Ahad, 6 Ogos 2017

Hidup perlu diteruskan !!

Assalamualaikum semua..

Kehidupan ini penuh onak duri yang perlu kita tempuh. Kekadang apa yang berlaku bukanlah kehendak kita tetapi takdir jua yang menentukan. Perginya insan yang amat aku sayang meninggalkan kesan yg mendalam dalam hati ini. Namun, demi anak2 aku harus bangkit daripada terus dibuai mimpi bersamamu yang pasti tidak akan kunjung tiba. Aku berharap akan dapat bertemumu kembali suamiku di Jannah. In shaa Allah

Sekembalinya suami ke rahmatullah...banyak betul sebenarnya perkara yang perlu diuruskan. Yang hidup perlu meneruskan liku2 kehidupan. Memang bukan senang untuk menjaga amanah dari arwah suami, tetapi aku harus terus kuat demi anak2ku. Berbalik pada perkara2 yang perlu dilakukan, setelah ketiadaan dahan tempat bergantung, kita perlu tahu apa yang perlu dibuat berkenaan harta/hutang peninggalan arwah. Bagi kita sebagai umat Islam, perlu dilaksanakan urusan wasiat/harta dengan secepat mungkin. Lebih2 lagi bagi menyelesaikan hutang si mati. Antara checklist yg mama dapat ialah :

  • Periksa setiap akaun yang ada dan masih aktif ( dapatkan statement daripada setiap bank) - tidak semua bank yang mudah untuk kita berurusan tetapi kita kena ikut je apa requirement yang pihak bank nak) - ada certain bank yang memerlukan surat kuasa dan surat kuasa ini perlu kita dapatkan di Pejabat Tanah @ Amanah Raya @ Mahkamah Syariah (bahagian pusaka)
  • Periksa hutang2 yang masih tertunggak seperti personal loan, kredit kad, hutang rumah, hutang kereta dsb (statement hutang boleh kita dapatkan di Bank Negara)- pergi di setiap bank untuk memberitahuan bahawa nama penghutang tersebut telah meninggal dunia dan pihak bank akan memberi borang untuk waris isi. Ia dipanggil deceased akaun. Walaubagaimanapun waris masih perlu membayar hutang2 si mati sehinggalah sekiranya waris boleh membuat fullsettlement berkenaan hutang tersebut. Sedikit tips di sini, waris masih boleh mendapatkan diskaun semasa membuat fullsettlement hutang dengan memberi surat bertulis kepada bank.
  • Ada juga bank yang memberi Khairat Kematian. Contohnya Bank Rakyat (sekiranya si mati mempunyai syer dan masih aktif), ASB, PERKESO. Kita boleh memohon dengan mengisikan borang Khairat Kematian.
  • Mengisi borang di PERKESO (untuk yang bekerja sahaja - PERKESO akan memberikan wang kepada balu dan anak2 si mati sehingga anak2 berumur 21 tahun)
  • Periksa akaun KWSP, Public Mutual, Anuity jika ada dan kebiasaannya utk akaun KWSP telah diberi penama. (Wang ini yang diperlukan untuk menyelesaikan hutang si mati sekiranya ada)
  • Sekiranya si mati ada mengambil insurans, kita boleh terus pergi ke syarikat insurans itu untuk pemberitahuan berkenaan hal ini. Dan kebiasaannya, polisi insurans juga ada meletakkan penama yg disebut HIBAH.
  • Sekiranya si mati meninggalkan harta spt rumah/tanah, kita boleh mendapatkan surat kuasa di Pejabat Tanah dan Galian (bhgn harta pusaka), ini adalah option utk mendapatkan surat kuasa kerana jika melalui Amanah Raya, fee yang agak tinggi dikenakan. Selain itu, kita boleh mendapatkan surat kuasa di Mahkamah Rendah Syariah.
Sekian perkongsian daripada mama. Diharapkan mendapat sedikit informasi bagi memudahkan mereka2 yang mengalami nasib seperti mama. Mama akan kongsikan lagi info yang mama dapat untuk rujukan bersama.



Jangan lupa amalkan ayat ini setiap kali kita melakukan sebarang urusan. In shaa Allah segala urusan kita akan Allah mudahkan. Percaya pada Allah...Allah sebaik2 perancangan.

Jumpa lagi, sayonara !!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan