Isnin, 5 Ogos 2019

Pergi wedding

Assalamualaikum..

Kerana rindu, dia hadir dalam mimpiku. Terima kasih Allah, walaupun cuma sebentar..ku rasakan dia sentiasa ada dekat denganku 😊

Hari ni tak nak cerita banyak...kita trowbek gambar kahwin sepupuku di Melaka. 
















Gambar fresh baru dapat dari group wasap...hehe. Thanks sepupu, moga kekal till jannah

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 2 Ogos 2019

Redha atas ketentuan-Nya

Assalamualaikum semua..

Selamat berhujung minggu. Pagi ni cuaca mendung, semendung hatiku. 😌 Ada kalanya kita tersalah dalam membuat keputusan di mana setiap keputusan yang telah pun dilaksanakan itu ada ketikanya kita tak mampu mengubahnya. Hanya doa yang boleh kita titipkan agar dipermudahkan segala urusan.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang - kita akan terus bersyukur atas nikmat yang dikurnikan kepada kita. Terlalu banyak yang telah Allah beri sedangkan berapa banyak ibadah yang kita buat dapat membalasnya balik. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun - kita akan terus bertaubat dan memohon keampunan dari Nya walaupun ada masanya kita terleka dan hanyut dalam arus dunia.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi - terlalu banyak nikmat yang Allah bagi sedangkan kita terus hanyut dengan belaian dunia.

Allahu, betapa Allah itu segala-galanya bagi kita. 

Aku pernah membuat silap sebelum ini, dan hari ini serta hari-hari seterusnya juga mungkin aku juga pernah dan akan melakukan kesilapan. Aku bermohon agar Allah mengampunkan segala dosa-dosaku. Manusia yang tidak akan terlepas dari membuat kesilapan.

Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku dan jadikan aku insan yang Kau pilih untuk disayangi.

Aku redha atas apa yang berlaku. Peliharalah aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

gambar kredit to google



Ok lah, tak nak fikir dah tentang apa yang telah berlaku, Hidup perlu diteruskan demi kelangsungan hidup. Kesulitan menjadi lebih mudah jika kita serahkan semuanya kepada Allah. 

Masih teringat pesan arwah suami, "ramainya orang yang baik-baik di dunia ini tetapi tidak ramai yang betul-betul ikhlas dalam perkara yang dilakukan".

Aku belajar untuk ikhlas dalam setiap perbuatanku. Mudah-mudahan Allah redha.

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 1 Ogos 2019

Rindu itu datang lagi...

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi Jumaat yang berkah. Lebat sungguh hujan malam tadi dan pagi ini cuaca dingin dan sejuk. Sesejuk hatiku. Ntah mengapa setelah dua tahun pemergian arwah, tidak pernah sekalipun aku lupa padanya. Ingatan ini kekal dan tak mungkin akan terpadam. Ada masanya aku berdoa agar Allah menutup pintu hatiku agar tidak terpaut pada orang lain. Biarlah aku sendiri, sendiri dalam membesarkan anak-anakku. Akulah ayah dan akulah mama pada mereka. Aku tahu, ada ramai rakan dan sahabat mendoakan agar aku ditemukan jodoh...huahuahua. Simpang malaikat 44. 😭😰 Tolong lah jangan doa begitu. Aku cuma mengharapkan agar aku dapat meneruskan kehidupan ini demi anak-anak. Aku berdoa agar dipanjangkan umurku agar aku dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Hanya Allah yang tahu hati ini.

Walaupun aku tak pernah bermimpi berjumpa arwah, tapi aku dapat rasakan dia sentiasa ada dan sentiasa dalam ingatan. Betullah kata orang...sakit yang paling perit adalah merindui orang yang telah tiada. Hanya yang merasainya sahaja yang tahu. Orang hanya boleh berkata...sabarlah. Ye, aku tengah mengumpul kekuatan agar terus sabar dan kuat. Doaku agar Allah sentiasa melihatku, merinduiku sebagai seorang hamba yang dikasihi-Nya.



Jumpa lagi, sayonara !!