Selasa, 15 Oktober 2019

Kerana Setiap Kita Ada Doa

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ? Moga ceria-ceria hendaknya. Jangan stress stress okey 😇


Banyak sangat dugaan melanda bulan ni. Ada sesuatu yang perlu aku hargai tetapi semua itu tinggal kenangan. Bukan senang tau nak berperang dengan perasaan ni...huhu. Ada kala kita ceria, ada kala kita berduka, ada kala kita gembira, ada kala kita menangis. Begitulah lumrah kehidupan. Allah turunkan ujian untuk melihat sejauh mana kita dapat bertahan. Telah tertulis, ujian yang ditimpakan kepada kita sesuai dengan kemampuan kita menanggungnya. Jangan menidakkan ketentuan ilahi. Terimalah setiap ujian dan liku-liku kehidupan dengan hati yang terbuka.

Kerana setiap di antara kita ada DOA..maka


~ DOA yang baik-baik. Adalah lebih baik kita bersangka baik terhadap sesuatu perkara. Setiap yang berlaku adalah dengan perkenan Allah jua. Berbuat baiklah sesama manusia dan makhluk di bumi ini. Hidup dalam kasih sayang dan rahmat Allah. Walaupun adakalanya hati kita terguris dan berduka dengan sikap mereka, DOA kan lah mereka supaya satu hari nanti mereka akan berubah dan mendapat hidayah. Jangan pernah kita menyimpan dendam di dalam hati. Belajar untuk memaafkan diri dan orang lain.

~ DOA dengan penuh keikhlasan. Kita tahu ramai dikalangan kita yang baik budi pekerti tetapi sejauh manakah hati kita ikhlas terhadap DOA yang di pohon. Bukan mudah untuk mengikhlaskan hati, ia memerlukan rasa dalam diri yang tinggi. Perasaan dalam diri di mana bila kita ber DOA, hati tidak berdetik dengan sesuatu yang tidak elok atau tidak baik. Kosongkan minda dengan perasaan yang tidak senang dan bercelaru. Fikir yang baik-baik, dan yang dating kepada kita juga yang BAIK-BAIK belaka.

~ Yakinlah Allah akan kabulkan DOA kita. Cepat atau lambat itu bukan urusan kita sebab penentunya adalah Allah SWT.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 25 September 2019

Bukan Meminta Simpati

Assalamualaikum..

Agak lama aku tidak menulis, bukannya tak de masa tapi dok layan cerita korea...hahaha. Hidup ini penuh dengan ranjau berduri. Ada kalanya kita rasa gembira, ada kalanya kita berduka, ada kalanya kita rasa macam...hmmm, entahlah. 😑 

Perasaan aku saat ini, aku rasa seperti hendak menangis. Menangis mengenangkan nasib diri. Bukan aku tidak menerima ketentuan Ilahi tapi hati ini tetiba sebak. Sebelum ini, kami (aku dan suami) mengimpikan yang kami akan meneroka dunia bersama-sama. Maklumlah bila dah tua nanti, kami akan melancong ke semua tempat yang kami hendak pergi. Tapi itu semua tinggal kenangan dan hal itu tidak mungkin akan terjadi. 😭😭😭

Aku mengharapkan agar mereka di luar sana -

Tolong jangan doakan aku bertemu jodoh. Aku tahu jodoh dan pertemuan itu telah tertulis. Tetapi aku masih tidak dapat melupakan suamiku. Kenangan bersama masih segar dalam ingatan ini. Sampai sekarang aku masih teringat betapa lenanya tidurku berlengankan dadanya...haha

Tolong jangan tanya aku bila aku nak kahwin. Aku memang tidak termimpikan pun.

Tolong jangan ganggu hidupku. Aku tenang bersama anak-anak dan keluargaku. 

Ya, aku tahu Allah telah kurniakan aku rezeki yang mencukupi buatku dan anak-anak. Tetapi janganlah ada perasaan tidak puas hati atau dengki disebabkan itu. Ajal, maut, rezeki semuanya telah tertulis. Ada satu sisi yang kita punya, tapi orang lain tak punya. Kita tidak perlu merasa hasad dan cemburu dengan kehidupan orang lain. Bahkan jika kita mendokan mereka, kita juga pasti mendapat tempias yang sama.

Aku sedar…

Allah sangat menyayangiku. Dia ingin memberikan aku pahala yang banyak sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anakku. Terlalu banyak kasih sayang Allah sehingga ada kalanya aku terleka di buai mimpi. 😢 

Maafkan aku Ya Allah. Aku seorang hamba yang lemah. Bantulah aku, bimbinglah aku untuk ke syurga Firdaus Mu. Ya Allah, perkenankanlah permintaanku ini. Aamiin.

Jumpa lagi, sayonara !!


Rabu, 21 Ogos 2019

Tulis Cerpen

Assalamualaikum semua..

Di awali dengan lafaz bismillah...ceria-ceriakan hidup kita pagi ni 😃 
Mood menulis adalah sikit-sikit. So mama bagi sikit apa yang mama dah tulis. Rasa cam nak tulis cerpen tapi tak habis lagi...mama bagi sikit lah yang mana dah mama tulis.


Cerpen – Andai Itu Takdir Nya

“Kita putus, hubungan kita setakat ini sahaja”, kata Danial Ikhwan kepada Ayu Suraya. Lantas, dengan perlahan Ayu Suraya mengangkat kaki meninggalkan Danial Ikhwan. Kehangatan petang itu di Taman Tasik Titiwangsa terasa begitu hening sekali. Ada air mata gugur di kelopak matanya. “Sampai hati abang minta putus, apa salah Ayu?”, desisnya dalam hati. Perlahan Ayu melangkah dengan harapan agar Abang Danial mengikutnya dari belakang tetapi hampa. Segera dia menahan teksi dan pulang ke rumah.

Ah, terlalu banyak kenangan yang bermain di fikiran Ayu. Walaupun Abang Danial bukan yang pertama bertakhta dihatinya, dia mengharapkan Abang Danial ada lelaki yang terakhir yang hadir dalam hidupnya. Betapa cintanya terhadap Abang Danial terlalu agung. Abang Danial adalah seorang lelaki yang banyak berteloransi dengannya. Ialah, sikapnya yang keras kepala dan degil telah dilembutkan oleh seorang lelaki yang bergelar Danial Ikhwan. Bagi Ayu Suraya, dia tidak dapat melihat lelaki lain lagi selain Abang Danial.

Hmmm…degusnya dalam hati. Malam itu, Ayu Suraya tidak dapat melelapkan mata. Kejadian petang tadi berlegar-legar di fikirannya. Kenapa mesti putus? Kenapa? Aku telah serahkan segalanya kepada Abang Danial. Aku sayang kepadanya. Terlalu sayang. Macamana lagi nak ku ungkapkan perkataan keramat ini. “Aku cinta padamu”. Sungguh aku telah jatuh cinta padanya. Cinta pandang kedua. Pandangan pertama, aku melihatnya bersama kekasih hatinya. Mereka begitu mesra. Masih ku ingat di waktu seluruh Semenanjung Malaysia bergelap, aku menemani rakan untuk berjumpa kenalannya. Dari situlah aku mengenalinya. Selepas itu, rakan aku memberitahu bahawa dia telah putus dengan kekasih hatinya. Wah, ada can lah aku nak masuk line, hehe.

“Ayu, weekend ni jomlah kita pergi Sungai Congkak”, ajak Intan. “Haa, nak pergi ngan sapa? Ko boleh lah sebab balak ko ada moto”, kata aku. “Alaa…ko ajak lah sapa-sapa yang ada moto, leh join sekali”, kata Intan. Sapa aku nak ajak ni?, getus Ayu dalam hati. Otaknya ligat berfikir, sapa pulak yang ada moto ni. Seronok jugak kalau dapat join Intan pergi mandi manda. Hujung minggu bukannya ada aktiviti. “Ayu, ko try lah ajak Abang Danial”, kata Intan. “Seganlah aku”, jawabku. “Tak payah nak segan lah hai, dia member ngan balak aku lah, balak aku kenal dia. Lagi pun dia masih single lah”, ucap Intan lagi.

Esok malam, aku memberanikan diri untuk menelefon Abang Danial. Tut!tut!..telefon berdering. “Assalamualaikum Abang Danial, hujung minggu ni free tak?, kata Ayu. “Hujung minggu ye, rasa macam tak de apa-apa hal, napa?”, balasnya. “Hmmm, camne nak cakap ni, seganlah. Sebenarnya macam ni, Intan ajak pergi Sungai Congkak, convoi motor. Ayu nak pergi tapi tak de teman. Abang boleh temankan tak?”, soalku. Wah…merah muka, tak pernah-pernah aku memulakan dulu pertemuan ini. “Boleh jugak”, kata Abang Danial. “Ok, jumpa Ahad ni kat Stesen Petronas depan ni nanti ye, pukul 8 pagi”, aku mengakhiri kata-kata.

Hari minggu pun tiba. 

Bersambung….tunggu ye 👀

Sayonara !!