Lama nau mama ayu tak bersiaran...nampak sangatlah bizi nye..huhu
Rasanya belum ketinggalan lagi kot mama ayu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Ada sape-sape buat azam baru ke...hihi
Seperti biasa, cuti sekolah hujung tahun hari tu, mama ayu balik kampung. Cumanya kali ini adik beradik ramai yang balik sebab bapa saudara meninggal. Maka riuh rendahlah rumah mak dengan cucu-cucunya yang ramai itu...haha
Dan hujung tahun yang sangat bizi, dengan nak beli perkakasan sekolah anak-anak, dengan mama ayu sendiri nak final exam...hohoho, super duper bizi lah jadinye. Tapi alhamdulillah, semuanya dah settle semalam...ari ni boleh lah kita enjoyyy
Untuk anak-anak yang masuk ke tahun 1, selamat menjejakkan kaki ke sekolah baru. Bak kata falsafah lama "Tuntutlah ilmu sampai negeri China". Selamat belajar dan menempuh alam persekolahan sebenar. Tahun ni lima-lima anak mama ayu dah ke sekolah, memang banyak urusan lah kan.
Berpagian di sekolah agama - SRA Batu 4 Jalan Kapar
Sesi petang pulak - SK Taman Klang Utama
Kesemua anak-anak mama ayu memang dorang tak akan sama waktu persekolahan. Jadi memang tak berjumpa lah dorang ni kecuali kalau ada apa-apa aktiviti yang melibatkan kedua-dua sesi. Dak kembar sekolah agama petang, adiknya liyana sekolah agama pagi. Begitulah sebaliknya untuk sekolah rendah. Yang sekolah menengah pun sama gak. Anak-anak mama ayu pun semuanya mama ayu akak tengok masa first day sekolah je...second day dorang dah berdikari sendiri. Pepandai lah anak-anak ni uruskan diri masing-masing.
ok lah....tu saje pun nk cerita. Lain kali kita sambung lagi
Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan