cantik dah time tu. Dapat pusing-pusing satu tasik ni...besau tau tasik dia. Kalau kat tengah-tengah tu baru dapat merasa angin sepoi-sepoi bahasa. Masa kat tengah tasik tu lupa nak bawak hp...kalau tak banyak lagi gambar yg boleh di abadikan...hihi

Ini lah cerita weekend kami. Pas pusing satu tasik, singgah jap ke Kedai Ustaz di Kompleks PKNS, beli memori kad. Kat sini kalau sape-sape nak dapatkan aksesori hp, memang banyak lah kan. Dunia peralatan komunikasi, harga memang berpatutan. Sebelum balik, pekena Nasi Arab D'Arab Cafe Bukit Raja. Tempat ni dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Harga yang berpatutan, dan yang penting makanan cepat sampai...haha

Minggu ni anak-anak sekolah 3 hari je..pastu cuti seminggu sempena Hari Raya Cina. Ada jemputan kawen hujung minggu ni pulak. Kalau tiada aral, ke Ipoh lah pulak kita.

Happy weekend, sayonara !!
 
 

Khamis, 5 Januari 2017

Riadah Petang

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Esok anak-anak sekolah ni cuti, boleh lah berehat2 sambil beriadah. Aktiviti hujung minggu kami lately ni, bawak anak-anak jogging dan berbasikal di Taman Tasik Shah Alam. Daripada terperap kat rumah kan, main ps2, jom lah kita ke taman...boleh hirup udara segar sekali.


Dak kembar - sekarang ni agak susah untuk dorang pakai baju sama kecuali kalau g jenjalan (pakai baju cantik...huhu)


Sekali 3 basikal en suami angkut naik kete...


Dak kakak main basikal adiknye...time x de orang je dia naik, kekonon malu katanya


View dari lensa hp ku


Itu budak tecik naik basikal 4 roda, en suami melayan kerenah anak2


Dak kembar dah terer, boleh buat hal sendiri...hihi


Yang ni waktu malam pulak...lepaking di Dataran Shah Alam pulak selepas pekena nasi arab di D'arab cafe Bandar Bukit Raja


Melayan kerenah anak-anak  bermain



Meriah ko...


Yeay....dak tecik ni dah pandai guna basikal 2 roda. Dah boleh naik basikal abangnya. practice make perfect okey...hasil praktice yang dibuat di beranda rumah. Excited sebab dah pandai bawak basikal, bila en suami balik hujung minggu, dah confirm2 lah dorang akan ajak ayahnya ke sini lagi.

Sayonara !!

Rabu, 4 Januari 2017

Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum semua

Lama nau mama ayu tak bersiaran...nampak sangatlah bizi nye..huhu
Rasanya belum ketinggalan lagi kot mama ayu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Ada sape-sape buat azam baru ke...hihi

Seperti biasa, cuti sekolah hujung tahun hari tu, mama ayu balik kampung. Cumanya kali ini adik beradik ramai yang balik sebab bapa saudara meninggal. Maka riuh rendahlah rumah mak dengan cucu-cucunya yang ramai itu...haha

Dan hujung tahun yang sangat bizi, dengan nak beli perkakasan sekolah anak-anak, dengan mama ayu sendiri nak final exam...hohoho, super duper bizi lah jadinye. Tapi alhamdulillah, semuanya dah settle semalam...ari ni boleh lah kita enjoyyy

Untuk anak-anak yang masuk ke tahun 1, selamat menjejakkan kaki ke sekolah baru. Bak kata falsafah lama "Tuntutlah ilmu sampai negeri China". Selamat belajar dan menempuh alam persekolahan sebenar. Tahun ni lima-lima anak mama ayu dah ke sekolah, memang banyak urusan lah kan.



Berpagian di sekolah agama - SRA Batu 4 Jalan Kapar


Sesi petang pulak - SK Taman Klang Utama

Kesemua anak-anak mama ayu memang dorang tak akan sama waktu persekolahan. Jadi memang tak berjumpa lah dorang ni kecuali kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan kedua-dua sesi. Dak kembar sekolah agama petang, adiknya liyana sekolah agama pagi. Begitulah sebaliknya untuk sekolah rendah. Yang sekolah menengah pun sama gak. Anak-anak mama ayu pun semuanya mama ayu akak tengok masa first day sekolah je...second day dorang dah berdikari sendiri. Pepandai lah anak-anak ni uruskan diri masing-masing.

ok lah....tu saje pun nk cerita. Lain kali kita sambung lagi

Sayonara !!