Ahad, 6 Ogos 2017

Hidup perlu diteruskan !!

Assalamualaikum semua..

Kehidupan ini penuh onak duri yang perlu kita tempuh. Kekadang apa yang berlaku bukanlah kehendak kita tetapi takdir jua yang menentukan. Perginya insan yang amat aku sayang meninggalkan kesan yg mendalam dalam hati ini. Namun, demi anak2 aku harus bangkit daripada terus dibuai mimpi bersamamu yang pasti tidak akan kunjung tiba. Aku berharap akan dapat bertemumu kembali suamiku di Jannah. In shaa Allah

Sekembalinya suami ke rahmatullah...banyak betul sebenarnya perkara yang perlu diuruskan. Yang hidup perlu meneruskan liku2 kehidupan. Memang bukan senang untuk menjaga amanah dari arwah suami, tetapi aku harus terus kuat demi anak2ku. Berbalik pada perkara2 yang perlu dilakukan, setelah ketiadaan dahan tempat bergantung, kita perlu tahu apa yang perlu dibuat berkenaan harta/hutang peninggalan arwah. Bagi kita sebagai umat Islam, perlu dilaksanakan urusan wasiat/harta dengan secepat mungkin. Lebih2 lagi bagi menyelesaikan hutang si mati. Antara checklist yg mama dapat ialah :

  • Periksa setiap akaun yang ada dan masih aktif ( dapatkan statement daripada setiap bank) - tidak semua bank yang mudah untuk kita berurusan tetapi kita kena ikut je apa requirement yang pihak bank nak) - ada certain bank yang memerlukan surat kuasa dan surat kuasa ini perlu kita dapatkan di Pejabat Tanah @ Amanah Raya @ Mahkamah Syariah (bahagian pusaka)
  • Periksa hutang2 yang masih tertunggak seperti personal loan, kredit kad, hutang rumah, hutang kereta dsb (statement hutang boleh kita dapatkan di Bank Negara)- pergi di setiap bank untuk memberitahuan bahawa nama penghutang tersebut telah meninggal dunia dan pihak bank akan memberi borang untuk waris isi. Ia dipanggil deceased akaun. Walaubagaimanapun waris masih perlu membayar hutang2 si mati sehinggalah sekiranya waris boleh membuat fullsettlement berkenaan hutang tersebut. Sedikit tips di sini, waris masih boleh mendapatkan diskaun semasa membuat fullsettlement hutang dengan memberi surat bertulis kepada bank.
  • Ada juga bank yang memberi Khairat Kematian. Contohnya Bank Rakyat (sekiranya si mati mempunyai syer dan masih aktif), ASB, PERKESO. Kita boleh memohon dengan mengisikan borang Khairat Kematian.
  • Mengisi borang di PERKESO (untuk yang bekerja sahaja - PERKESO akan memberikan wang kepada balu dan anak2 si mati sehingga anak2 berumur 21 tahun)
  • Periksa akaun KWSP, Public Mutual, Anuity jika ada dan kebiasaannya utk akaun KWSP telah diberi penama. (Wang ini yang diperlukan untuk menyelesaikan hutang si mati sekiranya ada)
  • Sekiranya si mati ada mengambil insurans, kita boleh terus pergi ke syarikat insurans itu untuk pemberitahuan berkenaan hal ini. Dan kebiasaannya, polisi insurans juga ada meletakkan penama yg disebut HIBAH.
  • Sekiranya si mati meninggalkan harta spt rumah/tanah, kita boleh mendapatkan surat kuasa di Pejabat Tanah dan Galian (bhgn harta pusaka), ini adalah option utk mendapatkan surat kuasa kerana jika melalui Amanah Raya, fee yang agak tinggi dikenakan. Selain itu, kita boleh mendapatkan surat kuasa di Mahkamah Rendah Syariah.
Sekian perkongsian daripada mama. Diharapkan mendapat sedikit informasi bagi memudahkan mereka2 yang mengalami nasib seperti mama. Mama akan kongsikan lagi info yang mama dapat untuk rujukan bersama.



Jangan lupa amalkan ayat ini setiap kali kita melakukan sebarang urusan. In shaa Allah segala urusan kita akan Allah mudahkan. Percaya pada Allah...Allah sebaik2 perancangan.

Jumpa lagi, sayonara !!
 

Rabu, 2 Ogos 2017

Mak g Haji

Assalamualaikum semua..

Hujan rahmat dipagi hari. Bumi kesejukan di sapa angin sepoi2 bahasa. Syukur alhamdulillah kita masih bernafas di bumi Allah ini. Kehidupan harus diteruskan walau bagaimanapun badai melanda. Berpegang kepada Al Quran dan hadis, Allah ada untuk kita semua.

Semalam anak2 menghantar mak ke Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya. Alhamdulillah dapat juga mak mengerjakan haji. Panggilan Allah Yang Maha Agung. Angah minta maaf kerana tidak dpt menghantar mak ke sana. Sungguhpun begitu, sebagaimana DOA mak kepada anak2, begitu jugaklah DOA anak akan sentiasa ada untuk mak. Semoga mak mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan sepanjang mengerjakan ibadah haji di Mekah dan Madinah. In shaa Allah, ada rezeki, angah juga ingin menjejakkan kaki ke sana.
Sebelum berangkat ke Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya

 Mak ditemani oleh anak2 dan jiran tetangga

Along & famili

 Uda & family

 Achik & family ( suaminya outstation )

 Ajak & family ( harus tambah baby lagi ni...hehe)

 Bersama anak menantu & bakal menantu

 Moment macam ni mmg x leh tahan ooo...sayang mak


Abah merupakan tunggak utama dalam keluarga kami. Berdiri dibelakangnya seorang yg kami panggil mak. Redha isteri teletak pada redha suami. Sebab itu lah angah sayang sangat kat abah. Seorang yang sabar dan pemurah. 

Tak boleh nak cerita lagi...nnt mengalir pulak air mata ni. Adik2 yang lain ada jugak datang tapi x dpt nak hantar mak ke Kelana Jaya. Tapi syukur sebab semua dapat jenguk mak sebelum mak berangkat ke tanah suci Mekah. Nanti mak balik, angah tunggu kt rumah mak ye..nnt along & adik2 jemput mak di KLIA. 
Selit sikit gambar ni sbb dak kembar ada pertandingan memasak semalam.

Jumpa lagi...sayonara !!

Ahad, 30 Julai 2017

Engkau pergi tanpa pesan

Assalamualaikum..

Ku coretkan coretan ini khas untuk arwah suamiku yg sangat2 aku cintai. Walaupun abang telah pergi dijemput ilahi, ayang doakan abang tergolong dikalangan orang2 yang soleh dan ahli syurga. Dimalam yg hening ini, tidak dapat aku melelapkn mata...sesekali terimbas bayanganmu abang menjadikan aku rindu padamu. Teringat kenangan manis ketika pertemuan kita yg pertama, di saat satu Malaysia bergelap kerana blackout. Kenangan demi kenangan tercipta selepas pertemuan itu. Kurasakan dunia begitu indah sekali dengan kehadiranmu abang. Berbagai onak liku kehidupan yang kita lalui bersama sehingga membawa kita ke pelamin indah. Kau hadir mencipta kenangan, pergimu jua meninggalkan kesan abadi kepada diriku. Allah hanya memberi pinjam dirimu kepadaku selama hampir 18 tahun dan perkenalan kita selama 5 tahun membibit rasa cinta dan rindu sesama.
Ayang teringat saat manis semasa di Politeknik, abang hadiahkan sehelai kain pelekat dan kain itu kujadikan selimut tidorku. Abang banyak mengajar ayang berdikari. Sepanjang ayang belajar, abang memberi semangat dan sanggup datang ke Kota Bharu semata2 untuk menjengukku. Itu lah surprise yang tak disangka2 yg telah abang lakukan.  Betapa kuatnya jodoh kita sehingga Allah satukan. Bersama denganmu, ayang dapat menikmati keindahan alam di awangan. First time naik kapal terbang masa kita honeymoon. Dan bersamamu jua, ayang belajar segala-galanya dan segala susah senang kita hadapi bersama. Kurniaan ilahi 5 orang cahaya mata menjadi pelengkap hidup kita. Tak dapat ayang bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah abang apabila menyambut anak sulong kita yang pertama. Dikala itu, sewaktu mak hadir menjengukku di hospital, berjurai air mata ini kerana tidak lama lagi aku akan menjadi seorang mama. Abang melihat cahaya mata kita yang pertama lahir dan memberi semangat kepadaku untuk terus hidup. Tiga tahun selepas itu, lahir anak kita yg ke dua, dan seterusnya anak kembar kita dan yang terakhir sekali anak kita yg bongsu. Betapa cepatnya masa berlalu abang...
Masa beredar, kehidupan dijalani seperti biasa. Susah senang kehidupan kita, hanya Allah dan kita yang tahu. Biasalah dalam berumahtangga, banyak dugaan dan cabaran yang kita lalui. Walaupun kau pernah menyakiti hatiku, begitu juga aku...kita dapat sama2 mengharungi alam berumahtangga. Tidak sesekali aku akan meninggalkan mu abang, tidak kira diwaktu susah atau senangmu. Aku akan setia menemanimu. Namun abang...kau pergi dulu meninggalkan ku...tanpa pesan. Betapa pilunya hati ini, tetapi aku perlu kuat demi anak2 kita. Allahuakbar...betapa cantiknya perancangan Allah. Setahun abang dirumah, kemudian rezeki abang dapat menunaikan umrah...balik dari umrah, abang mendapat pekerjaan yang agak membanggakan tetapi terpaksa berkorban meninggalkan kami di sini dan abang bekerja di Johor Bharu. Setiap minggu abang akan balik ke sini untuk melihat anak2 dan membawa kami berjalan2. Jarak menjadikan kita semakin jauh dan menjauh dan akhirnya Allah menjemputmu. Kejauhan itu menjadikan kita semakin rindu dan kasih sayang yang amat mendalam di hati.
Tidak dapat aku meneruskan bicara ini kerana terlalu banyak air mata yang mengalir. Cuma yang aku tahu, Allah itu sebaik2 perancangan. Kita tak tahu apa yang tertulis di masa hadapan. Abang...ayang doakan abang sentiasa di bawah rahmat Allah dan damailah abang disana. Kekadang apa yang telah tertulis, Allah sayang pada abang. Allah tidak mahu kita melakukan kemungkaran dimukabumi ini sebab itulah Allah panggil kita kembali kepada-Nya. Ayang bersyukur sangat kerana urusan pengebumian abang dipermudahkan. Terlihat2 di pandangan mata di saat kain kapan dibuka untuk ayang kucup abang untuk kali terakhir. Allahu...hanya tuhan yang tahu perasaan hati ini.
Damailah abang di sana....setiap kali ayang rindu, akan ku cium haruman dibajumu. Sengaja tidak ku basuh untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Allah..Allah..Allah, berilah aku kekuatan untuk menjalani hidup ini. Permudahkan segala urusanku. Tempatkan suamiku dikalangan ahli syurgamu Ya Allah. Peliharalah anak2ku. Kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihiku di waktu kecil. Peliharalah seluruh kaum keluargaku, rakan2, jiran2ku serta umat muslimin dan muslimat dimuka bumi ini. Tetapkan hati kami dengan islam. dengan sepenuh iman dan ketakwaan. Ya Allah, restuilah perjalanan hidupku. aku mengharapkan perlindungan Mu Ya Allah. aku mengharapkan kasih sayang-Mu. Sayangilah aku dan keluargaku. Aamiin