Ahad, 9 Disember 2018

Bisnes Plan Simple - Part 2

Assalamualaikum…

Jom sambung balik cara nak menulis bisnes plan. Yang awal tu boleh refer Bisnes Plan - Part 1. Sebenarnya mama nak buat lagi satu column untuk separatekan mengenai hal harian dengan belajar ni, cuma mama tak tahu nak buat camne...nnt lah mama google dulu ye, huhu #kalaurajin 😇



7.0      RANCANGAN OPERASI

7.1      Produk dan Perkhidmatan

Home Delight Bakery menyediakan perkhidmatan latihan kepada pengusaha-pengusaha baru yang ingin mempelajari cara-cara membuat roti dan kek. Latihan ini diadakan di dalam ruang pejabat syarikat dan ada juga latihan diberikan di luar pejabat atas permintaan pihak-pihak tertentu. Syarikat juga menyediakan latihan secara percuma di rumah-rumah kebajikan dan pusat-pusat tahfiz yang memerlukan perkhidmatan kami. Tujuan kami supaya mereka dapat mempraktikkan pembelajaran yang diberi sekaligus dapat membuat sendiri kek dan roti bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Selain itu, Home Delight Bakery telah mewujudkan sebuah kedai roti dan kek di mana orang ramai boleh membeli terus daripada kami. Antara produk yang dijual adalah seperti gambar di bawah :

(masukkan gambar-gambar yang sesuai)


7.2      Kemudahan Asas

Premis perniagaan init terletak di kawasan perumahan berkepadatan sederhana tinggi. Infrastruktur yang sediada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air yang lengkap. Kawasan ini dikatakan streategik kerana ia terletak berhampiran dari pusat bandar yang mana sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej dan pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad, ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.


7.6      Carta Aliran Proses Kerja (Bakeri)   



7.3      Harta Tetap dan Peralatan yang diperlukan
Disebabkan Home Delight Bakery baru bercadang untuk memulakan perniagaan ini, banyak keperluan dan perkakasan bakeri yang diperlukan dan perlu dibeli. Walaupun begitu, syarikat telah mempunyai satu unit lot kedai di mana perniagaan ini dapat dijalankan. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Perkara
Unit
Nilai (RM)
1)    Oven
2)    Mixer
3)    Mesin tunai
4)    Kerusi/Meja
5)    Troli
6)    Freezer
7)    Tray
8)    Dapur induksi
9)    Perkakasan
JUMLAH
5
4
1
8/2
3
1
10
2
-
5,000.00
2,000.00
500.00
1,500.00
1,000.00
5,000.00
500.00
2,000.00
2,500.00
20,000.00
Jadual 5: Anggaran harta tetap dan peralatan yang diperlukan
7.4      Stok Bekalan Bahan Mentah  
Stok bekalan bahan mentah akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta memastikan bahan-bahan tersebut dalam keadaan baik dan berkualiti supaya penghasilan produk dapat dihasilkan dengan sempurna. Syarikat juga akan menyediakan tempat penyimpanan stok bagi langkah penjimatan kos perbelanjaan.

7.5      Senarai Pembekal
No.
Senarai Nama Pembekal
Produk Dibekalkan
1.




2.
Two Ply Sdn Bhd
Jalan Pasar Baru 3, 41050 Klang
Tel : 03-3344 4222

RG Pastry House
No.2 Jalan Dataran Marvelene
41050 Klang
Tel : 03-3344 9137

·         Bahan mentah
·         Peralatan mesin dan perkakasan


·         Peralatan membuat roti, kek, pastri dan lain-lain


Jadual 6: Senarai nama pembekal

7.7      Anggaran Kos Operasi dan Teknikal

Kos (Bulanan)
Nilai (RM)
Kos Bahan langsung
Kos Pembungkusan
Kos Overhead
5,000.00
3,000.00
2,500.00
Jumlah Kos
10,500.00
Jadual 7: Anggaran kos operasi dan teknikal

8.0      RANCANGAN PEMASARAN
8.1      Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang dikenalpati sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi :
a)     Penduduk di kawasan persekitaran Klang, Selangor
b)     Kumpulan pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya
c)      Kumpulan pelajar daripada institusi pengajian tinggi
d)     Kumpulan pelajar daripada sekolah menengah dan rendah
e)     Pelanggan restoran
f)       Pelanggan stesen minyak
g)     Internet (laman WEB)

8.2      Saiz Pasaran
Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan lebih ramai pelanggan yang berpotensi akan membeli produk yang ditawarkan. Ini adalah kerana produk yang dihasilkan merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

8.3      Persaingan
Apa juga bidang yang diceburi, pasti ada persaingan di antara satu sama lain. Memandangkan produk bakeri ini mendapat tempat di hati orang ramai, Home Delight Bakery akan berusaha untuk memajukan perniagaan ini. Di antara pesaing yang ada di kawasan Klang ini adalah seperti di bawah:

Nama Perniagaan
Produk ditawarkan
Kekuatan
Kelemahan
Hidayah Bakeri
Roti dan kek
·          100% bumiputra
·         Terletak sebaris dengan kedai makan
·         Tiada promosi
·         Kedai tidak menarik
RT Meru Café & Pastry House

Roti, kek dan biskut
·         Premis perniagaan yang strategik
·         Baru beroperasi
Jadual 8: Senarai Nama pesaing

8.4      Strategi Pemasaran
1)     Harga
·         Memberi potongan harga istimewa bagi setiap musim perayaan dan hari -hari tertentu.
·         Memberi harga pengenalan bagi setiap produk baru yang dikeluarkan.
·         Memberi komisyen kepada pengedar secara berperingkat-peringkat.

2)     Tempat
·         Memasarkan produk ditempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.
·         Membuat pemantauan keatas lokasi dan kekerapan pelanggan yang datang berkunjung.
·         Membuat kaji selidik terhadap golongan sasar seperti pekerja pejabat, pelajar dan lain-lain.
  
3)     Barangan
·         Memastikan kesegaran produk terjamin ,dimana tarikh luput akan dipaparkan pada setiap bungkusan untuk rujukan pelanggan.
·         Mempelbagaikan keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak pilihan.
·         Mengutamakan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi
·         Mengujudkan produk baru dipasaran.

4)     Promosi
·         Memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan.
·         Mengadakan pakej atau pek istimewa khususnya kepada bakal-bakal pengantin.
·         Memberi pek percubaan pada harga yang rendah bagi produk baru.

8.5      Anggaran Kos Jualan dan Pemasaran
           
Kos (Bulanan)
Nilai (RM)
Kos Pengiklanan dan pengangkutan
Kos Pengedaran dan agihan
560.00
200.00
Jumlah Kos
760.00
Jadual 9: Anggaran Kos jualan dan pemasaran

8.6      Ramalan Jualan
BULAN
JUALAN (RM)
CATATAN
Januari
45,000
Perayaan Tahun Baru Cina
Februari
40,000

Mac
40,000
Cuti Sekolah
April
38,000

Mei
51,000
Cuti Sekolah
Jun
55,000
Perayaan Hari Raya Aidilfitri
Julai
48,000

Ogos
45,000

September
50,000
Perayaan Hari Raya Aidiladha
Cuti Sekolah
Oktober
40,000
Perayaan Hari Deepavali
November
50,000
Cuti Sekolah
Disember
50,000
Perayaan Hari Krismas
Cuti Sekolah
Jumlah


TAHUN 1
552,000

TAHUN 2
579,600

TAHUN 3
608,580

Jadual 10: Ramalan Jualan bagi tiga tahun
9.0      RANCANGAN KEWANGAN
Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, Home Delight Bakery telah menganggarkan Kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti bawah.

9.1      Sumber Pembiayaan Projek Baru
Perbelanjaan Modal
Kos
Sumbangan Sendiri
Pinjaman


Tunai
Aset sediada

Tanah dan Bangunan
50,000.00

50,000.00

Pembungkusan
3,000.00
3,000.00


Pentadbiran dan pengangkutan
4,000.00
4,000.00


Pendawaian
3,000.00
3,000.00


Kenderaan
18,000.00


18,000.00
Perabot
8,000.00
8,000.00


Renovation
10,000.00


10,000.00
Perkakasan ( termasuk alatan
22,000.00


22,000.00
membuat roti dan kek)














Modal Kerja




Kos Jualan dan Pemasaran (bulanan)
760.00
760.00


Kos Pentadbiran dan Am (bulanan)
15,240.00
15,240.00


Kos Operasi dan teknikal (bulanan)
10,500
10,500


Kos Pra-Operasi dan Penubuhan (sekali)
5,500.00
5,500.00












JUMLAH
150,000.00
50,000.00
50,000.00
50,000.00

Jadual 11: Anggaran sumber pembiayaan projek baru

Sampai sini jek...so kalau korang nak buat penyata kewangan tu or jumlah pinjaman tu, pastikan LOGIK ye amount yang korang nak mohon. Dan jumlah dia mesti match antara satu sama lain.

Itu jek nak kongsi….sayonara !!

2 ulasan: