Jumaat, 7 Disember 2018

Bisnes Plan Simple - Part 1

Assalamualaikum..

Setelah di fikir-fikir, mama rasa macam nak kongsi ilmu pulak lah. Selama 5 tahun belajar di UTM...banyak benda baru yang mama pelajari dan kalau kita google, boleh je dapat apa yang kita mahukan tetapi kebanyakannya dalam Bahasa Indonesia.  So..apa kata kita share ilmu.

Bagaimana untuk membuat bisnes plan? Apa yang perlu ada? 

Rasa-rasa mama lah, sepanjang pengajian, 3-4 kali buat bisnes plan ni….huhu. Yang bestnya, ilmu dapat dan kalau tahu caranya, memang mudah nak buat pun...yang penting kita nak belajar




Bisnes plan yang perlu dibuat perlu ada semua informasi seperti di bawah ini:
                                                                                                                                                              


1.0      PENGENALAN                                                                                               


2.0      TUJUAN KERTA KERJA                                                                               

3.0      LATAR BELAKANG SYARIKAT                                                                  

4.0      LATAR BELAKANG PEMILIK                                                                     

5.0      LOKASI PERNIAGAAN                                                                                 

6.0      RANCANGAN PERNIAGAAN                                                                       

7.0      RANCANGAN OPERASI                                                                                

8.0      RANCANGAN PEMASARAN                                                                         

9.0      RANCANGAN KEWANGAN                                                                          

10.0    KESIMPULAN                                                                                               

            LAMPIRAN                                                                                                    


Contoh :       
1.0      PENGENALAN
Industri perniagaan berteraskan makanan kini semakin pesat membangun di Malaysia. Perubahan gaya hidup dan peningkatan taraf ekonomi khususnya rakyat di Malaysia adalah merupakan faktor penting yang menyumbang kepada amalan pemakanan yang sihat bagi semua orang. Ditambah lagi dengan kepesatan taraf pendidikan dan kemudahan maklumat terkini, ianya telah menjadikan orang ramai menitikberatkan soal pemakanan dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan secara seimbang dan berkhasiat.
Salah satu bidang pembekalan makanan yang sedang berkembang pesat dan mempunyai permintaan yang tinggi pada masa kini ialah bidang penyediaan Kek, Pastry dan Roti ataupun lebih dikenali dengan Bakeri. Penghasilan produk bakeri yang pelbagai jenis telah menjadi pilihan orang ramai yang mementingkan makanan segera dan bermutu. Malahan, produk bakeri juga semakin senang didapati di mana-mana sahaja dan mudah disediakan.
Justeru itu, pertambahan bilangan pusat-pusat latihan dan akademi bakeri dapat dilihat dari masa ke semasa disebabkan adanya permintaan dari orang ramai yang semakin berminat mempelajari kursus pembuatan bakeri untuk kepentingan individu, keluarga ataupun perniagaan.
Melihat kepada institusi-institusi Rumah Kebajikan dan Pusat Tafhiz yang memerlukan sumbangan dana daripada orang ramai, Home Delight Bakery bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat latihan bakeri di mana tujuan penubuhan pusat latihan ini adalah memberi peluang kepada orang ramai mempelajari bidang pembuatan dan perniagaan bakeri. Selain itu, Home Delight Bakeri juga bercadang membina sebuah kedai yang menjual produk-produk bakeri seperti kek, pastry dan roti di mana orang ramai boleh membeli produk-produk ini dengan harga yang murah dan berpatutan.
Hasil jualan sebahagiannya akan diserahkan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim dan sebahagian lagi akan digunakan bagi menguruskan syarikat.
2.0      TUJUAN KERTAS KERJA
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perbelanjaan perniagaan Home Delight Bakery yang akan menjalankan sebuah perniagaan yang berteraskan pengeluaran dan pemasaran produk-produk bakeri di sekitar Lembah Klang dan juga menyediakan pakej kursus asas bakeri kepada orang ramai. Home Delight Bakery mempunyai modal awal sebanyak RM 50,000.00 dan satu unit lot kedai berjumlah RM 50,000.00 dan memerlukan pinjaman berjumlah RM 50,000.00 daripada MARA.
Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun, manakala kos pelaburan projek keseluruhannya adalah sebanyak RM 150,000.00 dimana jumlah kos ini merangkumi sebanyak RM 100,000.00 adalah daripada modal awal pemohon dan RM 50,000.00 yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan ini.
Tujuan pembiayaan ini untuk kos yang disenaraikan seperti di bawah:
Perkara
Nilai (RM)
1.      Renovation
10,000.00
2.      Oven
5,000.00
3.      Mixer
2,000.00
4.      Mesin tunai
500.00
5.      Kerusi/Meja
1,500.00
6.      Troli
1,000.00
7.      Freezer
5,000.00
8.      Tray
500.00
9.      Dapur induksi
2,000.00
10. Bahan mentah asas
2,000.00
11. Perkakasan
2,500.00
12. Kenderaan
18,000.00
Jumlah
50,000.00
Jadual 1: Kos pembiayaan yang diperlukan
Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM 1,000.00 (SATU RIBU ringgit) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut: 
·         Nilai Pembiayaan : RM 50,000.00 
·          Kadar Keuntungan : 5% 
·         Keuntungan Pembiayaan : RM 2,500.00 setahun 
·         Jumlah Pembiayaan : RM 10,000.00 setahun 
·         Bayaran Balik Bulanan : RM 1,042.00 sebulan

3.0      LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Perniagaan      : Home Delight Bakery
Nama pemilik             : Omar Zulkarnain Bin Abdul Majid
IC pemilik                   : 860923-56-6759
Alamat Berdaftar      : No 33A Jalan Kepayang off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
Alamat Perniagaan    : No 33A Jalan Kepayang off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
No Telefon                 : 03-33493000
No Daftar Perniagaan: 002562770-X
Jenis Perniagaan       : Persendirian
Tarikh Pendaftaran   : 16 Ogos 2016
Aktiviti Perniagaan   : Membuat dan mengedar Kek, Roti dan Pastri serta memberi       
                                      Kursus asas roti dan kek
Bentuk Perniagaan   : Perniagaan berasaskan bakeri
Modal Permulaan      : RM 150,000.00
Bank Berurusan        : CIMB Bank Berhad
No Lesen                    : -
Kementerian Kewangan       : -
Tarikh tamat lesen                : -
Bidang kerja Didaftarkan     : Menjual kek dan roti, bahan kek, minuman ringan

Visi Syarikat
Menjadi di antara syarikat yang terbaik di Malaysia dalam industri bakeri yang menggunakan teknologi dan barangan HALAL.
Misi Syarikat
Menjadi di antara syarikat yang menyediakan produk bakeri yang berkhasiat, bermutu tinggi dan halal untuk melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai nilai murni, jati diri dan peradaban hebat serta memberi tunjuk ajar dengan melaksanakan kursus asas bakeri kepada orang ramai.
Objektif Syarikat
  • Mencipta peluang perniagaan dalam industri bakeri dan konfeksi kepada para usahawan khasnya bumiputera.
  • Membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian bakeri dan konfeksi yang mempunyai satu tahap bertaraf dunia.
  • Membangunkan proses dan teknologi bakeri dan konfeksi untuk pasaran runcit tempatan dan antarabangsa
  • Menyediakan perkhidmatan latihan berkonsep pentadbiran dan teknikal dalam industri makanan dan teknologi makanan.
4.0      LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama                          : Omar Zulkarnain bin Abdul Majid
No. Kad Penganalan   : 860923-56-6759
Tarikh Lahir               : 23-09-1986
Umur                          : 30 Tahun
Jantina                        : Lelaki
Alamat Tetap             : No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13,  40170 Shah Alam, Selangor,.
No. Tel                        : 013-3245001
Taraf Perkahwinan   : Berkahwin
Kelulusan Akademik : Ijazah
Kursus dihadiri          : KURSUS INTENSIF KEUSAHAWANAN BAKERI
Pengalaman               : Pernah bekerja di kedai kek dan roti.

5.0      LOKASI PERNIAGAN
Home Delight Bakery  terletak di No 33A Jalan Kepayang off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor. Waktu urusan perniagaan ini adalah 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

6.0         RANCANGAN PENGURUSAN
6.1         Struktur Organisasi
Home Delight Bakery diketuai oleh seorang pengurus, pengurus pengeluaran,pengurus pemasaran,juru kek,juru roti,pembantu dan penyelia pemasaran. Setiap orang bertanggungjawab dalam tugas masing-masing. Walaubagaimanapun setiap orang akan membantu diantara satu sama lain apabila diperlukan.

6.2      Fungsi dan tanggungjawab
1)     Pengurus
§  Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek
§  Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.
§  Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

2)     Bahagian Pengeluaran
§  Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan. 
§  Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik. 
§  Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan. 
§  Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi. 
§  Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi
dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

3)     Bahagian Pemasaran
§  Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran. 
§  Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran. 
§  Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk. 
§  Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan. 
§  Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

6.3      Strategi Pengurusan
            Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
·         Menerap semangat kerja berpasukan di antara para pekerja demi kebaikan bersama.
·         Mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan pelaksanaan dalam memberi pendapat atau cadangan bagi mempertingkatkan produktiviti.
·         Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
·         Mengikuti latihan ikhtisas lanjutan seperti kursus-kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan kamahiran dan kepakaran dalam bidang bakeri.
·         Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang.
·         Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni dalam diri setiap yang terlibat dengan bakeri ini.

Berikut adalah senarai kursus yang disediakan:             
Bil
Kursus
Yuran
1.
FROZEN FOOD
Resipi: Karipap pusing, samosa, popia, apam dot-dot dan puteri ayu.
Cara penyimpanan dan pembungkusan


RM 150
2.
ANEKA ROTI
Mempelajari cara membuat roti ban manis kaedah sponge dough.
Resipi : Sausage Roll, Cheese Plait Bread, Red Bean Bun, Mix Vege Bun, Mini Pizza, Mexico Bun , Chicken Floss Bun dan Roti Sarang Lebah.


RM 150
3.
TALAM DAN KUIH MUIH
Resipi : Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji, Serimuka Pandan, Kuih Bakar Bijan, Kuih Gula Hangus dan 5 resipi bonus kuih talam.


RM 150
4.
KEK CAWAN DAN MUFFIN
Resipi : Red Velvet Cupcake, Carrot Cupcake, Chocolate Cupcake, Strawberi Cupcake, Mufin Cip Coklat dan Mufin Blueberi. Menghias kek cawan dengan krim mentega dan cream cheese frosting.


RM 200
5.
ANEKA TAT DAN CREAM PUFF
Resipi: Tat Keju Blueberi, Tat Buah-buahan, Tat Telur, Chicken Pie dan Krimpuff. Rahsia membuat krimpuff yang gebu dan filling krim kastad.


RM 150
6.
CONTINENTAL KEK
Resipi : Cara membuat Kek Span, Black Forest Cake, Blueberry Cake, Pecan Butterscotch dan Walnut Brownies. Turut ditunjukkan cara menghias kek dengan Non-Dairy Whipping Cream.


RM 200
Jadual 2: Senarai kursus yang ditawarkan

6.4      Anggaran Gaji dan Ganjaran
Oleh kerana Home Delight Bakery mengamalkan konsep keusahawanan sosial di antara pekerja dan majikan, jumlah gaji dan ganjaran yang diberikan berdasarkan budi bicara sesama.
Jawatan
Gaji (RM)
Socso (RM)
KWSP (RM)
Jumlah (RM)
Pengurus
2,000.00
60.00
220.00
2,280.00
Pengurus Pengeluaran
1,500.00
45.00
165.00
1,710.00
Pengurus Pemasaran
1,500.00
45.00
165.00
1,710.00
Juru kek
1,000.00
30.00
110.00
1,140.00
Juru roti
1,000.00
30.00
110.00
1,140.00
Pembantu/Juruwang
800.00
24.00
88.00
912.00
Penyelia penghantaran
1,000.00
30.00
110.00
1,140.00
JUMLAH
8,800.00
264.00
968.00
10,032.00
Jadual 3: Anggaran kos gaji dan ganjaran

6.5      Anggaran Belanja dan Pengurusan
           
Bil
Jenis Perbelanjaan (sebulan)
Jumlah (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Gaji,Socso dan KWSP
Utiliti
Alatulis dan kelengkapan pejabat
Perjalanan dan pengangkutan
Iklan dan promosi
Maintenance
Petty Cash
JUMLAH
10,032.00
1,200.00
200.00
1,000.00
500.00
800.00
1,508.00
15,240.00
Jadual 4: Anggaran kos belanjan dan pengurusan
    Sampai sini dulu...esok kita sambung part 2 pulak di Bisnes Plan - Part 2. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi, sayonara !!                                                                                                                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan