Di awali dengan lafaz bismillah...ceria-ceriakan hidup kita pagi ni 😃
Mood menulis adalah sikit-sikit. So mama bagi sikit apa yang mama dah tulis. Rasa cam nak tulis cerpen tapi tak habis lagi...mama bagi sikit lah yang mana dah mama tulis.
Cerpen – Andai Itu Takdir Nya
“Kita putus, hubungan kita
setakat ini sahaja”, kata Danial Ikhwan kepada Ayu Suraya. Lantas, dengan
perlahan Ayu Suraya mengangkat kaki meninggalkan Danial Ikhwan. Kehangatan
petang itu di Taman Tasik Titiwangsa terasa begitu hening sekali. Ada air mata
gugur di kelopak matanya. “Sampai hati abang minta putus, apa salah Ayu?”,
desisnya dalam hati. Perlahan Ayu melangkah dengan harapan agar Abang Danial
mengikutnya dari belakang tetapi hampa. Segera dia menahan teksi dan pulang ke
rumah.
Ah, terlalu banyak kenangan yang
bermain di fikiran Ayu. Walaupun Abang Danial bukan yang pertama bertakhta
dihatinya, dia mengharapkan Abang Danial ada lelaki yang terakhir yang hadir
dalam hidupnya. Betapa cintanya terhadap Abang Danial terlalu agung. Abang
Danial adalah seorang lelaki yang banyak berteloransi dengannya. Ialah,
sikapnya yang keras kepala dan degil telah dilembutkan oleh seorang lelaki yang
bergelar Danial Ikhwan. Bagi Ayu Suraya, dia tidak dapat melihat lelaki lain
lagi selain Abang Danial.
Hmmm…degusnya dalam hati. Malam
itu, Ayu Suraya tidak dapat melelapkan mata. Kejadian petang tadi
berlegar-legar di fikirannya. Kenapa mesti putus? Kenapa? Aku telah serahkan
segalanya kepada Abang Danial. Aku sayang kepadanya. Terlalu sayang. Macamana
lagi nak ku ungkapkan perkataan keramat ini. “Aku cinta padamu”. Sungguh aku
telah jatuh cinta padanya. Cinta pandang kedua. Pandangan pertama, aku
melihatnya bersama kekasih hatinya. Mereka begitu mesra. Masih ku ingat di
waktu seluruh Semenanjung Malaysia bergelap, aku menemani rakan untuk berjumpa
kenalannya. Dari situlah aku mengenalinya. Selepas itu, rakan aku memberitahu
bahawa dia telah putus dengan kekasih hatinya. Wah, ada can lah aku nak masuk
line, hehe.
“Ayu, weekend ni jomlah kita
pergi Sungai Congkak”, ajak Intan. “Haa, nak pergi ngan sapa? Ko boleh lah
sebab balak ko ada moto”, kata aku. “Alaa…ko ajak lah sapa-sapa yang ada moto,
leh join sekali”, kata Intan. Sapa aku nak ajak ni?, getus Ayu dalam hati.
Otaknya ligat berfikir, sapa pulak yang ada moto ni. Seronok jugak kalau dapat
join Intan pergi mandi manda. Hujung minggu bukannya ada aktiviti. “Ayu, ko try
lah ajak Abang Danial”, kata Intan. “Seganlah aku”, jawabku. “Tak payah nak
segan lah hai, dia member ngan balak aku lah, balak aku kenal dia. Lagi pun dia
masih single lah”, ucap Intan lagi.
Esok malam, aku memberanikan diri
untuk menelefon Abang Danial. Tut!tut!..telefon berdering. “Assalamualaikum
Abang Danial, hujung minggu ni free tak?, kata Ayu. “Hujung minggu ye, rasa
macam tak de apa-apa hal, napa?”, balasnya. “Hmmm, camne nak cakap ni,
seganlah. Sebenarnya macam ni, Intan ajak pergi Sungai Congkak, convoi motor.
Ayu nak pergi tapi tak de teman. Abang boleh temankan tak?”, soalku. Wah…merah
muka, tak pernah-pernah aku memulakan dulu pertemuan ini. “Boleh jugak”, kata
Abang Danial. “Ok, jumpa Ahad ni kat Stesen Petronas depan ni nanti ye, pukul 8
pagi”, aku mengakhiri kata-kata.
Hari minggu pun tiba.
Bersambung….tunggu ye 👀
Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan