Jumaat, 7 Disember 2018

Sepi Itu Indah

Assalamualaikum..

Ecece..tajuk ko mama ayu. Hahaha. Bila dok sorang-sorang ni macam ni lah ye..kat opis sorang, kt rumah sorang...hmmmm, cam ne lah bila dah tua nanti. Bila anak-anak dah besar, yang sorang kat asrama, yang lain-lain tu kat rumah nenek...terasa sepi pulak bila balik rumah. Tapi nak buat macamana kan...mama nak study, banyak homework kena buat, kahkahkah.

Tapi bila kita sorang-sorang ni, Allah bagi masa yang banyak untuk kita muhasabah diri. Seawal pukul 5 pagi, mata ni tak boleh nak pejam..maka doa dan zikir lah yang dapat menenangkan hati. Nak tahajud, cuti pulak. 😇 Buat lah mana-mana yang boleh di buat. Selain itu, dapatlah mama kemas rumah, basuh baju, lipat baju sesambil separatekan mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak boleh nak pakai. At least dapat jugak bagi kat orang baju-baju tu...tak de lah membazir kan. Orang kata, kalau nak bagi kat orang, bagilah yang elok. Kalau dah tak elok tu, tak perlulah nak sayang-sayang, buangkan aje ke tempat sampah sebab memang dah tak elok kan...


Lagu sepi sekuntum mawar merah nyanyian Ella. Kekadang layan jugak lagu-lagu jiwang ni, menusuk rasa weiii...😎

Itu je nak cerita, otak beku dah ni buat statistik...

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan