Khamis, 10 Ogos 2017

Ibu tunggal

Assalamualaikum semua

Hujan rahmat di pagi hari, sesejuk angin sepoi2 bahasa membawa diriku tenggelam dalam angan2. Bukan mudah rasanya bila bergelar Ibu Tunggal. Segala beban terpaksa diharungi sendiri, membuat keputusan sendiri - walaupun meminta pendapat daripada orang lain, tetapi keputusan harus dibuat untuk memudahkan kerja2 harian. Kalau dulu, ada jugaklah tempat untuk kita mengadu, tapi sekarang hanya anak2 je lah tempat untuk bercerita. Itu belum lagi melayan kerenah anak2 ini. Bila bergelar anak yatim, memang jiwa anak2 ini menjadi begitu sensitif, memerlukan perhatian lebih bahkan sikapnya berubah jugak mungkin kerana perasaan rindu yang datang di jiwa anak2 ini menjadikan mereka bertindak diluar dugaan. 

Allahu, kuatkanlah semangatku.  Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu. Panjangkan umurku agar aku dapat membesarkan anak2ku didepan mataku Ya Allah. Hanya kepadaMu aku bergantung harapan. Kau peliharalah anak2 ku, jadikan zuriat keturunanku mereka yang mendirikan solat dan taat atas perintahMu. Lindungilah kami Ya Allah. Murahkan rezeki kami, lancarkanlah perjalanan hidup kami dan restuilah kehidupan kami. Jadikanlah kami hamba2 yang bersyukur atas ketetapan Mu ini. Tempatkan arwah suamiku dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Aamiin

Kehidupan ini menjadikan aku lebih tabah. Kehidupan ini menjadikan aku lebih kuat. Kehidupan ini menjadikan aku lebih sabar. Betapa besarnya kuasa Allah, Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Berpeganglah kita pada jalan Allah. In Shaa Allah, urusan kita akan dipermudahkan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Hadirnya dirimu membawa kenangan terindah dalam hidupku. Terima kasih abang kerana kau diciptakan untukku sama2 mengharungi rumahtangga yang bahagia ini. Damailah engkau di sana.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan