Bersiaran lagi kita kali ni. Hari ni anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 telah pun mendapat keputusannya. Ini termasuklah anak mama yang no 2 tu...dak awie. Sengaja mama buat surprises tunggu kat depan pintu sekolah dia. Nak tengok sendiri keputusan yang diperolehi. Pernah lah dulu-dulu dia bercerita yang dia tak pernah lah nak ambil keputusan dengan mama dan ayahnya. Eh! Mama dulu pun sama nak, pergi sekolah sendiri, ambil keputusan sendiri, nan ado nya atuk or nenek nak hantarkan. Semua buat sendiri..hehe
Mungkin mak dan abah nak ajar anak-anaknya berdikari, maka semuanya anak-anak buat sendiri. Dan dalam hal ini pun mama didik supaya anak-anak mama juga berdikari sendiri. Kakak yang sulong, memang dah terlebih berdikari 😘. Lebih-lebih lagi dah sambung belajar di Politeknik Muadzam Shah Pahang ni….bila cuti je balik naik bas. Tak kuasa mama ko nak menjemput sampai ke sana. Tunggu lah habis belajar nanti ye...kot nak bawak balik barang yang banyak-banyak tu....haha. Ini pun dah cukup baik mama jemput dan hantar ke stesen bas. Mama dulu ulang alik belajar dari Politeknik Kota Bharu naik bas je...dah lah naik bas, sampai KL pun naik bas sampai ke rumah. Tak de nya nak berjemput-jemput ni...semua buat sendiri 😇
Anak-anak ni, kita kena biasakan hidup berdikari demi masa depan dorang juga supaya mereka tidak terlalu bergantung pada kita. Antara kelebihannya:
1) Anak-anak boleh membuat keputusan sendiri walaupun sekadar bertanya pendapat dengan orang tua. At least mereka berani membuat keputusan.
2) Senang untuk di bawa ke mana-mana kerana mereka telah biasa menguruskan diri sendiri.
3) Lebih independent dan berani kerana mereka didedahkan dengan keadaan persekitaran yang membuatkan mereka terpaksa atau rela melakukan sesuatu tanpa di suruh.
Ada banyak lagi...tapi yang ni je yang mampu mama fikirkan buat masa ini. Haissssh, idea tak datanglah pulak time nak menulis ni...haha
Pic dari google..
Ok lah, malas nak cerita panjang-panjang, ntah ada yang baca ke idak tu...hehe
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan