Ahad, 22 Januari 2017

Beriadah di tengah Tasik Shah Alam

Assalamualaikum semua...

Sihat wa'afiat hendaknya. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Apa aktiviti hari minggu korang? Selain jemputan kenduri kawen, ari sabtu lepas, mama ayu & family ke Tasik Shah Alam lagi...tapi kali ni teringin nak naik boat pulak dan dak kakak teringin nak berkayak. So, ape lagi...penuhkan hujung minggu bersama keluarga

Harga lupe lak mama ayu nak snap...tapi masih tersimpan di memori kepala ni.

Kayak Single ~ RM 8
Kayak Double ~ RM 15
Paddle Boat ~ RM 30
Paddle Boat Family ~ RM 50
Canoe ~ RM 15

Memula tu, dak kembar ni nak naik kayak sama-sama tapi tak boleh sebab tak cukup umur, kena ada orang dewasa temankan, maka dak iman naik ngan kakaknya

  
 First time naik, ok lah...dh boleh masuk bertanding ni hehe


Dak imin ditemani oleh en suami


Layan gambar je lah



Kalau dak wany ni, pantang je nampak orang nak snap gambar dia...suke benau


Disebakan en suami sekejap je berkayak...( tak boleh lama-lama, kaki krem ), mama ayu pulak ganti naik paddle boat. Sib baik budak yan jaga kaunter tu ok, dia minta en suami tambah RM15 jek...jimat RM 15


Ini pulak, anak mama ayu yang no 2 - buat hal sendiri main gasing


Sebelum mama ayu terlupa, harga yang di tayangkan kat atas tu untuk 1 jam punye harga. So kalau korang datang dalam kul 5 tu, dah cantik dah time tu. Dapat pusing-pusing satu tasik ni...besau tau tasik dia. Kalau kat tengah-tengah tu baru dapat merasa angin sepoi-sepoi bahasa. Masa kat tengah tasik tu lupa nak bawak hp...kalau tak banyak lagi gambar yg boleh di abadikan...hihi

Ini lah cerita weekend kami. Pas pusing satu tasik, singgah jap ke Kedai Ustaz di Kompleks PKNS, beli memori kad. Kat sini kalau sape-sape nak dapatkan aksesori hp, memang banyak lah kan. Dunia peralatan komunikasi, harga memang berpatutan. Sebelum balik, pekena Nasi Arab D'Arab Cafe Bukit Raja. Tempat ni dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Harga yang berpatutan, dan yang penting makanan cepat sampai...haha

Minggu ni anak-anak sekolah 3 hari je..pastu cuti seminggu sempena Hari Raya Cina. Ada jemputan kawen hujung minggu ni pulak. Kalau tiada aral, ke Ipoh lah pulak kita.

Happy weekend, sayonara !!
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan