Jumaat, 25 Oktober 2019

Doa yang baik-baik

Assalamualaikum semua..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Moga hidup kita diberkati Allah SWT.

gambar kredit to google


Pernah tak korang rasa hidup ni tidak adil? Sapa pernah rasa sila angkat tangan. 😂 Mama rasa ramai yang pernah rasa macam ni kan...kan..tetapi Allah itu Maha Adil. Apa juga ketentuan yang berlaku adalah dengan izin-Nya jua. Jangan pernah kita menidakkan apa yang telah berlaku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Bila kita berada di atas, jangan pulak kita lupa memandang ke bawah. Begitulah sebaliknya. Bila kita berada di atas, jangan lupa mendongak ke atas. Mencari kenikmatan dunia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk membawa kita ke akhirat alam yang kekal abadi. Pernah mama mendengar pesan seorang ustaz, " Bila kita minta syurga, minta lah masuk ke Syurga Firdaus" ..sebab apa? sebab Syurga Firdaus adalah Syurga yang tertinggi. Allahu..betapa amalan kita juga bertingkat-tingkat. Ntah di mana tingkatnya? dan berada di mana tahap iman kita?

Hati yang selalu berbisik, itulah mainan syaitan. Bila kita mahu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan, ada aje lintasan syaitan di dalam hati. Nauzubillah...Macamana kita hendak membersihkan hati? Ada masa, zikir kita dah buat, menjaga perkataan kita dah buat tetapi hati itu akan tetap berkata 😭😭😭

Ada masanya kita berperang dengan perasaan sendiri. Sedih, terluka, gembira, menangis dan bermacam emosi yang kita rasakan sehari-hari. Mungkin hari ini kita tetawa gembira, dan mungkin hari esok kita menangis. Lusa, tulat tak tahulah apa yang akan terjadi.

Ya Allah,
Aku berserah kepada Mu. Tetapkan imanku. Tempatkan aku di dalam Syurga Fisdaus Mu.

Walau banyak mana pun dosa yang telah aku lakukan, aku berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosaku. Perliharalah ku Ya Allah, peliharalah anak-anakku & keturunanku. 

Aamiin.



Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 23 Oktober 2019

Me time with friends

Assalamualaikum semua..

Bila ko menulis dengan panjang lebar tapi tetiba hilang apa yang telah ko tulis 👀 
Layan gambar je lah...😂







Jumpa lagi, sayonara!!

Sabtu, 19 Oktober 2019

Doa Buat Kekasih

Assalamualaikum semua,


Moga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini. 18 Oktober...merupakan satu tarikh yang tidak mungkin akan kulupakan. Tarikh dimana kekasih  hatiku dilahirkan. Tarikh di mana anak-anak juga tidak mungkin melupakan. Walaupun dia telah pergi, tetapi kenangan itu tetap terpahat di hati.


Ku abadikan kata-kata dari anakku Awie….😭😭😭

Aku hanya membaca luahan ini pada pagi Jumaat setelah ku bacakan surah yaasin untuk arwah. Boleh bayangkanlah aku membacanya selepas aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Merembes air mata ini weiiii...huhu. Sepanjang jalan dari rumahku ke tempat kerja air mata ini tidak henti mengalir. Sedih yang teramat sangat. Sib baik masih boleh control depan kawan-kawan...haha.

Begitulah anak-anak. Tanpa sedar, kita sebagai ibu bapa tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Perasaan mereka, emosi mereka, kehendak mereka...ada masa kita terlupa apa yang mereka mahukan dalam hidup ini. Bukan sebab tidak peduli, tetapi kekangan masa dan belaian jiwa jarang kita praktikan. Mungkin juga mereka berasa sunyi. Tetapi apalah yang boleh kita lakukan?...???

Aku hanya berserah agar Allah permudahkan segala urusan anak-anakku. Ya, aku tahu bukan mereka saja yang merasa beban perasaan ini, tetapi aku lebih merasainya. 😓 Moga anak-anakku lebih tabah menghadapi hari-hari mendatang. Doa mama sentiasa mengiringi kalian anak-anakku. Mama akan cuba buat yang terbaik untuk kalian semua. In shaa Allah..

Sampai sini, ter emosi pulak ni...huhu.

Jumpa lagi, sayonara !!