Khamis, 6 Disember 2018

Birthday Anakku Awie @ Windmill Bandar Baru Klang

Assalamualaikum..


Tengah buat apa tu? Haaa...mama pun tak tahu nak buat apa, kepala dah ting tong...lebih baik update blog kan...hari ni kita trowbek balik kejadian 3/12 hari tu. 


Sehari sebelum kejadian...bergambar di Dash Box Hotel, Cyberjaya.


Selamat hari lahir buat anakku Mohamad Syaznawie Bin Syahrul Azwan. Mama doakan semoga Awie berjaya di dunia dan akhirat, mudah menerima pelajaran dan dilimpahi rezeki serta menjadi anak yang bertanggungjawab ke atas keluarga. Doa mama sentiasa mengiringi perjalananmu wahai anak..semoga kalian dipermudahkan segala urusan. Aamiin




Kebetulan ada pulak props Happy Birthday....marilah kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan 👪


Selfie dulu sebelum makan sampai


Muka happy dapat makan...makan kat sini pun sebab request by birthday boy. Dulu2 ayahnya selalu bawak makan kat sini. Tak pun mama & ayah dating berdua kat sini...tenang jek hihi


Dak imin dengan chicken chop dia..


Dak iman dengan fish & chip dia...


Ini kids meal yang disediakan...untuk dak bongsu liyana. Nasi goreng tu siap letak atas kereta ko...mama salah ambil pic, tidak nampak bentuk kereta itu. Apa pun, ayam tu memang sedap seyh...


Chicken grill pilihan mama, wany & awie. Memang sampai atas meja pun, bunyi grill tu tak habis lagi...haha

Oklah makan kat sini..memang puas hati & boleh repeat lagi. Masa time mama pergi ni hari biasa, so dapatlah grab pakej lunch treat dengan harga RM15.90 siap air. Bebudak ni tengok harga air pun dah risau, sebab mahal kan. Kalau pergi time tak de promo ni, memang melayang lah duit mama. huhu. Tak pe lah anak-anak. Sekali sekala mama turutkan keinginan kamu. Nanti bila dah besar, kalian pulak belanja mama makan mewah-mewah ni...😘


Jumpa lagi, sayonara !! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan