Selasa, 20 Ogos 2019

Bila kita rasa macam nak mati?

Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang? Moga sihat-sihat hendaknya. Kelmarin mama balik dari kerja, badan ni rasa macam tak berapa nak sihat. Dahi berpeluh-peluh. Dalam hati rasa macam diri ini berada di ambang kematian. Hmmm, mengingatkan kepada kematian membuatkan mama rasa takut sangat. Ye lah, kita sedar setiap orang pasti akan mati. Tapi bagi mama, mama masih perlu meneruskan hidup ini. 

Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku. 

Aku masih ada anak-anak yang perlu diberi perhatian. 

Aku masih ada emak dan abah yang perlu aku berbakti kepada mereka. 

Aku masih ada adik beradik yang perlu aku santuni mereka. 


Ya Allah, lindungilah aku. 

Aku perlu melihat anak-anak membesar di depan mata. 

Berilah aku peluang untuk melihat anak-anakku berjaya di dunia dan akhirat. 

Berilah aku peluang untuk memberikan kasih sayang seorang mama dan ayah kepada mereka.

Berilah aku peluang menggembirakan mereka.

Berilah aku peluang untuk mendengar segala keluh kesah mereka.

Mereka adalah amanah Mu untuk aku jaga.


Ya Allah, jadikan aku, anak-anakku dan keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat.

Perkenankan permintaanku ini.

Aamiin Ya Rabbal'alaamiin

Selasa, 6 Ogos 2019

Cinta Monyet

Assalamualaikum semua..

Apa khabar hari ini? Moga sihat-sihat hendaknya. Semalam kan, anak bujang bercerita ngan mama.

Anak 2: Mama, awie ngan ain dah putus
Mama : Haaa, putus?
Anak 2: A ah...dia layan lelaki lain
Mama : Awie camne? Frust ke?
Anak 2: Tak de lah..

😱😥


Wahai anak,

Perjalananmu masih jauh. Ramai lagi orang yang akan kalian jumpa di luar sana. Bermula dari alam persekolah, alam universiti, alam pekerjaan dan sehingga satu masa kalian akan berjumpa dengan pilihan hati masing-masing. Disaat itu, baru kalian akan kenal hati budi masing-masing. Sebuah ikatan memerlukan reaksi yang cukup sempurna dari kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan. Masih banyak masa untuk kamu membuat pilihan dan ada masanya pintu hati kamu diketuk oleh si dia. Pertemuan dan perpisahan itu pasti akan terjadi. Kita tidak tahu perancangan Allah tetapi yang kita pasti Allah adalah sebaik-baik rencana-Nya.

Wahai anak,

Perempuan atau lelaki yang baik tidak akan membiarkan dirinya disentuh oleh mereka yang bukan muhrimnya. Begitulah kuasa cinta. Cinta membolehkan kita hanyut dalam penasaran. Cinta boleh membutakan mata hati untuk melihat keburukan. Andai rasa itu wujud dalam dirimu, berpeganglah pada tali Allah. Jangan biarkan dirimu terleka dek kerana panahan asmara itu.

Wahai anak,

Sedarlah. Takdir itu indah untuk dikenang. Pasangan hidup kita ada kalanya berlawanan dengan kehendak kita. Semua itu telah tertulis. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang tidak banyak cakap dengan pasangan yang kecoh mulutnya. Ada orang dijodohkan dengan pasangan yang panas baran dengan yang lembut hatinya. Ada orang ditakdirkan jodohnya dengan seorang yang alim dengan pasangan yang kasar tingkah lakunya. Begitulah ketentuan Allah. Kita tidak boleh menidakkan. Kita hanya mampu berserah dan berdoa agar kita ditemukan jodoh yang baik-baik.

Wahai anak,

Mama sentiasa doakan kalian mendapat jodoh yang menjadi pilihan hatimu dan kalian mendapat pasangan yang boleh menerimamu seadanya. Pasangan yang dapat menerima baik dan buruk kalian kerana tidak ada seorangpun yang sangat sempurna di dunia ini. Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jadi hargailah dan jagalah orang-orang yang kalian sayang.

Moga kita semua terpelihara dalam rahmat Allah SWT.

Sampai sini coretan mama, sayonara !!

Isnin, 5 Ogos 2019

Pergi wedding

Assalamualaikum..

Kerana rindu, dia hadir dalam mimpiku. Terima kasih Allah, walaupun cuma sebentar..ku rasakan dia sentiasa ada dekat denganku 😊

Hari ni tak nak cerita banyak...kita trowbek gambar kahwin sepupuku di Melaka. 
















Gambar fresh baru dapat dari group wasap...hehe. Thanks sepupu, moga kekal till jannah

Jumpa lagi, sayonara !!