Selasa, 31 Januari 2017

Jenjalan Ipoh

Assalamualaikum semua..

Belum terlambat kot mama ayu nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa cina di luar sana dan selamat bercuti kepada semua. Seronoknya bebudak sekolah dapat cuti lama, seminggu terus cutinya. Korang g mana cuti ni? Syiokknye cuti tapi bila pikir nak keluar KL, alamatnya meredah jem lah kome...huhu

Hujung minggu lalu, mama ayu & family ke Ipoh, Perak. Sesambil kita pergi ke jemputan kawen tu, kita jenjalan sekali lah kan. Bukan senang kan nak keluar jenjalan jauh2 nun. Perjalanan hari sabtu kami berjalan dengan lancar walaupun jalan highway jem, sampai Trolak, kita masuk jalan dalam. Ikut jalan kampung ni kan yang bestnya kita dapat tengok pemandangan dan tempat orang. Masa tengah jalan tu je kita boleh tahu, "eh kat sini rupanya tempat rekreasi Sg Klah, kt sini...bla bla bla ". Kalau ikut highway tu, alamat jalan terus je lah kan. Yang nampak cuma papan tanda je. Dah masuk jalan kampung tu kan, kita singgah lah ke Callie's Castle kat batu Gajah tu. Harga tiket untuk dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Jangan lupa bawa MyKad tau, kalau tak nanti kena caj RM10 (tapi ada ke orang yang g sana sini tak bawak MyKad?...haha)


Sesampai je, wajib bergambar dulu kat depan ni


Jambatan ke Callie's Castle - bersama anak-anak


Bersama en suami pulak..


Naik sampai tingkat atas sekali...en suami tolong tangkapkan gambar. Nampak tak dak awie kt belakang tu, masa kami kat atas tu, ada sekumpulan remaja minta tolong dia tangkapkan gambar. Kalau nak selfie tak best pulak kan reramai tu. Amek gambar dari depan, baru puas hati...hihi


View jauh sikit


Masa kat dalam tu, mama ayu tak tangkap pun gambar. Takut pulak nanti bila tangkap gambar kang, gambar lain yang keluar...hahaha. Overall view kat situ amatlah menarik. 

Dah penat berjalan, time to check in hotel pulak. Sebelum ke ipoh, dah google booking, agoda semua abis semua hotel full book. Dapatlah book hotel budget yang ada 2 katil besar kat tengah2 pekan Ipoh tu, tapi bila pusing-pusing area Gopeng tu, sesaja tanya hotel kat situ, ada pulak kosong, maka check in situ je lah. Esok nak g kenduri pun dah dekat dah...5 minit sampai. Bila en suami tanya kat kaunter tu, dorang bagitau memang bila time perayaan, call booking tidak di layan. Mereka akan utamakan orang yang walk in sebab dah tentu2 orang ni hendak menginap di hotel, kalau yang call ni akan ada last minute cancel lah..& sebagainya.


Kami menginap di sini malam ni...


Ada ruang tamu, sesuai untuk keluarga besar mama ayu


Pantry


Bilik tido...yang besatnya, suite ni ada 2 bilik air. So anak-anak tak yah nak berebut-rebut. 


Malamnya pulak, janji dengan adik mama ayu yang no 6 duk di Tambun tu makan sesama. Tempat ni dia yang suggestkan. Katanya segala jenis sup sedap kat sini. Pastu ada satu menu yang pemes iaitu nasi pattaya banjir. Kalau korang nak rasa, kena singgah sini. Harga sangat berpatutan.


Dah kenyang, anak2 bermain di padang - padang bandaraya Ipoh


Keesokkan harinya, pas breakfast kat hotel...siap2 nak g kenduri. Kul 12 dah check out. 


Jumpa dengan adik beradik sebelah en suami. Bukan senang nak berkumpul macam ni kan...so bila dapat berjumpa, berjam-jam lah jadinya. Bebudak ni pun 2 kali repeat makan kat rumah orang kawen ni, sib baik lah bukan orang lain ko, kira kenduri opah dorang jugak lah kan...hehe

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan