Selamat pagi Jumaat yang berkah. Lebat sungguh hujan malam tadi dan pagi ini cuaca dingin dan sejuk. Sesejuk hatiku. Ntah mengapa setelah dua tahun pemergian arwah, tidak pernah sekalipun aku lupa padanya. Ingatan ini kekal dan tak mungkin akan terpadam. Ada masanya aku berdoa agar Allah menutup pintu hatiku agar tidak terpaut pada orang lain. Biarlah aku sendiri, sendiri dalam membesarkan anak-anakku. Akulah ayah dan akulah mama pada mereka. Aku tahu, ada ramai rakan dan sahabat mendoakan agar aku ditemukan jodoh...huahuahua. Simpang malaikat 44. ðŸ˜ðŸ˜° Tolong lah jangan doa begitu. Aku cuma mengharapkan agar aku dapat meneruskan kehidupan ini demi anak-anak. Aku berdoa agar dipanjangkan umurku agar aku dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Hanya Allah yang tahu hati ini.
Walaupun aku tak pernah bermimpi berjumpa arwah, tapi aku dapat rasakan dia sentiasa ada dan sentiasa dalam ingatan. Betullah kata orang...sakit yang paling perit adalah merindui orang yang telah tiada. Hanya yang merasainya sahaja yang tahu. Orang hanya boleh berkata...sabarlah. Ye, aku tengah mengumpul kekuatan agar terus sabar dan kuat. Doaku agar Allah sentiasa melihatku, merinduiku sebagai seorang hamba yang dikasihi-Nya.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan