Selasa, 16 Oktober 2018

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Assalamualaikum semua..

Ni mama terima wasap dari group darjah 6 dak kembar. Lagi 2 hari tarikh tutup tu, mama rasa macam nak cuba...so mama pun gatal tangan g isi borang on line.

Buat pengetahuan ibubapa yang mempunyai anak-anak tahun 6..

Laman sesawang (Website) untuk permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dibuka pada 27 Ogos sehingga 30 September 2018...

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diadakan pada 15 sehingga 18 Oktober di pusat2 ujian yang dipilih.

Keputusan utk lokasi untuk Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diumumkan pada 5 Oktober 2018.

Boleh buat pendaftaran di laman sesawang berikut: 

https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Maklumat ini dikemaskini pada jam 11:36pg / 25 Ogos 2018

Sekian, Terima Kasih

#makluman awal tentang permohonan ke SBP 2019

Hari ini pulak, dapat tahu ada anak-anak yang telah hadir dan terpanggil untuk interview. Mama pun apa lagi...terus check id iman & imin. Alhamdulillah, dapat jugak dorang pergi interview & nasib baiklah interview tu pada hari Khamis ni, 18/10...kalau lah ditakdirkan hari ini, mesti dorang tak merasa g interview. Betapa lah mama ni tidak mengambil berat soal kebajikan anak-anak. Maafkan lah mama. Dan terima kasih Allah kerana memudahkan urusan.

Kita tengoklah apa reaksi dak kembar ni masa interview nanti. Hehe. Goodluck anak2. Doa mama sentiasa mengiringi perjalanan kalian semua.

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 11 Oktober 2018

Ampunilah aku Ya Allah

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Bumi disimbahi hujan dari malam tadi tak henti-henti. Kesejukan melanda menjadikan tidurku tak lena. Allah...betapalah ujianMu ini Maha Hebat. Hanya orang yang merasinya sahaja yang tahu.

Ya Allah,
Ampunilah aku, hambaMu yang lemah tidak berdaya
Betapa hari-hari yang ku lalui walaupun begitu asing ku rasakan
Demi anak-anak, ku gagahkan jua kaki ini melangkah

Ya Allah,
Bantulah aku dalam mendidik anak-anakku
Mereka perlukan kasih sayangMu Ya Allah
Sayangilah mereka, kasihanilah mereka
Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari Mu

Ya Allah,
Apa pun dugaan yang Kau berikan,
Jadikan aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur di atas segala yang Engkau berikan.
Jadikan aku hamba Mu yang tetap sujud walau apa pun dugaan yang melanda.
Jadikan aku seorang hamba yang ikhlas dalam melakukan setiap perkara.
Redhailah aku Ya Rahman, Ya Rahim

Ya Allah,
Kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu kecil
Lindungilah kedua ibu bapaku.

Ya Allah,
Kau tetapkan hati kami dengan Iman
Kau tetapkan hati kami dengan Islam
Jangan Kau pesongkan hati kami ini Ya Allah.

Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku golongan yang tetap mendirikan solat.

Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku berserah
Lindungilah kami, peliharalah kami sentiasa.
Aku bersaksikan  kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله 
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan.

Ya Allah,
Hati ini, perasaan ini, hanya Kau yang lebih mengetahui
Banyak dosa yang telah aku lakukan Ya Allah
Ampunilah aku ya Allah

Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat ke atas arwah suamiku, ibu bapa mertuaku dan mereka yang telah pergi meninggalkan dunia ini.
Lapangkanlah kubur mereka, terangilah kubur mereka

Ya Allah,
Sampaikan salamku kepada junjungan mulia Nabi Muhamad SAW dan para sahabatnya. 
Jadikan kami umat Nabi Muhamad SAW dan mendapat syafaat di akhirat kelak.
Perkenankankan permintaan hambaMu ini Ya Rabb..

رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر. وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Aamiin Ya Rabbal'alamin

Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 9 Oktober 2018

Ikhlas..

Assalamualaikum semua..

Berpagian hari ini mama ayu update blog. Bila masa ko nak menulis tu...maka tulislah supaya apa yang ditulis itu mendapat manfaat bagi orang lain.

Renungan pagi ini mama nak utarakan tentang IKHLAS. IKHLAS adalah salah satu daripada amalan hati. Ia membawa maksud, melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti mengikut keinginan hawa nafsu, mendapatkan keuntungan, pangkat, harta,kedudukan dan kemasyuran, meminta pujian dan sanjungan atau sesuatu yang lain bukan kerana Allah SWT. Orang yang ikhlas melakukan kerja semata-mata untuk taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam dunia ini, ramai orang yang baik-baik. Tetapi belum tentu orang yang baik itu betul-betul ikhlas. Camne tu? Ikhlas adalah sesuatu perkara yang sangat subjektif. Bila keikhlasan melibatkan hati, sedangkan kita pun tahu hati kita macam manakan? Hati yang sering berkata-kata, hati yang kadang-kadang penuh resah dan gelisah, hati yang kadang-kadang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bila bercakap soal hati, setiap orang mempunya pendirian dan tingkah laku berbeza. Apa jua tindakan yang kita buat, yang kita lakukan datangnnya dari hati kita sendiri.

Beruntunglah seseorang mukmin itu jika dia memperolehi tahap keimanan sesuai dengan tahap keikhlasan yang diberi. Manusia amat mudah mengatakan ikhlas tetapi sejauh mana keikhlasan yang di ucapkan itu mencapai tahap yang betul-betul ikhlas kerana Allah. Sama-sama lah kita berdoa supaya Allah memberikan rasa syukur, rasa berterima kasih , rasa bahawa kita ini sangat dekat dengan Allah. Betapa Allah itu Maha Agong dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Petikan diambil dari SINI

Amalan tanpa niat adalah kebodohan. Niat tanpa ikhlas adalah riya’ dan sia-sia. Allah Subhanahuwata’ala berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada-Nya akan menjadi sia-sia:
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ٢٣
Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan
(Surah Al-Furqan:23)
Allah Subhanahuwata’ala tidak menerima amal tanpa keikhlasan sebagaimana yang dikatakan oleh Sulaiman Alaihissalam dalam al-Quran:
رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ ١٩
Ya Rab-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh
(Surah An-Naml:19)
Keikhlasan tidak akan sempurna kecuali dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah Subhanahuwata‘ala dan terlepas daripada kecenderungan individu atau duniawi. Dalam erti kata lain manusia mestilah bergantung kepada Rab-nya. Hanya dengan cara itu Allah Subhanahuwata‘ala akan memberinya kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.
Hanya keikhlasan dapat membantu manusia mengawal diri dan syahwat yang tersembunyi, kerana sesungguhnya keinginan yang tersembunyi itu lebih merbahaya daripada apa-apa yang kelihatan. Hendaklah setiap muslim melakukan sesuatu perkara tulus ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala. Semua yang ada pada dirinya hanya untuk Allah Subhanahuwata‘ala. Firman-Nya:
۞وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢
Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu.
(Surah Luqman:22)

Semoga hati kita tergolong dikalangan hati yang IKHLAS. In Shaa Allah.

Jumpa lagi, sayonara !!