Selasa, 6 November 2018

Pergi Jua

Assalamualaikum..

Tanggal 1 November 2018, nenek kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Melaka. Kami dapat tahu hal ini selepas Maghrib tak silap. Masa tu aku tengah dalam perjalanan untuk menjemput anakanda wany pulang ke rumah. Wany tengah cuti exam seminggu ni, hari sabtu ni pergi semula ke Politeknik dan akan bercuti lagi selama tiga minggu. Bulan 12 nak masuk semester 2 dah...cepatnya masa berlalu. Aku sebaik je mendengar perkhabaran dari mak, terus mengucapkan innalillahiwainnahirojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Malam tu jugak bergegaslah adik beradikku pulang ke kampung. Aku tidak pulang pada malam itu, kerana aku tidak berani pulang di waktu malam bersama anak-anak. Agak-agak kalau sampai kampung maunya pukul 12-1 pagi...so aku decide untuk balik esok pagi selepas subuh. Lagipun nenek dikebumikan pada pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, dalam pukul 10.00 pagi camtu.

Esoknya, seawal pukul 430 pagi aku dah bangun dan mengejutkan anak-anak untuk bersiap balik ke kampung. Sementara tunggu solat Subuh, semua barang-barang dah masuk dalam kereta. Habis solat kami pun gerak. Masa ni jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke Melaka sangat lancar pagi itu. Pukul 8.30 pagi, kami tiba di kampung. Sebaik sampai je, mayat belum dimandikan lagi. Ku lihat dua orang yang menguruskan jenazah sedang menguruskan persiapan kain kapan. Ku buka selendang yang menutupi muka nenek untuk melihatnya buat kali terakhir. Ntah kenapa, airmata ini tidak mahu mengalir. Aku tidak dapat mengalirkan airmata walaupun hatiku begitu sebak. Aku pun tidak tahu, tetapi yang pastinya aku tidak berasa ralat sebab minggu lepas aku dapat memegang tangan nenek dan mengusap kepalanya. Masa tu pun, keadaan nenek begitu lemah.

Sebaik siap kain kapan, masa untuk memandikan jenazah. Aku mengambil peluang untuk memandikan jenazah buat kali yang terakhir. Ini bukanlah kali pertama aku memandikan jenazah tapi memang aku ingin memandikan dan diberikan kesempatan untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan. Usai mandi selesai, masa untuk mengkapankan jenazah. Selesai semua kami mengambil peluang terakhir untuk mengucup jenazah. Sebab anak-anak dan cucu-cucu nenek ramai, maka proses itu mengambil masa yang agak lama. Selesai je semua, jenazah di bawa keluar dan disolatkan di depan rumah. Selepas solat, jenazah di hantar ke tanah perkuburan. Masa ni, aku tak pergi. Keluar je dari rumah nenek, ramai nye orang kat dalam dan luar rumah. Penuh pada ruang kat situ. Aku berlalu ke rumah mak untuk sarapan. Masa ni baru terasa perutku kosong.


Alhamdulillah...selesai sudah pengebumian jenazah nenek


Yang pergi telah pun pergi. Yang masih tinggal harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilang salah satu nikmat keindahan kasih sayang di dunia ini. Sesungguhnya bila kita kehilangan insan tersayang, amat memberikan kesan di hati. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Moga Allah melapangkan kubur mereka.

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 29 Oktober 2018

Bersangka baik pada Allah

Assalamualaikum dan selamat pagi

Bersangka baik pada Allah

Ada masanya ujian itu pahit pada kita tapi manis pada Allah
Sebab apa?
Ujian itu mengajar kita untuk lebih tabah menghadapi kehidupan ini
Baik penerimaan kita, akan baik juga pengakhirannya
Allah uji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita
Jika kita menganggap ujian itu secara positif, pasti kita akan terus tunduk kepada Nya, bukan berpaling dengan mengatakan kenapa aku yang diuji?
Kita tahu ujian itu pasti ada hikmahnya tapi janganlah kita bersangka-sangka pada takdir Allah
Kehidupan harus diteruskan selagi nyawa dikandung badan
Jadilah hamba yang diredhai, semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT

Mama post kata-kata indah ni kat fb minggu lepas. Bukan apa, untuk peringatan diri sendiri juga. Hari Sabtu yang lalu, pak usu bagitau kt group wasap yang nenek sakit. Almaklumlah nenek mama umurnya dah lebih 100 tahun tapi Allah kurniakan nenek umur yang Panjang. Terkadang kita terfikir, kenapa Allah jadikan kejadian seperti itu? Mungkin Allah nak beri pahala berlipat ganda kepada anak-anak untuk membela ibu mereka. Bayangkan di saat ibu melahirkan kita, bagaimana kudratnya dapat melawan kesakitan bersalin yang dialami. Itu lah ibu, yang perlu kita sanjung dan kita hormati. Ibu tiada galang gantinya. Andainya ibu telah tiada, lihatlah betapa sunyinya hidup kita tanpa ibu. 

Abah pulak, bila dapat tahu je nenek tak sihat, mahu segera pulang ke kampung. Nak naik moto katanya, cepat sampai. Hmmm...kami adik beradik runsing betul kalau abah nak naik moto. Mak telefon bagitau nak balik ngan adik yang bongsu tapi belum ada kata putus. Mak tu kan, bagi hint2 je, risau mak kalau-kalau menyusahkan mama ayu. Dan nasib baiklah minggu ni mama free tak de kelas. So apa-apa je planning untuk minggu ni kena cancelkan. Hajat mama nak bawak adik yang dari Sarawak untuk makan di The Captain Steamboat and Grill terpaksa dicancelkan. Kebetulan pulak, larian carnival Masjid Negeri pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Nampak tak hebatnya perancangan Allah. Hari sabtu tu, pas habis kerja, mama ke Shah Alam untuk pengambilan t-shirt larian. Dalam hujan lebat, kami redah asalkan dapat t-shirt hari tu jugak. Malas kot nak datang lagi sekali. Selesai pengambilan t-shirt tu, terus call mak, bagitau kejap lagi angah datang ambil mak kt rumah. Balik kampung. Sesampai di rumah, terus suruh anak-anak siap. Kain baju yang belum berbasuh tu tinggalkan dulu. Ada emergency, esok balik dari kampung baru kita buat.

Sampai di Bangsar dalam kul 530 petang, Singgah solat dan makan, dan kul 6 lebih kami gerak balik ke Melaka. Sampai di Melaka lebih kurang pukul 9 malam disebakan jalan jem yang teramat sangat di km220 sebelum tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Ada lori terbalik katanya. Allahu...jem sampai tak bergerak ko. 1 jam kami atas jalan yang jem tu...huhu. Once dah melepasi kawasan yang jem tu, kami singgah di RnR Ayer Keroh untuk makan dan selepas itu meneruskan perjalanan. Alhamdulillah sampai juga dikampung dan dapatlah abah dan mak berziarah melihat maknya.



Persoalannya di sini, why me? Kenapa aku yang perlu bersusah payah membawa mak abah ke kampung. Owh...sebenarnya bukan susah pun kan. Allah beri ruang dan waktu untuk aku berbakti kepada ibu bapaku. Bersangka baik dengan apa yang Allah telah tetapkan. Kebetulan, waktu itu aku tiada urusan lain yang lebih penting untuk diuruskan, maka aku telah diberi kesempatan untuk membawa mak abah balik ke kampung. Jangan pernah berkira untuk mak abah sebab mereka tidak pernah berkira untuk menjaga kita sewaktu kita kecil. Jasa mereka tidak mungkin dapat kita balas hingga ke hujung nyawa sekalipun. 



Allahu, betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila kau memudahkan urusan orang, maka Allah akan mudahkan urusan dirimu sendiri. Yakin pada Allah, betapa Allah itu Maha Besar.



Sekian, sayonara !!

Rabu, 24 Oktober 2018

Wedding lagi...


Assalamualaikum semua..

Hari ni baru sempat nak update. Mama bizi sikit sebab bos-bos nak audit, haha. Bos yang audit, anak buat yg bizi kan...huhu. Sebab malas nak cerita banyak, kita layan gambar je lah ye...

Persediaan sebelum majlis
⏬
⏬
⏬
⏬
⏬


Buat bunga dada eh? utk cucu-cucu mak


Bersepah atas rumah....nak bawak ke dewan semua ni untuk rewang petang nanti. tp rewang pun biasa-biasa aje sbb majlis guna katering kan...semua dah siap tersedia, sediakan ongkosnya sahaja 😄


Mama tempah popcorn ni kt Meru, Klang. Kalau korang nak buat tempahan or makan-makan pun boleh, Rasa popcorn ni pasti tidak akan mengecewakan. Setiap bertih jagung tu diselaputi caramel yang manis lemak berkrim. Tak rugi beli ko...so sape-sape nak tempat boleh google SINI


Utk jajan-jajan ni, mama serahkan tugas pada adik ggirlku yang sorang, achik. Yang bigtop tu dia sponsor.


Menarik kan tempeyek kacang hijau ni..


Goodies untuk para tetamu yang datang..mama tempah kek brownies daripada SINI. Harga sangat-sangat berpatutan dan kek tu tak manis sangat, just nice. Kalau nak tempah, tengok dulu promo yang dorang bagi...masa mama tempah ni dapat free gift vip 30pcs + free banner. Freegift tu adalah coklat...anak-anak mama makan dorang kata sedap sangat.


Preparation untuk pemasangan kerusi meja oleh pihak katering


View dari tingkat 9 rumah mak


Untuk photobooth...serah pada kaklong untuk deco



Rewang bersama mak-mak sedara


Pelamin mini...simple but nice

Hari kejadian - 20/10/2018
💘💕💖



Bacaan yaasin dan doa selamat dari kawan-kawan mak


Lauk pauk...seriously mama lupa nak ambil gambar makanan...ada macam-macam menu ari tu antaranya nasi minyak/putih, ayam masak merah, daging hitam, dalca, papadom, acar buah, masak lemak nangka, sambal sotong, ulam-ulaman, bubur kacang, teh tarik...mee kari pun ada, aneka jenis kuih dan aiskrim...banyak ko


Dak wany & awie jadi pengapit poksu dia


Berbaris ko anak-anak + anak buah. Patut time ni orang sebelah nak menepung tawar tapi bebudak ni dah siap-siap duk kat depan pengantin 😅😆



Aiskrim dari https://www.instagram.com/silverscoopicecream/ - servis terbaik & rata-rata yang makan aiskrim ni kata sedap...mama tak dapat rasa huhu



Beratur nak ambil aiskrim...yummy


Kat sini pun anak-anak ni boleh lepak makan aiskrim...ntah yang ke berapa kali dorang makan ni...haha


ok tak...orang kuat yang menguruskan majlis


Pengantin with mak ku sayang


Me and my daughter


Wany and adikku, orang kuat dibelakang tabir

Kat bawah ni, macam biasa...gambar kenangan










eh! ada buah lah...orang sebelah datang bawak rombongan disertai dengan buah-buahan dan carrot kek...kek nya mane, tak sempat amek gambar. tp memang sedap. Mama makan 2 biji ko...haha

Itu ajeh nak cerita...maka tamatlah sudah anak-anak wahili semua dah kahwin. Yang tinggal cucu-cucu je nanti eh! Haha....dak wany ni, bagi can mama ko bernafas dulu ye, belajar dulu sampai habis baru pikir nak kawin...hihihi

Jumpa lagi, sayonara !!