Rabu, 20 Jun 2018

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Baru nk update kisah balik kampung berhari raya. Biasalah kan..ikut suka puan blog je apa dia nak tulis...huhu. Ok lah, rabu sebelum cuti hari raya tu, mama kerja halfday jek, amek mak kat Bangsar pastu terus gerak balik kampung. So adik beradik yang lain, sila lah berterima kasih ngan angah sebab dah mudahkan kerja korang....kalau tak salah sorang dari korang ni kena hantar mak balik kampung dulu...hehe


Amekkaw...selambak barang yang nak di bawa. Nampak tak iron Philips kat situ...Itu merupakan barangan wajib bawa setiap kali raya sebab kerja-kerja meng'iron' baju menjadi mudah dan cepat. Time-time raya ni semua nak cepat kan..maklumlah nak berjalan-jalan. Masa itu emas okey..belum ditambah dengan kesesakan lalu lintas masa jenjalan raya nanti. haha

Sepanjang perjalanan ke Melaka tu, alhamdulillah lancar je tapi sebab ada accident kt area Nilai..jem sikitlah kat situ. Tapi kan..kalau tak de accident pun, jalan kt Nilai menghala ke selatan tu memang selalu jugaklah jem kan. Bertolak dari KL pukul 3.30 ptg, sampai dalam kul 6 lebih camtu. Orang perempuan bawak kete memang lambat sikit kot...haha

Sempatlah berbuka puasa di kampung halaman dan menunaikan terawih di surau untuk malam terakhir ramadhan. Alhamdulillah

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 10 Jun 2018

Zakat Fitrah

Assalamualaikum semua..

Hari isnin yang indah, lagi beberapa hari je lagi nak sambut hari raya. Tapi mood raya tak mari lagi ni...aduhhhh. Walaupun mood raya tak datang-datang, kemas rumah dah semestinya kan, kena buat jugak. Anak-anak semua ada, jom lah kita bergotong royong kemaskan rumah...hehe

Ok lah, ni kisah semalam. Selepas melawat kubur ayahanda anak-anak ni, mama singgah sebentar di Masjid Batu 4 jln kapar untuk membayar zakat. Setiap negeri telah di tentukan kadar bayaran dan untuk negeri Selangor, zakat yang dikenakan adalah RM7/orang.


Seperti biasa, bila nak bayar zakat...kena ada bacaan penerimaan. Mama ajak dak awie masuk masjid tu, biar dia tahu cara-cara membayar zakat ni. Zakat fitrah ni hanya boleh dilakukan setahun sekali iaitu di bulan ramadhan. Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setipa individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Orabg Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yg mempunyai lebihan makana atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yg lahir sebelum matahri jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam seblm terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yg meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Moh le kita tengok kepentingan zakat ni.

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyariatkan pada zakat fitrah seperti yang disyaratkan pada zakat harta, spt nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasullullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha' kurma atau satu sha' gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin" (HR Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW "kanak-kanak dan orang dewasa" menunjukkan bahawa Zakat Fotrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memiliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.

Waktu membayar zakat fitrah:
  • Waktu wajib: mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bawaha wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad dari hari korban. Jesteru suaoa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhad Maliki, Syafie dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu meng'awal'kan sedikit masa pembayaran sama adasehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Jesteru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk di bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menlesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Hikmah yang terkandung dalam menunaikan zakat dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan drp golongan yg berada kpd golongan yg kurang berada.
  • Membersihakan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yg kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kpd golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT.
  • Melahirkan rasa teangan dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sumber dari zakat Selangor.


Oklah, itu je nak cerita. Lega rasanya telah menunaikan kewajipan berzakat ni. Haa..korang dah zakat ke belum? Jgn buat last minit pulak ye...hehe

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 4 Jun 2018

Iftar Ramadhan bersama ibu tunggal

Assalamualaikum semua

10 hari lagi syawal akan menjelma...Allahu, cepatnya masa berlalu. Mood raya pun tak datang lagi ni. Entahlah, ramadhan kali ini lain benar rasanya. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menunaikan solat terawih dan bertahajud. Allah Maha Besar. Allah timpakan kita sesuatu ujian, pasti ada hikmah Nya. Selalulah bersangka baik dengan Allah.

Kali ni mama nak cerita pasal iftar bersama ibu tunggal Taman Cempakasari, tempat tinggal mama. Iftar ni disponsor oleh Kak Ani Catering & Wedding Planner kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim. Selain itu, ada jugaklah anak-anak tahfiz diundang sekali. Moga murah rezeki pada Kak Ani dan semoga bisnes lebih maju dan success. Hari jumaat lepas, selepas balik dari kerja, kami pun ke Seksyen 28 Shah Alam. Mama pergi bersama-sama kakak-kakak taman ni dengan anak-anak. Dak awie je tak ikut sebab kat sekolah dia ada iftar jugak. Memula tu, memang payah jugak lah nak ajak anak-anak ni...tapi bila dorang dapat tahu ada kawannya ikut sekali...haaaa, seronok bukan main sampai mama pun ditinggalkan...huhu. Kami sampai pun dah agak lewat, dalam kul 7.15 macamtu. Maklumlah nak kena tunggu anak-anak balik sekolah kan.

Jom layan gambar..


Ni harga berbuka puasa bagi tahun ini. Harga mampu milik uolss. Banyak pilihan makanan.


Pelamin indah

Baru mama perasan, iklan Kak Ani Catering ni ada kat Lebuhraya NKVE, dari Klang menghala Shah Alam kalau tak silap. Kalau kat sini, sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Buat kenduri kat sini, semua complete dari A-Z..mak pak pengantin bawa diri jek ko...yang lain-lain, biar Kak Ani & Crew uruskan...hihi


Ruang untuk acara potong kek


Ruang makan pengantin


Ruang makan yang luas. Kalau tak silap mama, boleh menempatkan lebih 2 ribu orang sekali gus dalam dewan besar ni..


Red carpet lagi ko...dikiri kanan tu tempat penyediaan juadah. Memang luas tempatnya, tak perlu berebut-rebut untuk memilih makanan sebab ada dua tempat hidangan.


Pelbagai jenis kuih muih


Buah-buahan dan aneka jenis bubur...ada bubur jagung dan pengat pisang


Pecal dan ulam-ulaman. Pecal ni memang sedap bak hang...kecur ayak liur haa


Aneka jenis kerabu


Ikan bakar & ayam bakar pun ado


Ada 3 pilihan nasi..nasi putih, nasi beriani & nasi apetah...hehe, tak ingat pulak tapi memang sedap nasinya sebab guna beras basmathi.


Kambing golek pun ado...dak wany makan bertambah-tambah


Sambal udang..walaupun pedas tapi yummy, sedap sangat


Ayam masak sambal. Memang banyak pilihan ayam, ayam masak merah, kari ayam dan macam-macam lagi






Biar gambar berbicara...haha


Sempat je kakak-kakak ni amek gambo


Ibu-ibu tunggal kat area mama


Ini lah orang penting yang mengumpulkan kami semua. Kak Wan ni orang kuat Kak Ani , dia keje kat sini. Katanya dulu Kak Ani Catering & Wedding Planner berada di Jalan Reko, Kajang tapi kini dah berpindah di Seksyen 28, Shah Alam.

Terima kasih lah sebab invite kami anak beranak. Siap bungkus makanan bawak balik...hehe. Sebab ni first time kan mama berpuasa tanpa suami, kena lah join jugak kalau-kalau orang ajak kan, at least kenal jugak lah jiran-jiran. hihi

Ok, sampai sini je...jumpa lagi, sayonara !!