Isnin, 11 Februari 2019

Balik Kampung CNY Holiday

Assalamualaikum semua

Selamat kembali bekerja. Mencari rezeki kerana Allah semoga Allah permudahkan urusan kita dan memperolehi rezeki yang berkat. Mama trowbek lah percutian 5 hari di kampung Sempang Pantai, Merlimau, Melaka tempat kelahiran mama 👪. Ambil dak kembar di asrama pukul 1030 pagi, sekali amekkaw...baju seminggu dorang tak basuh, alamat nya bawak balik basuh kat rumah. Ingatkan dari asrama nak terus gerak ke Melaka tapi sebab banyak barang kan....so patah balik rumah hantar barang-barang. Sib baiklah asrama korang dekat je ngan rumah anak oiii 😇

Singgah RnR Dengkil isi perut dulu...nanti tak de lah nak berhenti-henti lagi

Dak awie sorang je makan nasi, yang lain makan ringan-ringan je...mama order sate kajang & set A&W


Bertiga aje mainnya, abang-abang main PS2 kat hall belakang. Tunggu yang lain-lain balik, baru penuh lah rumah mak

Cari makan malam-malam. Anak-anak nak makan tomyam

Esoknya pergi kenduri akikah anak sepupu kat rumah pak njang. 

Ntah pinggan ke berapa lah dua beranak ni makan kambing 😋😅

Dah kenyang makan, jom kita balik. Sempat lah snap pic kt jambatan ni. Nice view kat belakang tu kan

Bersama anak dara sorang ni. Nasib lah dia pun cuti gak seminggu, dapatlah teman mama jalan-jalan


Ikut mak buyung ke Pantai Siring, hajat di hati nak cari kerang tapi kerangnya tak ade...huhu



Day 3 - menu nasi minyak, ayam masak merah dan acar nenas menu tengahari. My adik ggirl yang masak, mama tolong basuh ayam & goreng ayam je...haha.


Makan ramai-ramai macam ni memang seronok kan...habis licin semua

Malam tu ada bbq tapi tak de gambarlah pulak 😭😭😭 ramai tau sepupu sepapat, mak-mak sedara, pak-pak sedara semua join. Dah macam family day tau, sob sob

Dan keesokkannya pulak ada kenduri arwah nenek 100 hari. Naikkan batu nisan. (pun tak de gambar 😢, pagi tu rewang sampai pukul 2 petang)

Birthday surprise untuk anak buah, Syifa yang lahir pada 5/2/2010. Petang tu sempatlah mama ke Secret Recipe berdekatan dengan Politeknik Merlimau. Kek SR menjadi pilihan sebab bila makan dah tentu habis kan. Kalau beli kek biasa-biasa ni, ada masa krim je tebal...Budak-budak tak suka. Haaaa...sekali makan habis, rasa macam tak cukup pulak...hehe

Tengoklah muka dak kembar tu...Nampak teruja sangat haha. Sabar ye nak...4 hari lagi birthday korang...membilang hari lalalala

Hari Rabu sebelum nak balik tu...singgah Pantai Siring. Dak Liyana nak main belon air

Ada pengunjung yang main layang-layiang. Bebudak ni nasib baik tak mintak pulak...haha

Menunggu matahari terbenam.

Mama, jangan lupa hari jadi iman imin 3 hari lagi tau...hihihi

Termanggu ku sendirian 🙇🙇 

Melihat matahari terbenam sambil berfikir betapa indahnya ciptaan Allah. Terlalu banyak yang telah Allah beri. Allah ambil nikmat sedikit  sahaja tetapi diberi Nya nikmat berlipat kali ganda. Nikmat hidup, nikmat kebahagiaan, nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, nikmat dapat selalu berzikir mengingatinya, nikmat ketenangan dan macam-macam lagi. Allahu, betul lah apa yang di sebut, "Nikmat mana satukah yang hendak engkau dustakan?". Betapa Allah itu Maha Pengasih dan maha Penyayang. Cari redha Allah dan berdoalah…
"Ya Allah, jadikanlah aku insan yang Kau sayang dan Kau kasihi, aku memerlukan perhatian dari Mu Ya Rabb, bimbinglah aku ke jalan Mu. Aamiin."

Itu aje percutian kami kali ini, tunggu bulan 3 pulak nanti di cuti sekolah. 

Jumpa lagi, sayonara.

Ahad, 10 Februari 2019

Birthday Kembar - 9/2/2019

Assalamualaikum semua.


Nampaknya hari ini anak-anak dah ke sekolah semula. Syiok cuti selama seminggu, nasib baik tak lemau bangun pagi tadi...haha. Cuti raya cina kami ke Melaka. Rasanya perjalanan pergi kali ini sangatlah smoothnya. Jalan pun tak jem walaupun banyak kereta di highway. Bila cuti jatuh kat tengah-tengah ni kan, orang banyak pilihan waktu untuk pergi bercuti  tapi ko...hazabedah gak lah bila nak pulang semula ke KL kan. Jem sana sini.

Ok lah, lupakan sekejap cuti tu, hari ini mama nak cerita kisah hari Sabtu yang lepas. Kami berkumpul di rumah abang ipar kat Pandan Indah Ampang. Sesekali kita bergathering sama-sama. Buat stail potluck. Sambil-sambil tu celebrate birthday dak kembar sekali.

Masak siap-siap dari rumah. Pukul 1230 baru gerak ke Pandan Indah. Dak wany nak tunjuk skill dia buat popia carbonara. Maka terhasillah popia yang sangat sedap bila masuk ke mulut….miahaha. Kuih karipap dan kuih bom tu mama beli instant je...goreng sendiri. Tapi seriously, sangat lah sedap

Kek Hari Lahir Iman & Imin, sponsor by maklong dorang 😋

Bergambar dulu sebelum menyanyikan lagu birthday...dan awie masa ni tengah mencuba-cuba kamera digital dari kawannya. Sanggup tu kawannya bagi pinjam untuk tangkap gambar.

Peace sekali


Masa bersantai….dorang ni kalau pergi rumah pak bob & aunty ila mesti ada aktiviti mandi manda ni


Yang tak mandi, sila duduk tepi dan jangan lari 😂


Dak kakak kena temankan adiknya mandi...mama rileks-rileks kat atas rumah sambal makan buah….hahaha

Hai...sebab dak awie tak mandi, keje dia tangkap gambar

Dak bongsu liyana

Bersama sepupu-sepupu

View dari balkoni tkt 7

Pukul 7.00 malam kami gerak balik. Mulanya ingat nak singgah Bangsar tapi sebab dak Iman nak kan hadiah...mama pun pergi lah cari. Lagi pun dak wany nak cari kasut sport untuk aktiviti dia kat Politeknik. 

Muka ada senyummmm….seronok sangat dia dapat makan ikan siakap. Bila cuti je, macam-macam dak wany request nak makan. Sib baiklah mama sporting...haha, layankan aje lah anak oiii

Dak liyana masa ni mood ke laut sebab mama tinggalkan dia masa cari barang abang & kakaknya...siap nangis lah, sib baik orang tak perasan. Tidak malu i...esok nampaknya kena repeat balik lah jwbnya...g Tesco je pun, adoiiii

Makanan favourite dak kembar ni  - tom yam selain ikan keli masak cili api nenek masak...hihi. Yang best nya makan kat sini sebab air manga dia very juicy. fresh mango tu yang imin suka kalau makan kat sini.

Itu je aktiviti kami satu hari di hari birthday. Kalau ayah dorang ni masih ada, dah tentu mama check in hotel hihihi...tak pe lah anak-anak. Asalkan dapat bersama-sama pun dah rasa bahagianya. Tiga anak di asrama, tinggal dua di rumah...nanti dah tua-tua tinggallah mama sorang-sorang eh!...tak ape lah, kot lah nanti boleh main ngan cucu pulak kan...melampau haha. 

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 1 Februari 2019

Esok cuti yeay!!

Assalamualaikum semua.

Esok budak-budak sekolah dah start cuti. haaaa…..8 hari bermula esok, Sabtu hingga lah ke Ahad minggu depan. Sape-sape yang duduk KL pulak dapat tambahan 1 hari lagi cuti hari ini sempena Hari Wilayah. Cuti kali ni mama rasa best sangat sebab anak-anak semua ada. 😀👪 

Sekarang ni bukan senang nak berkumpul macam ni. Yang sulong dah masuk Politeknik, maka cuti pun tak sama dah dengan cuti sekolah. Dak kembar pun dah masuk asrama, sib baik dapat cuti jugak. Buatnya ada program kat asrama tu, tak dapat lah mama nak ambik dorang cuti sama-sama. So, adalah mama teman seminggu ni untuk berborak-borak. 😊

Ok lah, cuti Raya Cina ni korang pergi mana? Mama balik kampung (Melaka)...harap-harap jalan tak jem….eh!

Selamat bercuti semua...hati-hati bila memandu. Ingat orang tersayang ye...

Jumpa lagi, sayonara !!