Selasa, 6 Ogos 2019

Cinta Monyet

Assalamualaikum semua..

Apa khabar hari ini? Moga sihat-sihat hendaknya. Semalam kan, anak bujang bercerita ngan mama.

Anak 2: Mama, awie ngan ain dah putus
Mama : Haaa, putus?
Anak 2: A ah...dia layan lelaki lain
Mama : Awie camne? Frust ke?
Anak 2: Tak de lah..

😱😥


Wahai anak,

Perjalananmu masih jauh. Ramai lagi orang yang akan kalian jumpa di luar sana. Bermula dari alam persekolah, alam universiti, alam pekerjaan dan sehingga satu masa kalian akan berjumpa dengan pilihan hati masing-masing. Disaat itu, baru kalian akan kenal hati budi masing-masing. Sebuah ikatan memerlukan reaksi yang cukup sempurna dari kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan. Masih banyak masa untuk kamu membuat pilihan dan ada masanya pintu hati kamu diketuk oleh si dia. Pertemuan dan perpisahan itu pasti akan terjadi. Kita tidak tahu perancangan Allah tetapi yang kita pasti Allah adalah sebaik-baik rencana-Nya.

Wahai anak,

Perempuan atau lelaki yang baik tidak akan membiarkan dirinya disentuh oleh mereka yang bukan muhrimnya. Begitulah kuasa cinta. Cinta membolehkan kita hanyut dalam penasaran. Cinta boleh membutakan mata hati untuk melihat keburukan. Andai rasa itu wujud dalam dirimu, berpeganglah pada tali Allah. Jangan biarkan dirimu terleka dek kerana panahan asmara itu.

Wahai anak,

Sedarlah. Takdir itu indah untuk dikenang. Pasangan hidup kita ada kalanya berlawanan dengan kehendak kita. Semua itu telah tertulis. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang tidak banyak cakap dengan pasangan yang kecoh mulutnya. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang panas baran dengan yang lembut hatinya. Ada orang ditakdirkan jodohnya dengan seorang yang alim dengan pasangan yang kasar tingkah lakunya. Begitulah ketentuan Allah. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berserah dan berdoa agar kita ditemukan jodoh yang baik-baik.

Wahai anak,

Mama sentiasa doakan kalian mendapat jodoh yang menjadi pilihan hatimu dan kalian mendapat pasangan yang boleh menerimamu seadanya. Pasangan yang dapat menerima baik dan buruk kalian kerana tidak ada seorangpun yang sangat sempurna di dunia ini. Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi hargailah dan jagalah orang-orang yang kalian sayang.

Moga kita semua terpelihara dalam rahmat Allah SWT.

Sampai sini coretan mama, sayonara !!

1 ulasan:

  1. Mendapatkan PERKHIDMATAN HACKING TERBAIK! ️
    Isu SCAM berleluasa hari ini di internet. Orang tidak lagi mempercayai iklan yang mereka lihat di laman web terutama dalam komen.
                               Tetapi
        COPE TECHS adalah sebuah organisasi yang anda boleh percaya ketika datang ke PERKHIDMATAN HACKING. Perkhidmatan Hacking kami adalah untuk membantu individu dan bukan untuk tujuan pencurian.

       Berikut adalah senarai PERKHIDMATAN HACKING yang boleh kami tawarkan kepada anda-:
      ▪Penghargaan Sokongan Kewangan 💵💶 melalui Bitcoin Mining ⛏ ⚒process dan membiayainya ke akaun paypal jika perlu.
    ▪Helphone 📲 & Hacks Komputer
    ▪kelanggan e-mel & Akaun Media Sosial
    ▪ Pengkelasan Gred & Skor Kredit ️
    ▪Kesetisan kelemahan dan peningkatan FireWall dan banyak lagi.
    Hacks kami adalah Gembir dan sentiasa bersedia untuk menggodam anda, pada bila-bila masa, pada bila-bila masa.

    Sekiranya anda memerlukan bantuan atau Perkhidmatan Peretasan, sila hubungi kami melalui talian Selamat kami. Perkhidmatan kami kepada anda akan tersembunyi dan tidak ada alasan untuk didedahkan kepada orang lain. Anda ada perkataan kami.
    Panggilan, mel suara dan teks semuanya diterima.
    Hubungi-: +1 (808) 600 0773
    E-mel-: copetechs@gmail.com

    BalasPadam