Selasa, 11 Disember 2018

Ubah Doa

Assalamualaikum semua..


Tahun 2016, arwah suami ajak pergi menunaikan umrah di saat mama akan menghadapi exam akhir tahun, nama mama tidak tersenarai sebab masa itu hanya ada satu kekosongan sahaja. Masa tu, arwah pergi bersama mak mama (mak mertuanya). Selepas arwah balik dari umrah, arwah sangat seronok berada di sana. Masih teringat arwah bercerita, sebaik sahaja sampai di bumi Mekah, melihat rumah Allah ( Kaabah), arwah terus menangis di situ kerana tidak sangka dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan dapat melihat salah satu keajaiban dunia. Allahu, betapa bila mama mendengar begitu, hati ini meronta-ronta hendak pergi tetapi belum sampai seru.

Sebaik arwah pulang dari mengerjakan umrah, arwah ingin ke sana sekali lagi...tapi kali ini arwah ingin membawa mama bersama. Hati ini riang tidak terkata. Rasa macam tak sabar je nak ke sana. Kita merancang, tuhan yang menentukan. Hajat ini tidak tertunai kerana arwah pergi dulu dijemput ilahi. Walaubagaimanapun, mama tidak putus asa. Mama cuba jugak untuk register, kot lah terpanggil untuk ke umrah tahun ini. Malangnya, permohonan mama di tolak kerana belum mencapai umur 45 tahun, atau dengan erti kata lain, mama perlukan mahram untuk ke sana. Hati ini, hanya tuhan saja yang tahu. Kecewa...opkos lah kan kita akan rasa kecewa tapi mama tetap bersangka baik...belum sampai masanya lagi untuk mama ke sana. 

Setiap hari, bila mama kebek-kebek laman fb, ada kawan-kawan yang pergi mengerjakan umrah. Ada tu yang lebih muda dari mama, dapat pergi bersama keluarga dan suami tercinta mengerjakan umrah dan haji. Hati ini berdetik, alangkah untungnya mereka dapat menjejakkan kaki ke Mekah. Seronok tengok orang lain dapat menunaikan umrah. Hari-hari mama berdoa agar impian mama ini dikabulkan #mengerjakan umrah

Hingga saat ini, mama rasa mama tak mampu nak ikut peraturan yang kerajaan Arab Saudi tetapkan. Nak tunggu umur 45 tahun, berbaki 4 tahun lagi...nak tunggu anak lelaki 18 tahun, sama jugak..berbaki 4 tahun lagi. Sedangkan hati ini meronta-ronta hendak ke sana. Allah, alangkah nikmatnya andai impian ini tercapai.

Kekadang hidup ini menjadikan kita berfikir sejenak. Daripada mama berdoa untuk mengerjakan UMRAH, mama ubah DOA agar mama dapat mengerjakan HAJI. Mana tahukan, kot nama mama terpilih menjadi INSAN TERISTIMEWA di bumi Mekah tahun hadapan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. 

Ya Allah, hamba-Mu ini rindu kepada-Mu. Izinkan aku menjejakkan kaki di bumi-Mu, Mekah Al-Mukaramah. Aku ingin sangat merasakan kemanisan melakukan ibadah di sana. Saat tangan ini menulis, air mata gugur juga. Permudahkan lah Ya Allah.



Ketika ini, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sampai sini sahaja ye...nanti kita sambung lagi.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan