Jumaat, 7 Disember 2018

Sepi Itu Indah

Assalamualaikum..

Ecece..tajuk ko mama ayu. Hahaha. Bila dok sorang-sorang ni macam ni lah ye..kat opis sorang, kt rumah sorang...hmmmm, cam ne lah bila dah tua nanti. Bila anak-anak dah besar, yang sorang kat asrama, yang lain-lain tu kat rumah nenek...terasa sepi pulak bila balik rumah. Tapi nak buat macamana kan...mama nak study, banyak homework kena buat, kahkahkah.

Tapi bila kita sorang-sorang ni, Allah bagi masa yang banyak untuk kita muhasabah diri. Seawal pukul 5 pagi, mata ni tak boleh nak pejam..maka doa dan zikir lah yang dapat menenangkan hati. Nak tahajud, cuti pulak. 😇 Buat lah mana-mana yang boleh di buat. Selain itu, dapatlah mama kemas rumah, basuh baju, lipat baju sesambil separatekan mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak boleh nak pakai. At least dapat jugak bagi kat orang baju-baju tu...tak de lah membazir kan. Orang kata, kalau nak bagi kat orang, bagilah yang elok. Kalau dah tak elok tu, tak perlulah nak sayang-sayang, buangkan aje ke tempat sampah sebab memang dah tak elok kan...


Lagu sepi sekuntum mawar merah nyanyian Ella. Kekadang layan jugak lagu-lagu jiwang ni, menusuk rasa weiii...😎

Itu je nak cerita, otak beku dah ni buat statistik...

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 6 Disember 2018

Birthday Anakku Awie @ Windmill Bandar Baru Klang

Assalamualaikum..


Tengah buat apa tu? Haaa...mama pun tak tahu nak buat apa, kepala dah ting tong...lebih baik update blog kan...hari ni kita trowbek balik kejadian 3/12 hari tu. 


Sehari sebelum kejadian...bergambar di Dash Box Hotel, Cyberjaya.


Selamat hari lahir buat anakku Mohamad Syaznawie Bin Syahrul Azwan. Mama doakan semoga Awie berjaya di dunia dan akhirat, mudah menerima pelajaran dan dilimpahi rezeki serta menjadi anak yang bertanggungjawab ke atas keluarga. Doa mama sentiasa mengiringi perjalananmu wahai anak..semoga kalian dipermudahkan segala urusan. Aamiin




Kebetulan ada pulak props Happy Birthday....marilah kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan 👪


Selfie dulu sebelum makan sampai


Muka happy dapat makan...makan kat sini pun sebab request by birthday boy. Dulu2 ayahnya selalu bawak makan kat sini. Tak pun mama & ayah dating berdua kat sini...tenang jek hihi


Dak imin dengan chicken chop dia..


Dak iman dengan fish & chip dia...


Ini kids meal yang disediakan...untuk dak bongsu liyana. Nasi goreng tu siap letak atas kereta ko...mama salah ambil pic, tidak nampak bentuk kereta itu. Apa pun, ayam tu memang sedap seyh...


Chicken grill pilihan mama, wany & awie. Memang sampai atas meja pun, bunyi grill tu tak habis lagi...haha

Oklah makan kat sini..memang puas hati & boleh repeat lagi. Masa time mama pergi ni hari biasa, so dapatlah grab pakej lunch treat dengan harga RM15.90 siap air. Bebudak ni tengok harga air pun dah risau, sebab mahal kan. Kalau pergi time tak de promo ni, memang melayang lah duit mama. huhu. Tak pe lah anak-anak. Sekali sekala mama turutkan keinginan kamu. Nanti bila dah besar, kalian pulak belanja mama makan mewah-mewah ni...😘


Jumpa lagi, sayonara !! 

Rabu, 5 Disember 2018

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Melalui mingu-minggu yang memenatkan. Penat otak macamana nak pikir wei...haha. Akhirnya tugasan PSM2 untuk dihantar pada 6/12 telahpun selesai. Dalam sibuk-sibuk tu pun, ko sempat lagi bercuti...apa cer?? 👀😂

Apa-apa pun, keluarga perlu diutamakan. Anak-anak perlukan perhatian walaupun telah seminggu mereka duk kat rumah neneknya. Cuti sekolah ni berlonggok semua kat rumah nenek...adoiii, pening ar. Kesian kat nenek tapi kalau cucu-cucu tak datang, nanti nenek sunyi 😍



Projek akhir yang dikhabarkan telah pun mendarat di Johor Bharu. Tunggu VIVA je nanti...risau gak ni. Harap nya ada sinar disebalik semua kepayahan dan pengorbanan.

Cerita cuti-cuti sekolah hujung tahun ni, nanti mama update eh ! Kalau mood menaip dah mari..lalala

Jumpa lagi, sayonara !!